✿ Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuan, berikanlah padaku keyakinan, bahawa... takdirMu adalah lebih baik dari semua yang aku impikan..amiin..
❀ Menggunakan nama pena Zaira Zainol
❤ Mendapat takhlifan sebagai suri kepada Zainol Ab Wahab
sepenuh masa sehingga akhir hayat (insyaAllah wa biiznillah )
❤ Ummi kepada tiga permata hati :
❥ Muhammad Umaier
❥ Muhammad Zuhaier
❥ Muhammad Syakier
❧ Hanya sekadar insan biasa yang penuh dosa yang berharap mampu menggapai redha-Nya. Moga apa yang terpapar dan tidak seberapa ini mampu menjadi saham yang bernilai bila aku sudah tiada di dunia....
Moga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirah Nya buat kita semua. Aminn....
❝Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.❞ - Imam Hassan al Basri
❝Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.❞
- Imam al-Ghazali.
❝Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain❞
Anak: Ayah daripada mana nasi dtg?
Ayah: Nasi dtg drpd kedai.
Anak: Kedai daripada mana nasi dtg?
Kedai: Nasi datang drpd kilang.
Anak: Kilang daripada mana nasi dtg?
Kilang: Nasi dtg drpd pesawah.
Anak: Pesawah daripada mana nasi dtg?
Pesawah: Nasi dtg drpd padi.
Anak: Padi daripada mana nasi dtg?
Padi: Nasi datang daripada Allah.
Anak: Allah siapa yang mencipta nasi?
Allah: Aku adalah Maha pencipta yang mencipta nasi.
Anak: Saya yakin bahawa bukan ayah, kedai, kilang, pesawah, bahkan bukan padi yang mencipta nasi , tetapi yang mencipta nasi adalah Allah.
Ulamak hari ini memberi nasihat mengapa umat hari ini terhijab untuk melihat kehebatan Allah?
Sebab mereka terhijab daripada percakapan diri mereka sendiri.
Moga beringat-ingatlah apabila bercakap, walaupun dalam hati kamu.
lebih baik diam daripada berkata benda yang lalai.