Ahad, Mac 24

Khasiat Daun Parsley




Ada setengah orang mungkin pernah tersalah mengambil daun pasli (parsley) di pasaraya apabila hendak membuat sup. Saya sendiri pernah tersilap dan bila dah sampai rumah baru perasan. Cara memilih antara kedua daun tersebut anda perlulah mematah sedikit daun atau batang dan menciumnya. Bauan daun pasli agak kurang dari bau daun sup.

Tapi tahukah anda akan kebaikan dan khasiat daun pasli ini? Daun pasli ini antara herba yang paling popular di negara barat berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta dan spagetti  serta sebagai hiasan masakan-masakan mereka. Dalam kata lain, kalau tanpa daun pasli ini, tidaklah lengkap resepi masakan tersebut.

Dua sudu besar pengambilan daun pasli segar akan memberikan lebih daripada 150 peratus keperluan harian anda untuk vitamin K, yang memainkan peranan penting dalam pengaliran darah anda. 

Amat baik juga untuk pembentukan tulang yang betul, dan membantu fungsi hati. Satu manfaat sampingan makan daun pasli segar adalah, sumber klorofil di dalamnya yang membantu menewaskan bau herba yang akan menyegarkan nafas anda kerana setengah orang agak kurang senang dengan bauan herba. 




Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bah
an2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.


Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Cuci (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebus daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila dah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

credit : http://www.zulkbo.com
           http://www.oldtraffords.com

Selasa, Mac 19

Sajian Akhir Untuk Renungan Para Isteri




Mengapa Redha Suami Itu Syurga Bagimu Para Isteri.....

Ketaatan kepada dan redha suami itu adalah anak kunci syurga bagimu wahai para isteri....Mengapa? dan apakah sebab dan alasannya?

Mungkin di sini anda para isteri ketemukan jawabannya:
(1) Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup.
Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

(2) Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

(3) Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

(4) Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi. Padahal boleh saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

(5) Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

(6) Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka, kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri...

Sumber : Mimbar dakwah Islam
               Harlina


Khamis, Mac 14

Takwim Dunia Islam





Takwim Hijrah

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Kedua-dua bulan ini berkaitan dengan perang. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna bulan ke-10.

Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ystemr kerana pada dua bulan tidak ada kegiatan kehidupan bermakna bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Lain halnya dengan bulan pada Hijrah. Ia dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Syits dengan ketetapan Allah. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.



Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah

Sejak dahulu, sebelum datangnya Islam, Bangsa Arab telah menggunakan tahun Qamariah. Hanya tidak semua masyarakat jahiliah di seluruh Semenanjung Arab sepakat dalam menentukan kalendar tertentu, sehingga pentarikhan mereka berbeza-beza. Meskipun begitu, mereka mengenali kalendar Qamariah dan mereka menggunakan konsep ini untuk membuat pentarikhan bagi suku mereka masing-masing.

Kalendar Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama). Mereka menetapkan bulan Muharram sebagai awal tahun. Mereka juga menetapkan empat bulan haram (bulan suci). Mereka menghormati bulan-bulan haram ini. Mereka jadikan empat bulan haram sebagai masa dilarangnya berperang antara-suku dan golongan.


Nama Asal Bulan ~ Pada Kalendar Qamariah
Jadual berikut merupakan senarai nama-nama bulan Qamariah dari pelbagai versi:

NoKalendar Kaum Tsamud    (Dari Riwayat Al-Azdi)Kalendar Sebelum Kedatangan Islam (Dari Riwayat  Al-Bairuni)Kalendar Sebelum Kedatangan Islam  (Dari Riwayat  Al-Mas’udi)Kalendar Sejak Tahun 412 H
1MujabAl-Mu’tamirNatiqMuharram
2MujirNajirTsaqilSafar
3MuridKhawwanThaliqRabi’ul Awal
4MulzimShuwan / BushonNajirRabi’ul Ahir
5MashdarHantam / Hanin / RunnaSimahJamadil Ula
6HawbarZubaAmnahJamadil Akhir
7HubalAl-AshamAhlakRajab
8MuhaAdilKusaSya’ban
9DimarNafiq / NathilZahirRamadhan
10DabirWaghil / WaghlBurthSyawal
11HaifalHawa’/ RannahHarfZulqa’dah
12MusbilBurkNa’asZulhijjah


Panamaan bulan Qamariah yang berlaku saat ini-menurut pendapat yang kuat-telah ada sejak awal abad kelima Masehi. Ada yang mengatakan, bahawa yang menetapkan pertama kali adalah Ka’ab bin Murrah, datuk kelima Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Ada lima bulan (Rabi’ul Awal, Jamadil Akhir, Jumadil Awal, Jamadil Akhir, dan Ramadhan) yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut:-

1. Rabi’ul Awal dan Akhir diambil dari kata “rabi yang bermaksud ‘bunga’ kerana ketika penamaan bulan Rabi’ bertepatan dengan musim semi.

2. Jumadil Ula dan Akhirah diambil dari kata “jamad” yang ertinya ‘beku’, kerana pada ketika penamaan bulan ini bertepatan dengan musim sejuk, yang saat itu air membeku.

3. Ramadhan diambil dari kata “ramdha” yang bermaksud’ sangat panas ‘, kerana penamaan bulan ini bertepatan dengan musim panas.

Tujuh bulan yang lain dinamakan dengan nama keadaan masyarakat dan kitaran sosial:-

1. Muharram dari kata “haram” yang bermaksud ‘suci yang terlarang’ kerana bulan ini termasuk salah satu di antara empat bulan suci dan dilarang berperang.

2. Safar diambil dari kata “shifr” yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Dinamakan “Safar”, kerana pada bulan ini rumah-rumah banyak yang kosong ditinggalkan penghuninya untuk berperang.

3. Rejab bermaksud ‘mengagungkan’ kerana masyarakat jahiliah sangat menghormati bulan ini, dan dijadikan sebagai masa sangat dilarang untuk berperang. Kerana itu, mereka menyebut bulan ini dengan “Rajab Al-A’sham” (Rajab yang sunyi).

4. Syaaban diambil dari kata “sya’bun” yang ertinya ‘kelompok’ atau ‘golongan’. Disebut Sya’ban, kerana pada bulan ini masyarakat jahiliah berpecah, membentuk kelompok-kelompok untuk melakukan peperangan, setelah mereka meninggalkan perang di bulan Rejab.

5. Syawal diambil dari kata “syalat” yang bermaksud ‘mengangkat’ kerana bulan ini adalah musim di saat unta betina mengangkat ekor mereka kerana tidak mahu dikawini unta jantan.

6. Zulqa’dah diambil dari kata “al-qa’du” yang bermaksud ‘duduk’. Pada bulan ini, masyarakat jahiliah mula menetap di rumah dan tidak melakukan peperangan, kerana bulan ini merupakan awal dari tiga rangkaian bulan haram.

7. Zulhijjah diambil dari perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini iaitu waktu masyarakat Arab sibuk mengerjakan ibadah haji ke Baitullah.


Cara Menukar Kalendar Masihi ke Tarikh Hijrah

Ramai yang masih tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar mereka dilahirkan dalam bulan Islam / Hijrah kerana kebanyakan dari kita hanya mengambil tahu tentang hari kelahiran menggunakan kalendar masihi sahaja dan cuma segelintir dari kalangan kita sahaja yang tahu bila sebenarnya tarikh lahir mereka mengikut kalendar Hijrah Islam.

Tidak kurang juga ada yang bersedih dalam bulan Februari ini terutama mereka yang dilahirkan pada 29 Feb… kononnya hanya dapat meraikan ulang tahun kelahiran 4 tahun sekali. Masalah ini boleh di selesaikan melalui Takwim Islam iaitu kiraan tarikh berdasarkan peredaran bulan (Qamariah).

Terdapat suatu perisian mudah dari web Islamicity bagi menukarkan sesuatu tarikh daripada Kalendar Masihi kepada Kalendar Hijrah. ‘Converter’ ini memboleh dan memudahkan kita mengetahui tarikh lahir dan juga mengesan tarikh2 yang penting di dalam bulan Islam / Hijrah.

Bagaimana untuk mengetahui bilakah tarikh2 tersebut mengikut kalendar Hijrah? Jom kita klik pada gambar berikut :




                               وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

sumber : shafiqolbu

Kejayaan Dajjal Memisahkan Kekuasaan Islam Kepada Wilayah Berasinggan




Selepas Perang Dunia Pertama, Khilafah Islam terakhir Turki Ottoman telah dihapuskan oleh British pada 1924. Bermula dari itu, negara-negara Islam baru terbentuk satu per satu.

Bermula di Tanah Arab: Arab Saudi, Palestin, Jordan, Lebanon,Syria, Turki, Iraq, Iran, Bahrain, Qatar, Kuwait, UAE, Oman & Yemen.

Afrika: Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mesir, Ethiopia.

Asia Selatan: Pakistan, Wilayah Kashmir, Maldives.

Asia Tenggara: Nusantara dipisahkan menjadi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura selepas Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

Ia berlaku sewaktu Dajjal berada di dalam dimensi masa sehari sama seperti setahun. Dajjal berjaya memisahkan kekuasaan Islam kepada wilayah berasinggan yang mempunyai bendera dan sempadan mewujudkan negara bangsa. Ia menyebabkan berlakunya sifat kebangsaan dan menghakis sifat kekhalifahan dan akhirnya memanifestasikan Hadis Nabi SAW berkenaan Fasa Zaman umatnya yang keempat yang bernama Zaman Kerajaan Menyombong. Zaman ini telah bermula dan sedang dihuni oleh kita pada hari ini dan akan berakhir apabila semua Negara Islam bersatu berdaulat di atas nama Khilfah Islam al-Mahdi kurang 50 tahun lagi iaitu berakhirnya dimensi masa Dajjal sehari sama seperti seminggu. Allahu-A'lam.

SOTONG BAKAR BERSAMBAL




Resepi ni kita ambil dari  ☛ Resepi Bonda
Bahan2 :
1. sotong (dikelar2 sedikit)
2. bawang merah 3 ulas
3. bawang putih 2 ulas
4. sedikit halia (sikit saje ye)
5. 2 sudu cili boh (atau cili kering)
5. 1 batang serai yg gomuks (kalo yg jenis kurus keding tu kna pakai 2 batang la kot)
6. sedikit serbuk ketumbar
7. garam
8. sedikit gula (xnak boh pon xpe)


Cara2 :
1. kisar semua bahan2 di atas (kecuali sotong hehe)
2. curahkan bahan yg telah dikisar ke atas sotong
2. perap lebih kurang setengah jam.. tapi kalo dapat perap lebih lama lagi bagus... utk resepi ni dinda biasanya perap 1-3 jam (bgantung pada ke'bz'an)
3. Balut sotong dgn aluminium foil... curahkan lebihan sambal / bhn kisar ke atas sotong so that nnt dia akan jadi moist
4. Bakar dalam 30 min camtu...
credit untuk Resepi Bonda

Mengenai Dajjal



Persoalan tentang al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil… namun, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bangaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “Di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah .a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal
datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Ahad, Mac 10

Kalau Tak Suka, Pulangkan....


 ** Tolong baca sampai abes, jgn malas !!**




Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.


“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.


“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


credit - Vicker Gabriel

Rabu, Mac 6

Mudah Jika Kahwin Ikut Syariat




SELASA lalu, muka depan Harian Metro memaparkan kisah penipuan seorang lelaki yang mendakwa disamun menyebabkan dia terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang tinggal beberapa hari lagi.
Dalam kes itu, lelaki berkenaan dikatakan kerugian RM18,000 sebelum menghilangkan diri dan mengakibatkan keluarga sebelah perempuan terpaksa menanggung malu berikutan majlis kenduri perkahwinan dibatalkan dan diganti dengan kenduri doa selamat.

Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku di negara kita, namun yang pasti ada hikmahnya dan di sebalik apa yang berlaku, pasti ada cerita kita tidak ketahui.
Hakikat paling utama perlu kita ketahui pada hari ini adalah cabaran yang terpaksa digalas kebanyakan anak muda zaman sekarang sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Pelbagai perkara yang berlegar di benak fikiran perlu diambil kira, terutama membabitkan soal kewangan.

Tambahan pula apabila sebahagian daripada mereka sukar mendapat pekerjaan. Gaji pula mungkin hanya cukup untuk membayar sewa rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajaran, petrol dan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi.

Malah, jika dicongak keadaan sekarang, terlalu banyak godaan menggoncang iman. Tidak cukup dengan trend pakaian menjolok mata, akses tanpa sempadan ke alam siber membolehkan sesiapa saja melayari laman sesawang yang tidak bermoral tanpa mengira siang atau malam.
Lalu terjadilah kes buang bayi, pengguguran janin dan bunuh diri setiap hari membabitkan kalangan muda- mudi yang bermain cinta lantaran tidak mampu berkahwin.

Kerana itu, Islam menggalakkan perkahwinan untuk membina ikatan sah antara lelaki dan wanita bagi mengelak berlakunya gejala tidak sihat ini. Apabila berbicara mengenai perkahwinan, Islam sebenarnya banyak garis panduan untuk diikuti penganutnya.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya, nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ahmad) Kemudian hadis daripada Ali RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Tiga perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya.” (Hadis Riwayat Tarmizi) Pada zaman Rasulullah, pernah berlaku sebuah kisah yang menunjukkan betapa Islam itu sangat mudah apabila tiba soal perkahwinan. Kisah seorang sahabat yang miskin dan tiada apa-apa tetapi ingin mengahwini seorang wanita.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya apa yang boleh dijadikan mahar untuk mengahwini wanita itu. Lelaki itu menyatakan dia tiada apa-apa kecuali sebentuk cincin besi dan kain untuk menutupi tubuh wanita terbabit.

Rasulullah SAW kemudian menyatakan kepadanya supaya mengahwini wanita itu dengan bermaharkan ayat al-Quran.

Saya yakin dan percaya, masyarakat kita pada hari ini tidak sampai ke tahap miskin seperti lelaki dalam kisah ini. Kisah ini hanya untuk menggambarkan betapa apabila tiba soal perkahwinan, Islam sedaya upaya memberi jalan untuk mempermudahkannya. Kerana perkahwinan itu sebenarnya antara pintu kepada pintu pembuka rezeki.

Allah berfirman di dalam surah An-Nur, ayat 32, yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Antara kebaikan wanita ialah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani) Jika mas kahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syariatkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi bahawa pernikahan yang terbaik adalah yang paling mudah.

Oleh itu, permudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan kenduri yang penuh dengan kemungkaran, bermegah-megah dan pembaziran.

Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkat dan keredaan Allah. Itu yang perlu kita cari dan kejar.
Sumber - myMetro

Isnin, Mac 4

Gantikan Bullet Dengan Icon Comel




gantikan bullet dengan icon comel - cara 1

Sebelum ni bullet yang ada hanya titik hitam tu aja. Sekarang kita nak gantikan titik hitam tu dengan  cute icon... 


1. Dashboard > Design > Edit HTML

2. Tekan Ctrl + f dan cari code

]]></b:skin>


3. Copy code dekat bawah ni 


.post ul {list-style:none;
}
.post ul li {
line-height: 1.4em;
background: transparent url(URL BULLET) no-repeat scroll 0px 4px;
margin: 0.3em 0;
padding: 0 0 0.8em 20px;
}

4. Paste di atas code ]]></b:skin>
5. Preview & save

URL BULLET - Letak URL icon yang berkenan di hati








gantikan bullet dengan icon comel - cara 2


1. Dashboard > Post > New Post

2. Copy code di bawah... 

<img src="URL ICON COMEL" />
# ABC - Tukar kepada URL icon yang kita nak

3. Buat ayat seperti biasa... 





4. Klik HTML dan paste kan code  <img src="URL ICON COMEL" />  sebelum ayat anda. 





5. Kemudian klik compose dan lihat hasilnya.





6. Siap untuk di publish dan lihat hasilnya :) 





Ahad, Mac 3

Mencantikkan Scroll Bar Blog.

Nak cantikkan scroll bar blog seperti yang ada kat dalam gambar tu :)

1. Dashboard > Design > Edit HTML

2. Tekan Ctrl + f dan cari code
]]></b:skin>
3. Copy code dekat bawah ni 

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #C83369;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #BA55D3;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

4. Kalau nak letak image guna kod yang ni


::-webkit-scrollbar { height:12px;
width: 12px;
background: #C83369;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-image: url(https://lh4.googleusercontent.com/-S9giQDOrJ8o/UTH-EwiP6tI/AAAAAAAAEjI/YDXAL3zNR8A/h120/Untitled.png); }
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

5. Apa yang perlu ditukar :
Warna background scroll bar : #FF1493 
Warna scroll bar : #BA55D3
URL Image : ABC
Untuk pemilihan warna klik di bawah




6. Preview, kalau menjadi silalah tekan SAVE!

** Tutorial ini hanya sesuai dengan penggunaan Google Chrome sahaja !

Sabtu, Mac 2

Kelebihan Minum Kopi


pictures from google


Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing.
Namun antara faedah kopi yang paling diperkatakan bukan setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih bertenaga sebaik bangun tidur tetapi ia lebih daripada itu.
Kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.

Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.

Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.

Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.

Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.

Tanpa perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran, sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur.

Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit.

Dua sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.

Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing.

Namun begitu, penampilan langsing itu tidak kekal lama sebaliknya aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.

Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu. 

Masukkan kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh dengan cara menggosok secara bulatan kerana selain membuang sel kulit mati, ia dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran mata.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan beberapa minit untuk mendapat kesan melembapkan kulit.

Kopi boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.

Penggunaan kopi sebagai bahan penjagaan kulit bukan asing malah turut diamalkan oleh wanita di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman.

Malah bagi masyarakat Melayu sendiri terutama orang lama, selain sebagai bahan kecantikan kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.

Posted by - Faizatul Farlin Farush Khan

Sumber - My Metro

Letak Website Lain Dalam Blog



Tutorial Ini membolehkan pengunjung blog anda melayari web lain tanpa meninggalkan blog anda. Fungsinya juga sama seperti Letak Laman Web Dalam Blog

Klik disini untuk lihat demo website yang diletakkan dalam blog.

Berikut adalah langkah-langkah untuk tutorial ini.
1. Login akaun blogger, kemudian dari dashboard > layout > add a gadget
2. selepas klik pada add a gadget, pilih HTML/javascript
3. Copy code di bawah kemudian pastekan dalam ruangan html/javascript

*Nak leatak dalam entry pun boleh, tapi pastikan klik HTML dahulu...

<!--CHANGE LINKS BELOW TO YOUR OWN-->
<a href="javascript:jumpto('http://alyazaira-mentarisenja.blogspot.com/')">ALYA ZAIRA</a> |
<a href="javascript:jumpto('http://alyazaira-mentarisenja.blogspot.com/')">ALYA ZAIRA</a> |
<script language="javascript">
<!--

//Specify display mode (0 or 1)
//0 causes document to be displayed in an inline frame, while 1 in a new browser window
var displaymode=0
//if displaymode=0, configure inline frame attributes (ie: dimensions, intial document shown
var iframecode='<iframe id="external" style="width:99%;height:400px" src="http://www.google.com"></iframe>'
/////NO NEED TO EDIT BELOW HERE////////////
if (displaymode==0)
document.write(iframecode)
function jumpto(inputurl){
if (document.getElementById&&displaymode==0)
document.getElementById("external").src=inputurl
else if (document.all&&displaymode==0)
document.all.external.src=inputurl
else{
if (!window.win2||win2.closed)
win2=window.open(inputurl)
//else if win2 already exists
else{
win2.location=inputurl
win2.focus()
}
}
}
//-->
</script>

 - Jika nak letak lebih dari yang di atas cuma perlu tambah kod ini
<a href="javascript:jumpto('http://alyazaira-mentarisenja.blogspot.com/')">ALYA ZAIRA</a> |
MERAH : Gantikan dengan website yang anda mahu
-  BIRU : Gantikan dengan nama yang anda mahu


4. Dah siap klik save :)

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox