Memaparkan catatan dengan label Iman Dan Amal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iman Dan Amal. Papar semua catatan

Selasa, April 8



Ketika suami atau isteri atau anak-anak kita sedang bersedih kerana berhadapan dengan masalah, dengar masalah mereka... tutup mulut, buka telinga. Pandang mereka dengan kasih sayang dan dengan reaksi wajah yang amat ambil berat...selimutkan mereka.. usap mereka sambil mendengar apa yang mereka nak ceritakan.

Bila mereka menangis, jangan ditahan... biarkan mereka terus menangis sambil kita peluk atau usap mereka. Biarlah mereka teruskan menangis kerana semua orang soleh banyak menangis, hati mereka lembut. Setelah habis cerita, katakan jangan sedih dan risau kita ada Allah...Cukuplah Allah buat kita. Semuanya Allah punya...Allah kan sayang kita. Mesti semua ini kerana sayangNya pada kita. Cuma kita bagaikan anak-anak kecil untuk faham semua ini.Apa yang berlaku semuanya telah ditakdirkan Allah...insyaAllah ada rahmat Allah nak datang..Pelbagai kesusahan telah kita lalui dalam hidup ini yang bagaikan tiada jalan keluar. Kita menangis dan kita buntu. Tapi Allah beri jalan keluar dari pelbagai masalah selama ini..Allah jualah yang sentiasa memberi jalan keluar buat kita semua..

Indahnya sebuah rumah, andainya semua penghuni seronok cakap pasal Allah...cerita tentang Nabi saw, Nabi-nabi dan sahabah rhum..Jom bentuk suasana dalam rumah seperti rumah sahabah rhum sehingga malam-malam ini rumah kita bercahaya seperti bintang bercahaya diwaktu malam......
Tak kiralah rumah kita besar mahupun kecil.. walaupun di bandar atau di kampung yang menjadi penentunya ialah bagaimana ia dilihat di sisi penghuni langit... adakah ia dilihat seperti 1400 tahun yang lalu seperti rumah sahabat rhum. Hidupkan dengan dakwah dan percakapan iman...

Betapa sayangnya Allah pada kita.Tunggu dan lihatlah nikmatnya..

Ya Allah cukuplah kau buat kami semua..Ya Allah cukuplah kasih sayangMu buat kami. Ya Allah kami nak kau Ya Allah..kasih sayangMu.. RedhaMu...

Credit to : keluargasunnah.com -.ebit lew.

Isnin, April 7

Larangan Minum Sambil Berdiri Dan Larangan Meniup Air Yang Panas




Tahu tak kenapa Nabi saw. melarang kita minum berdiri dan meniup air ketika panas?

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri..

Ini kerana ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana ia tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh mnyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas..

Logiknya kerana terdapat karbon dioksida pada udara hembusan tersebut.. jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut membantu mmbuang lemak2 degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselangseli dgn minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Hrr.. amacam pasti semua yang tertulis diatas nieh korang penah buatkan ?
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW..

Jadi ikutlah walaupun sedikit.. kerana sedikit yg dilakukan beristiqamah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah..

Ahad, November 17

KHASIAT GARAM

from google


Kita disogok dgn fakta palsu."Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."
Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ...
Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...
Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?
Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi...
Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.
Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

Ahad, November 3

Ingatkan diri sendiri !



Orang belum Islam bawa anak jalan-jalan..Orang Islam pun bawa anak jalan-jalan..Tapi, yg membezakannya ialah;

Orang Islam
nak keluar rumah baca doa,
naik kenderaan baca doa,
nampak masjid baca doa,
nampak rumah ibadat agama lain baca doa,
turun bukit sebut Subhanallah,
naik bukit sebut Allahuakbar,
jalan mendatar sebut Alhamdulillah
tengok awan cerita kebesaran Allah
tengok pokok cerita kebesaran Allah
tengok apa sahaja kaitkan dgn kebesaran Allah

Mari didik anak kita jalan-jalan cara orang Islam
InsyaAllah berjaya dunia akhirat..amin

~Selamat Jalan-jalan Cara Orang Islam

Khamis, Oktober 24

Dunia oh dunia...



Sahabat Nabi memegang dunia di tangan dan menjunjung akhirat di atas kepala..apabila bergoyang je akhirat, terus mereka lepaskan dunia di tangan dan pegang akhirat sungguh2..

Sbb tu Allah dah angkat darjat mereka dan redha pada mereka sejak kat dunia lagi.. Allah iktiraf sahabat dalam surah Taubah dgn RadhiAllahu anhum wa radhu anh..

Kita hari ni telah letakkan akhirat di tangan dan dunia dijunjung di atas kepala..apabila bergoyang jer dunia, terus dilepaskan akhirat dan pegang sungguh2 dunia di atas kepala..

Bermula hari ni, kita kena tukar dpd cinta pada dunia kepada cinta pada agama..ajar anak2 kita lebihkan akhirat dpd dunia..insyaAllah


Credit to : Anas Al Wasi'ie

Selasa, Oktober 22

7 Sunnah Rasulullah SAW

sumber dari google

Ilmu yg ummie ambil dari sahabat fb, semoga bermanfaat...

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Rabu, Jun 5

6 Pesanan Wanita

1. Sembahyang di awal waktu
2. Istiqomah taklem taklum
3. Istiqomah Quran dan zikir
4. Didik anak cara dan amal sunnah
5. Hidup sederhana
6. Keluar ke jalan Allah

1. Sembahyang di awal waktu
Sembahyang merupakan perintah Allah yg pertama diwahyukan Allah kepada Nabi saw. Kenapa kita kena menjaga sembahyang di awal waktu terutama kaum wanita..?. dikatakan wanita ini mempunyai 3 perkara yang mana jika ia melengah2kan sembahyang menyebabkannya mendapat dosa :


1) haid/nifas
2) kedatangan tetamu
3) mati
Justeru kaum wanita perlulah peka pada keadaan ini..


Apa maksud sembahyang?
Maksud sembahyang ialah untuk kita membawa sifat2 di dalam sembahyang ke dalam kehidupan seharian kita spt menutup aurat,menundukkan pandangan,membaca ayat al-quran,berzikir dan berdoa. Apabila di dalam sembahyang kita mensucikan diri dengan berwudhuk,fikiran kita hanya tertuju pada Allah swt,lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar sembahyang pun kita harus melakukan perbuatan seperti itu.

Kita juga perlu meyakini bahawa dengan sembahyang Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat2 dahulu mereka begitu yakin dengan sembahyang sehingga anak yang mati boleh hidup kembali,pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dll. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan sembahyang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah,sehingga apa sahaja yg mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah swt. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda" Barangsiapa yang menjaga solahnya,maka ia akan mendapat lima keuntungan,
1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab.

Untuk mendapat hakikat sembahyang ini maka kita kenalah jaga sembahyang kita di awal waktu dan galakkan suami dan mahram kita yg lelaki untuk bersembahyang di masjid...setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah mengikut waktu sembahyang,bukan waktu sembahyang itu mengikut pekerjaan kita maksudnya 5 ke 10 minit sebelum waktu sembahyang kita dah prepare wudhuk dan sudah berada di tikar sembahyang..biarlah kita menjadi manusia yang sentiasa tertunggu2 waktu utk mengabdikan diri pada Allah swt. Hendaklah kita bawa lima sifat dalam sembahyang kita iaitu:
1) Keyakinan yang sempurna terhadap janji2 Allah.
2) Sembahyang seperti yang dicontahkan oleh Rasulullah saw.
3) Tahu hukum sembahyang,sembahyang tawajjuh,x lalai dan sebagainya.
4) Bawa sifat ehsan,di mana kita meyakini bahawa Allah senantisa melihat kita,walaupun kita tidak dapat melihat Allah.
5) Ikhlas yakni niat sembahyang semata2 kerana Allah.

Selain itu juga kita perbanyakkanla sembahyang2 sunat yang lain seperti tahajjud,dhuha dll agar sembahyang tersebut dapat menampung kekurangan sembahyang fardhu kita..mohonlah pada Allah semoga Allah masukkan dalam diri kita sembahyang yang khusyuk..

2. Majlis Ta’lim wa Ta’allum.(Belajar dan mengajar)Belajar dan mengajar merupakan perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw yang mana Allah telah perintahkan Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw dan wahyu itu kemudian disampaikan kepada manusia. Ta’lim wa ta’allum merupakan salah satu amalan yang dilakukan di masjid Nabawi dan ia merupakan pusaka Rasulullah saw dan ruh agama. Oleh itu rumah yang di dalamnya mewujudkan amalan ta’lim wa ta’allum ini bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka rasulullah saw,maka rumah itu akan diturunkan rahmat dan barakah,ketenangan dan ketenteraman akan wujud dalam rumah tersebut.
Tujuan Majlis ini diadakan ialah:
1) Semata-mata untuk mengingati Allah dan mendapat keredhaanNya
2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw yang menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. Sunnah nabi bukan untuk kita pelajari,tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
3) Bila kita duduk dalam majlis ini,maka kita ada keghairahan untuk mengamalkan agama.
4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah yang maha luas.
5) Supaya kita dapat mengetahui segala perintah Allah swt dan sunnah nabi saw.
6) Untuk menghubungkan ilmu dengan amal dan memiliki fikir risau seperti nabi dan para sahabat.
7) Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”

Kelebihan majlis ini ada banyak sekali. Di antaranya majlis ini merupakan majlis keampunan yang dosa2 pesertanya akan diganti dengan kebaikan,satu majlis ta’lim yang dibuat dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak menyebut nama Allah di dalamnya. Para malaikat melihat majlis ini seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Apabila kita keluar untuk menuntut ilmu kerana Allah,maka 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya di bawah kaki kita dan semua makhluk Allah yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita. Rasulullah saw ada bersabda bahawa majlis yang mengingati Allah merupakan kebun-kebun syurga.


Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya RAsulullah saw bersabda,
“ Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah(masjid) untuk membawa kitab Allah,saling mengajarkan sesama mereka,melainkan diturunkan kepada mereka sakinah,diliputi oleh rahmat, dikerumi oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisi-Nya” (Hr. Muslim dan Abu Daud)
P/S:
Hari ini kehidupan rumah orang islam tiada beza dengan orang kafir. Rumah mereka dijadikan sebagai hotel untuk tidur, pawagam dengan tv dan home theatre sebagai tempat berhibur, restoran untuk makan dan minum dan menghias rumah melebihi keperluan. Maka kita kena wujudkan rumah seperti rumah sahabat-sahabat dan orang soleh yang mana di dalam rumah mereka hidup dengan amal dakwah,ibadah seperti sembahyang sunat,quran dan zikir, belajar dan mengajar serta banyak khidmat antara sesama isi rumah.

Untuk kaum wanita hendaklah bagi masa selama satu jam setengah setiap minggu bagi menghadari Majlis Taklim Mingguan. Taklim mingguan ni penting kerana ia umpama markaz bagi kaum wanita belajar agama. Janganlah bagi alasan kita sibuk atau kita ada hal. Kalau kita bagi masa untuk majlis taklim ini, insyaAllah ,Allah akan jadikan ia asbab hidayah. Kita kena usaha untuk dakwahkan kepentingan majlis taklim ini pada orang lain.

3. Istiqomah Al-Quran dan Zikir


Al-Quran:
Nabi Muhammad saw telah bersabda:”Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat”. Al-quran merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-quran setiap hari sebab al-quran akan menuntut haknya di akhirat kelak,hak al-quran hendaklah kita khatam membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap hari kita melapangkan masa untuk membaca al-quran,sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat,satu ain atau setengah ain.


Amalkan juga untuk membaca surah2 berikut kerana byk kelebihannya:
1- surah yasin-seperti kita khatam al-quran sepuluh kali.
2- Surah waqiah-menjauhkan daripada kepapaan.
3- Surah as-sajadah dan al-mulk-menjauhkan dari seksa kubur.
4- Surah al-kahfi pada hari Jumaat-nur akan bersama kita sehingga Jumaat akan datang.

Kita hendaklah mengajar anak-anak kita supaya membiasakan diri membaca al-quran dan hendaklah azam supaya ada di antara anak-anak kita nanti bakal menjadi hafiz dan hafizah.InsyaAllah.

Zikir:
Berzikir iaitu mengingati Allah swt dalam setiap keadaan dan setiap apa yang kita lakukan hendaklah dihubungkan dengan Allah awt. Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa yang Allah swt melihat kita senantiasa.
Banyak kelebihan zikir antaranya:
1- Zikir melembutkan hati
2- Memberi cahaya pada wajah
3- Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya,
4- Melahirkan cinta kepada Allah dan cinta merupakan roh Islam,sumber agama ,kebahagiaan dan kejayaan.
5- Menyebabkan keredhaan Allah swt.

Amalkan zikir 300 kali pagi dan petang
Tanda cinta pada Allah zikirlah subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallahu wallahu Akbar 100 kali pagi petang, tanda cintakan nabi kita hendaklah selawat ke atasnya juga 100 kali pagi petang di mana satu selawat Allah akan ampunkan 10 dosa, diangkat 10 darjat dan diberi 10 kebaikan. Manakala tanda cinta pada diri kita hendaklah kita memohon keampunan dengan beristighfar 100 kali pagi dan petang yang mana dengan istighfar InsyaAllah dosa2 kita akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.Amalkan juga doa-doa harian dan tasbih Fátimah sebelum tidur mudah-mudahan amalan yang kita lakukan ini mendapat redha Ilahi.

4. Mendidik anak cara Sunnah
Sebagai seorang wanita solehah dan juga ibu pastinya kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat.


Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah.

Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikiut cara Islam:

~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.

~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.

~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.

~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.

~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.

~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.

~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. 

Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4. Dengan cara bercakap

Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.

Ada 3 peringkat dalam mendidik anak

1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.

2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..

3. Peringkat 14 tahun ke atas~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.

Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..

5. Hidup sederhana
Pesanan yang ke lima untuk para wanita amalkan dalam kehidupan harian dan rumahtangga adalah mengamalkan kehidupan yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh nabi dan para sahabat. Yang dimaksudkan dengan sederhana di sini ialah kita berbelanja mengikut keperluan kita walaupun kita mampu bukan mengikut kemampuan kita dan hawa nafsu semata-mata sehingga menyebabkan pembaziran dan sifat menunjuk akan harta yang kita miliki.Ada 5 perkara yang perlu disederhanakan dalam kehidupan kita iaitu:


1. Rumah.
Kita lihat rumah orang islam hari ini sudah jauh dari ciri-ciri rumah sahabat dan sahabiyah. Rumah kita sudah seperti rumah orang yahudi dan nasrani kerana dalamnya punya tv, perhiasan, perabot, meja makan dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah milik kehidupan orang yang kafir. Jadi rumah orang islam perlu menghindarkan perhiasan yang boleh menyebabkan pembaziran dalam rumah tersebut. Tidak guna rumah besar dan indah andaikata penghuni di dalamnya hidup jauh dari ketaatan kepada Allah dan rasulnya.
2. Pakaian.
Pakaian juga perlu sederhana seperti yang digariskan oleh islam. Bukan pakaian moden yang jauh dari ciri-ciri pakaian orang islam. Apatah lagi dengan suasana menyambut hari raya, sudah pasti pakaian baru menjadi pilihan kita. Tak cukup sepasang sebaliknya 2-3 pasang. Tidak salah tetapi biarla berpada2 kerana pakaian yang tidak kita pakai itu akan di hisab di hari akhirat kelak.


3. Makanan.
Di bulan ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ni, sudah tentu makanan yang berlebihan pasti berlaku apatah lagi dengan sifat teruja dan nafsu kita melihat makanan di bazaar ramadhan. Belanja berlebihan sehingga membazir. Maka kita kena muhasabah makanan yang kita mahu makan, kalau biasa kita makan 3-4 jenis makanan, cubalah kita kurangkan kepada 2 jenis sahaja. Mudah2an dengan cara itu mengingatkan kita kepada insan yang tidak berkemampuan dan kita dapat belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah Taala.


4. Kenderaan.
Ramai orang yang punya impian untuk memiliki kereta besar dan mewah. Maka mereka yang mahu mencontohi kehidupan sahabat sahabiyah perlula bersederhana dalam kenderaan. Cukuplah kenderaan itu digunakan kerana keperluan bukan kerana menunjukkan kemewahan kita. Dan tidak perlulah kita menghiasi kenderaan itu pada perkara yang tidak perlu.


5. Kenduri.
Sederhana dalam kenduri terutama kenduri perkahwinan. Ambil yang perlu sahaja, tidak perlu bersanding untuk menunjuk2, makan beradab atau berhias pelamin dan bersolek. Dikatakan permulaan keberkatan hidup suami isteri adala pada akad nikahnya,jikalau dalam hari perkahwinan sudah ada unsur kemaksiatan,sudah tentu tiada keberkatannya,maka tidak mustahil seandainya rumah tangga mereka itu penuh masalah dengan ranjau duri kerana diawalnya sudah tidak mengikut syariat islam.

Jadi kita perlula memikirkan kehidupan kita agar wujud kesederhanaan dalam setiap tindak tanduk kita supaya tidak bertentangan dengan ajaran islam. Dikatakan sederhana itu terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Melalui jalan taqwa-iaitu jalan yang ditunjukkan oleh rasul saw dan para sahabat.
2. Melalui jalan fatwa- iaitu jalan yang dibolehkan oleh ulama.
Rasulullah saw bersabda, ‘Sungguh beruntung orang yang memeluk islam, diberi rezeki yang cukup, dan dibuat merasa qanaah (cukup/ puas) oleh Allah dengan apa yang diberikan-Nya.’ [HR. Muslim 1054]



6. Keluar Jalan Allah, dan Galak Mahram Keluar Jalan Allah
Kaum lelaki byk habiskan masa di luar rumah (kerja agama). Yg tinggal di rumah adalah wanita. Wanita ibarat seperti kilang yg mencorakkan anak2 (sifat dan akhlak anak2 sama ada baik atau sebaliknya). Seperti bayi dalam kandungan, pembentukan jasad bergantung kepada makanan si ibu. Begitu juga pembentukan rohani itu yg mana bergantung kepada amalan si ibu.

Jika makanan kurang sempurna risikonya anak akan cacat begitu juga jika amalan si ibu kurang sempurna maka pembentukan rohaninya akan cacat. Madarasah yg pertama anak-anak adalah diatas riba para ibunya.

Dikatakan seorang wanita yg solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Tetapi seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dr 100 lelaki yg jahat.
Dikatakan juga jika baiknya wanita maka baiklah sesebuah negara itu.

Seperti usaha nabI Nuh a.s mengambil masa yg panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita. Tetapi nabi saw dimana isteri2 berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan maka hidayah telah tersebar dalam masa yg singkat ke seluruh alam.

Yg penting bg kita kaum wanita ialah istiqamah takleem di rumah. Hidupkan takleem bukannya dgn taat perintah suami tetapi lakukanlah takleem harian di rumah dengan penuh fikir dan kerisauan atas agama dengan ini akan timbullah sifat pengorbanan , barulah nusrah Allah turun dan dgn itu tersebarlah hidayah. Selain itu hidupkan 6 pesanan, banyakkan istighfar & doa serta menangis.

Program di rumah:
1. Masyuarat harian - hal & takazar agama, hal ehwal rumah
2. Takleem kitabi
3. Tilawah al-Quran
4. Muzakarah agama - 6 sifat, 6 pesanan, masail
5. Adab-adab sunah & usul

Dalam keadaan rumahtangga begini maka akan wujud fikir yg sama antara suami & isteri dan ahli rumah maka nusrah Allah akan turun dan akhirnya hidayat akan tersebar. Apabila ada fikir maka iman akan meningkat. Bila iman meningkat maka timbullah pengorbanan dan atas sebab pengorbanan tadi nusrah dan hidayat akan datang.

5 sifat para wanita supaya dapat di amalkan dalam rumah tangga mereka iaitu ;1- menjadi daeiyah~pendakwah
2- menjadi alimah ~berpengetahuan dalam agama
3- menjadi abidah~ kuat beribadah
4- menjadi murobbiyah~ orang yang mendekatkan diri pada Allah
5- menjadi khadimah~orang yang suka berkhidmat terutama untuk agama Allah

Tertib Usaha Masturat
Doa kamu tidak dikabulkan Allah kerana hati kamu telah mati disebabkan oleh 10 perkara;

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengakui bahawa kamu cinta pada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal menurut al-Quran.
4. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu telah makan nikmat2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya. 8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan sendiri.
10. Kamu mengebumikan mayat2 saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran ke atas mereka.

Dari maulana Yusof RAH;
'Taklim adalah satu amalan yg penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis-majlis taklim. Kita hendaklah menjaga adab2, peraturan2, ketinggian & kehormatan majlis itu. Kita hendaklah mengambil wudhu terlebih dahulu, janganlah sekali-kali duduk bersandar, janganlah sekali-kali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat,janganlah sekali-kali berbual-bual dan berbisik-bisik semasa taklim sedang berjalan. Jika kita menghormati adab-adabnya nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli2 majlis akn mendapat taufik untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya nescaya dianugerahkan Nur Hadith yg mendatangkan Hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah swt'.

Posted by syukri

Selasa, Mei 14

Sunnah Bersiwak



Islam memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman. Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat. Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih. Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit.

Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud:

"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)."
(Hadis riwayat Muslim)

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud:

"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat."
(Hadis riwayat Muslim)

Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan:

"Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak. Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar:

"Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."

Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan:

"Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)


Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah. Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.

Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi. Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan. Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut. Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.

Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi. Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut. Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudimembuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan. Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

1. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

2. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata:

"Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak."
(Hadis riwayat Muslim)


3. Apabila bangun dari tidur.

Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)


4. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

5. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya:

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

6. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.

Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh. Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan. Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan:

"Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara."

Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri. Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah. Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

sumber - Artikel iluvislam.com

Khamis, Februari 7

Menghidupkan Amalan Sunnah Dalam Kehidupan Seharian


Teruja sangat bila jumpa artikel ni semasa blogwalking di Info Muslimah .Memang dah lama mencari....So Ummie nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat Info Muslimah untuk ilmu yang bermanfaat ni... : )



ADAB TIDUR

1. Sebelum tidur ambil wudhu. 


2. Pastikan kita telah solat sunat Taubat dan sunat Witir iaitu amalan Rasulullah s.a.w. 


3. Habiskan bacaan Al-Quran iaitu surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk. Rasulullah s.a.w. tidak tidur selagi  tidak baca dua surah ini.


4. Kibaskan tempat tidur 3 kali dari kanan ke kiri berserta doanya:




5. Sekiranya hendak bangun tahajjud, bacalah surah Al-Kahfi ayat 107-110. Niat untuk bangun tahajjud dan jika tidak terjaga masih mendapat pahala.

    6. Baca Ayatul Kursyi 3 kali dan ayat-ayat terakhir surah Al-Baqarah bermula dengan "Amanarrasul...".


    7. Baca Zikir Fatimah ( Tasbih 33 kali, Tahmid 33 kali dan Takbir 34 kali - Allah kurniakan kekuatan dua orang hamba sahaya).


    8. Bacalah 4 Qul sebanyak 3 kali dan tiap kali hembus pada tapak tangan dan sapu seluruh tubuh kecuali kemaluan dan tapak kaki. Kelebihannya Allah swt jauhi daripada terkena sihir dan godaan syaitan.


    9. Apabila hendak pejamkan mata (tidur), bacalah doa ini



    10. Tidurlah ikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan menghadap ke Qiblat. Tangan kanan di bawah pipi dan kaki kanan dia atas kaki kiri. Zikir atau selawat hingga terlena. Sebaik-baiknya zikir Allahu.


    11. Apabila mendapat mimpi yang elok ucapkan Tahmid (Alhamdulillah) dan apabila mimpi yang buruk ucapkan Ta'awwudz (A'udzubilaah) berserta isyarat ludah ke sebelah kiri.


    12. Apabila bangun dari tidur bacalah doa ini:



    13. Apabila bangun dan masuk bilik air, basuhlah tangan dahulu sebelum membasuk muka dan selawat.


    14. Tidur kita seluruh malam dikira ibadah jika doa ini dibaca:



    15. Sunnah pakai celak sebelum tidur tapi pastikan jenis celak terlebih dahulu. kelebihannya mencantikkan mata, menyinarkan mata dan jika diamalkan dengan istiqamah dan yakin maka mata tidak akan kabur. Sapu celak di mata kanan 3 kali dan mata kiri 2 kali. Doanya:







    Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali k.w.h. ketika hendak tidur:
    1. Baca Fatihah 4 kali - seperti menderma 84 000 di jalan Allah swt.
    2. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali - seperti mengkhatam sebuah Al-Quran.
    3. Selawat 10 kali - seperti mengerjakan haji yang mabrur.
    4. Istighfar 10 kali - seperti menyatukan 2 orang Muslim yang sedang bertelingkah.
    5. Ucapkan Tasbih, Tahmid dan Takbir (Subhanallahu walhamdu lillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar) sebanyak 4 kali fadhilatnya akan masuk syurga tanpa hisab. 



    ADAB MEMASAK

    1. Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt.

    2.Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu dan bawalah 6 sifat dalam diri kita.

    3. Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.

    4. Masuk ke dapur bacalah doa :

    "Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisimu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami". 


    5. Doa waktu menyukat beras ialah:





    6. Doa membuka periuk ialah:




    7. Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi kasyifah" dan kacau dari kanan ke kiri.

    8. Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:



    9. Doa semasa meletak periuk atas dapur:





    10. Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas bacalah doa ini:



    11. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.





    ADAB-ADAB PERJALANAN



    Jika kita melakukan perjalanan semata-mata kerana Allah swt. dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. , maka perjalanan tersebut akan dinilai sebagai ibadah dan akan mendapat pahala dari Allah swt. Berikut adalah adab-adab perjalanan:
    1. Sebelum memulai suatu perjalanan, sebaiknya kita melaksanakan solat Safar sebanyak 2 rakaat dan berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan kita, rezeki kita, tempat tinggal dan juga ilmu yang akan kita pelajari.
    2. Ketika kita akan keluar rumah, sebaiknya kita membaca doa :


                   
      "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah".

    3. Keluar rumah dengan mendahulukan kaki kiri tetapi memakai kasut dengan mendahulukan kaki kanan.

    4. Hendaknya berpergian dengan berjamaah, jangan melakukan perjalanan seorang diri terutama pada malam hari.

    5. Menaiki kenderaan dengan membaca BISMILLAH dan duduk di dalam kenderaan dengan membaca ALHAMDULILLAH.

    6. Ketika berada di dalam kenderaan, membaca doa perjalanan iaitu:





    "Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini bagi kami, padahal kami tidak sanggup mengendalikannya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami".
    Kemudian membaca ALHAMDULILLAH 3 kali dan ALLAHU AKBAR 3 kali.

    7. Jika kenderaan mulai bergerak, kita disunnahkan membaca doa:





    "Ya Allah, mudahkanlah bagi kami perjalanan ini dan dekatkanlah bagi kami jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan pengganti penjaga dalam keluarga".

    8. Apabila jalan naik bukit ucapkan ALLAHU AKBAR; apabila jalan turun bukit ucapkanlahSUBHANALLAH; apabila jalan mendatar ucapkanlah ALHAMDULILLAH; dan jika jalan berliku-liku ucapkanlah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

    9. Ketika menaiki kapal laut atau kapal terbang, kita disunnahkan membaca doa:





    "Dengan nama Allah pada waktu berjalannya dan pada waktu berlabuhnya, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

    10. Apabila melihat masjid maka ucapkanlah selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apabila melihat tempat peribadatan agama lain maka ucapkanlah:





    "Tiada Tuhan selain ALlah (tiga kali). Tiada yang berhak disembah kecuali Allah".


    11. Apabila nampak kemewahan dunia semasa dalam perjalanan, maka ucapkanlah:




    " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia".

    12. Walaupun sedang melakukan perjalanan, sebaiknya kita berhenti apabila waktu solat telah tiba.

    13. Apabila kita telah sampai ke rumah yang kita tuju, maka ucapkanlah :


    "Ya Allah, turunkanlah saya pada temoat yang penuh berkah dan ENgkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat".

    14. Sebelum memasuki rumah, maka kita membaca:



    "Semoga keselamatan, rahmat dan berkah Allah terlimpah kepadamu".


    Posted by ieyla


          


    Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
    Best View With Mozilla Firefox