Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Rabu, April 30

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

✎ Orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Tapi tahu ke kita siapa org pertama dlm hal2 yg berkaitan dgn agama kita iaitu agama Islam.
Kalau anak tanya siapa orang pertama yg tulis bismillah ??????
Apa kita nk jawab eak...
Kat bawah ni merupakan nota yg tak seberapa sekadar utk merungkai persoalan yg berkaitan, hrp dpt membantu... Sesiapa yg sudi utk memberi pencerahan yg lebih detail ataupun mungkin memperbetulkan kesilapan yg ada... silakan lah (✿◠‿◠)


 Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

 Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

 Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

 Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

 Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

 Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

 Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

 Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

 Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

 Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

 Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

 Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

 Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

 Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

 Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

 Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

 Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

 Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

 Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

 Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

 Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

 Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

 Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

 Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

 Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

 Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

 Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

 Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

 Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

 Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Wallahualam....

Khamis, April 24

3 WAKTU DILARANG MANDI


A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
Dikatakan :- 
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- 
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... 
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. 
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. 
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. 
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. 
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

Rabu, April 23

MENGAPA MANDI AIR SUAM TIDAK DIGALAKKAN?



Secara ringkasnya mandi air suam akan menyebabkan pemecahan cakra atau tenaga dalaman dan kesan daripadanya juga akan menjadikan aura anda semakin pudar. Mandi air suam dengan berulang-ulang boleh menyebabkan sistem kederiaan anda menjadi semakin kurang cekap menyesuaikan diri dengan persekitaran anda.

Bagi mereka yang gemar mandi dengan air suam, perumpamaannya sama seperti anda terkena hujan panas yang boleh menjadi penyebab mudah sakit kepala, mudah demam dan daya tahan tubuh anda semakin menurun. Mandi air suam juga mendedahkan tubuh anda kepada kebocoran elektromagnetik dalaman tubuh.

Kepada yang selalu banyak berfikir dan mudah runsing mandi air suam juga akan menyebabkan sistem metabolisma anda menjadi kurang cekap dan ini akan menjadi penyebab kepada sistem penghadaman khususnya seperti perut serta usus anda mengeluarkan gas dan jus gastrik. Bagi mereka yang kerap diserang sakit kepala (migrine) amatlah di larang mandi air suam.

Air suam boleh mengurangkan oksigen dalam tubuh anda. Tubuh yang kerap mandi dengan air suam juga perumpamaannya anda menyiram pokok bunga yang mana akan mematikan pokok tersebut. Mandi air suam akan membuatkan seseorang mudah rasa mengantuk kerna aliran darah menjadi perlahan.

Pengamalan mandi air suam khususnya bagi anak-anak yang hendak pergi sekolah awal pagi bukan hanya penyebab mengurangkan keaktifan isyarat otak, malah akan menyebabkan anak anda mudah mengalami stress dan mudah keletihan.

Kekerapan pengamalan mandi air suam juga akan mengendurkan urat dan menyebabkan berlakunya tanda-tanda kebas dan kekejangan otot. Tubuh akan semakin layu dan lesu jika oksigen semakin berkurangan. Segala jenis tumbuh-tumbuhan akan tumbuh lebih segar selepas musim sejuk yang membekukan tanah. Sebaliknya segala jenis tumbuhan akan berguguran daunnya selepas mengalami musim panas yang telah ditetapkan secara fitrah alamiah.

by Dr Jaffry

Selasa, April 22

Maksud Pelekat Pada Setiap Buah-buahan & Sayur-sayuran



Anda perasan tak?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :


1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

Selamat membelek pelekat!!

Credit to Salbiah Ismail

Khamis, Februari 6

Sembelit usah dipandang ringan

Sembelit berpanjangan yang tidak diatasi dengan sempurna menyebabkan kanser kolon. - Foto: Sumber internet


DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Bahan bertoksik

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).

Terlalu bergantung kepada laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia menyebabkan seseorang mudah mengalami sembelit.

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).

Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.

Bagaimanapun, jika seseorang mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal dalam death.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan kematian.

Jadi, bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif oleh doktor atau membeli laksatif dari kedai farmasi kesan bahan aktifnya kepada tubuh dan dos pengambilan yang selamat. Ia adalah langkah bijak walaupun kebanyakan pengguna memiliki ilmu untuk memahami arahan yang terkandung pada label.

Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat.

Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu.

Seperti dinyatakan bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu boleh menyebabkan sembelit.

Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.


Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.

Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.

Penggunaan laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba tidak seharusnya dijadikan kebiasaan.

Penulis biasa mencadangkan pengambilan laksatif (apabila keadaan amat memerlukan) tidak lebih dari seminggu. Sesi buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk.

Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku.

Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.

Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.

Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu.

Sumber : Sinar Harian

Isnin, Disember 9

SEJARAH YANG DILUPAKAN




Irish Republic atau Republik Ireland telah dilanda kebuluran yang dahsyat dan epidemik penyakit di antara tahun 1845 dan 1849. Malapetaka yang dikenali sebagai ‘the Great Hunger’ ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta penduduk Ireland telah meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran dan lebih daripada satu juta di kalangan rakyat Ireland telah membawa diri, terutamanya ke Amerika Syarikat, England, Kanada, dan Australia.

Satu-satunya kerajaan luar yang telah menawarkan bantuan kepada masyarakat Ireland yang Katolik ini hanyalah daripada pemerintah Islam Daulah Uthmaniyyah Turki. Pemerintahnya pada ketika itu adalah Sultan Abdul Majid yang telah menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling (kira-kira USD 10,000,000 kalau dinilai dengan nilai matawang hari ini) kepada para petani di Ireland.

Queen Victoria (Britain) meminta agar Sultan menghantar hanya
£ 1000 sterling, kerana Queen sendiri telah menghantar hanya
£ 2000 sterling kepada para penduduk yang sedang merana di Ireland pada ketika itu.

Baginda Sultan yang adil dan pemurah ini memutuskan untuk menghantar £ 1000 sterling (nilai sekarang USD 1,052,000) sahaja tetapi dalam diam-diam Baginda telah menghantar 3 buah kapal yang penuh dengan bekalan makanan.

Pentadbiran British cuba berbuat jahat dengan menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu akhirnya tiba secara rahsia di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland).

Masyarakat katolik di Ireland sangat menghargai sumbangan kemanusiaan yang diberikan oleh kerajaan Daulah Uthmaniyyah Turki yang telah memberikan bantuan kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan Negara.

Di antara tanda penghormatan yang diberikan oleh masyarakat Ireland kepada Turki bagi mengenang kembali sumbangan yang diberikan tersebut ialah dengan menggunakan logo bulan sabit dan bintang (lambing bendera dan kemegahan Uthmaniyyah) sebagai logo rasmi kelab bola sepak Drogheda United yang telah ditubuhkan sejak tahun 1919 lagi.

Ahad, November 17

KHASIAT GARAM

from google


Kita disogok dgn fakta palsu."Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."
Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ...
Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...
Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?
Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi...
Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.
Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

Khamis, Jun 6

Empat mati, Lapan lagi cedera dan 78 ditahan.. Polis kini bimbang konflik berdarah di Myanmar menular ke Malaysia..



Konflik berdarah antara penganut agama Islam dan Buddha di Myanmar nampaknya telah merebak ke Malaysia, negara yang menggunakan tenaga kerja yang ramai dari negara itu dan juga penempatan terbesar Islam Rohingya di luar negara.

Di Malaysia dianggarkan terdapat kira-kira 400,000 pekerja dari Myanmar yang mana kebanyakkan dari mereka adalah perkerja restoran dan juga sektor pembinaan, selain dari itu di Malaysia juga tempat berlindung 23,000 pelarian Islam Rohingya menurut statistik UNHCR tetapi angka tersebut dipercayai mencecah 50,000 orang.

Menurut laporan media, empat warga Myanmar telah terbunuh manakala lapan lagi cedera serta 78 orang telah ditahan selepas berlaku beberapa siri serangan yang dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di negara asal mereka iaitu Myanmar.

"Sentimen agama dinegara asal mereka telah memerangkap pekerja Myanmar di sini, yang menyebabkan kedua-dua kumpulan Muslim dan Buddha melancarkan serangan kejam antara satu sama lain di kawasan yang mempunyai bilangan besar warga Myanmar," kata Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh Ishar Singh.

Berikut adalah laporan penuh mengenai insiden ini..

KUALA LUMPUR 3 Jun - Polis bimbang berikutan empat kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di ibu negara dalam tempoh lima hari lalu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara penduduk beragama Islam dan Buddha negara itu.




Menurut sumber, sehubungan itu, polis kini sedang menyiasat satu kumpulan dikenali sebagai '969' terdiri daripada warga Myanmar beragama Buddha yang mempunyai misi untuk menghapuskan penganut agama Islam Rohingya yang menetap di negara ini.

Difahamkan, sehingga kini polis telah membuat tangkapan melibatkan 78 orang berhubung kes itu.

"Beberapa kematian membabitkan warga Islam Myanmar di ibu negara sejak beberapa hari lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan penghapusan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar.

"Warga Myanmar di sini didakwa telah dihasut untuk bangkit menghapuskan penganut Islam dari Myanmar yang tinggal di negara ini menerusi beberapa cara seperti pengedaran cakera padat video (VCD) yang mengandungi rakaman pembunuhan umat Islam Rohingya oleh tentera Myanmar," kata sumber itu di sini hari ini.




Menurut sumber, untuk mengenali kumpulan anti-Islam Myanmar tersebut, mereka kerap memakai kemeja-T yang bertulis 969 dan setiap aktiviti dan pergerakan mereka dikatakan berpusat di tokong sekitar Puchong dan Kepong.

Faktor utama kawasan Selayang sering menjadi lokasi serangan dan pembunuhan warga Myanmar, sumber itu berkata, ia adalah disebabkan kawasan tersebut merupakan penempatan paling ramai warga Islam Myanmar dan Rohingya.

Dalam kejadian terbaharu, dua lelaki warga Myanmar maut dibunuh di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini dan di Pasar Borong Kuala Lumpur, kira-kira 3 petang ini.

Dalam kejadian di Ampang, mangsa ditetak sekumpulan lelaki yang dipercayai rakyat negara itu di sebuah pusat cucian kereta di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini.

Mangsa berusia 20-an mati akibat ditetak di belakang badan serta leher oleh sekumpulan penyerang yang dipercayai lebih daripada 10 orang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi berkata, ketika kejadian, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan sedang tidur di dalam pusat mencuci kereta tempatnya bekerja sebelum didatangi lebih 10 lelaki lalu menyerangnya.

"Mangsa telah cuba lari untuk menyelamatkan diri namun dia rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. Dalam kejadian itu, dua rakan mangsa turut cedera di jari dan lengan," katanya di sini hari ini.

Di Pasar Borong Kuala Lumpur pula, mangsa diserang sekumpulan lelaki warga Myanmar dengan senjata tajam dan kayu sehingga cedera parah di perut dan kepala.

Menurut saksi, mangsa yang rebah di tempat kejadian kemudian ditemui orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur seterusnya disahkan mati di hospital berkenaan.

Sementara itu, pada Khamis lalu, seorang peniaga sayur warga Myanmar maut diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika menaiki motosikal bersama seorang rakannya di pekarangan tempat letak kereta di Pasar Borong Selayang Baru dekat sini.

Sehari selepas kejadian itu, mayat seorang lagi warga Myanmar ditemukan dengan kesan kelar di leher di kawasan semak berhampiran Pasar Borong Selayang .

Rentetan dari insiden ini Polis telah melancarkan siri operasi tangkapan besar-besaran dan membuat pemeriksaan secara menyeluruh terhadap warga Myanmar sejak Ahad lalu sebagai langkah membendung kes bunuh warga Myanmar berulang.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, setakat ini polis sudah menahan kira-kira 400 warga Myanmar di sekitar Pasar Borong Selayang untuk tujuan penyimpanan data dan maklumat. - UTUSAN

Keadaan Daif Mumia Firaun..

Sebagai pemerintah paling berkuasa di Mesir Purba, firaun sering digambarkan memiliki tubuh yang bidang, wajah yang bengis dan suara yang garau. Ia ada benarnya. Firaun Seti I misalnya, digambar memiliki wajah yang bengis dan suara yang keras. Manakala, permaisuri Firaun Akhaneten, Nefertiti disebutkan mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang mulus. Keanggunan Nefertiti boleh dilihat pada ukiran patung wajahnya pada sehingga hari ini.

Walaubagaimanapun, beberapa Firaun memiliki kecacatan dan kecederaan yang teruk sehingga hampir merosakkan wajah mereka. Sedarlah bahawa Firaun hanya manusia biasa. Sesungguhnya Allah swt paling berkuasa dan Maha Sempurna.


Tutankhamun

Tutankhamun(1332SM-1323SM) adalah anak kepada Firaun Akhenaten. Beliau menaiki takhta selepas kematian bapanya. Menurut laporan perubatan, Firaun Tutankhamun yang dikenali dengan gelaran King Tut menghidap pelbagai ‘kecacatan’ fizikal. Tutankhamun dilaporkan menghidap bibir sumbing dan scoliosis. Scoliosis adalah kecacatan kepada tulang belakang yang disebabkan oleh kebengkokan tulang . Ini menyebabkan Firaun Tutankhamun mengalami kebongkokan.

Menurut kajian yang lebih terperinci, firaun yang memiliki ketinggian 180cm ini menghidap sejenis kecacatan yang dikenali sebagai Dolichocephalic.Dolichocephalic adalah penyakit genetik yang turut dibawa oleh bapanya yang mana ia menyebabkan tulang tengkorak sedikit memanjang ke atas.




Akhenaten
Tiada Firaun yang berwajah pelik selain daripada Firaun Akhenaten(meninggal pada 1334SM). Firaun Akhenaten terkenal sebagai seorang firaun yang bertanggungjawab melakukan revolusi keagamaan di Mesir Purba apabila cuba menghapuskan penyembahan kepada Tuhan Amon dan lain-lain Tuhan. Akhenaten memaksa seluruh rakyatnya menyembah kepada satu Tuhan iaitu Aten manakala pusat pentadbiran dipindah ke Amarna.

Bapa kandung Firaun Tutankhamun ini memiliki susuk tubuh yang janggal. Mukanya runcing, kepala memanjang, perut sedikit membuncit, paha melebar seakan-akan peha perempuan dan buah dada sedikit timbul. Mudah untuk dibicara, Akhenaten lebih mirip seorang wanita berbanding seorang lelaki. Selepas pelbagai kajian dan analisis, pelbagai teori timbul antaranya adalah Akhenaten dikatakan menghidap Sindrom Marfan. Sindrom ini menyebabkan penghidapnya memiliki ketinggian yang luar biasa serta ciri-ciri tulang rusuk melebar dan tangan menjadi kecil.





Ramses

Ramses(1303SM-1213SM) dilahirkan sebagai putera yang sihat. Sebaik meningkat dewasa, Ramses menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber dan berpadangan jauh. Ramses banyak memimpin bala tenteranya menewaskan musuh-musuh seterusnya meluaskan wilayahnya. Walaubagaimanapun, kesihatan Ramses beransur-ansur merudum menjelang usianya genap 60 tahun. 20 tahun terakhir usianya, Ramses menghidap pelbagai penyakit yang membelenggu dirinya. Ramses menghidap penyakit Arthritis yang teruk. Kaki dan tangannya membengkak. Sesekali Ramses akan dibawa oleh hamba-hamba istananya untuk mandi suana di sebuah gua di Mesir. Ramses turut mengalami masalah gigi dan rahang yang teruk. Ramses meninggal dunia di usia 90 tahun dan diganti oleh anaknya yang ke-13, Merneptah.


ikra-01f-ramses-ii-l

Seqenenre Toa

Seqenenre Toa adalah Firaun yang memerintah kerajaan terakhir bagi Dinasti ke-17 di Theban, Mesir. Ahli sejarah tidak bersependapat dengan tahun pemerintahan Seqenenre Toa namun sumber paling dipercayai adalah 1560 SM sehingga 1558 SM.

Mumia Seqenenre Toa ditemui pada 1886 oleh Gaston Maspero. Ketika ditemui, Maspero terkejut dengan keadaan mumia Seqenenre Toa yang sangat teruk. Menurut laporan yang ditulis oleh Maspero, beliau secara terperinci meneliti keadaan mumia yang disifatkan ‘kemungkinan mati semasa berperang atau dibunuh dengan kejam’.
Berdasarkan keadaan mayat, Seqenenre Toa telah meninggal dunia di usia 40 tahun. Kepala Seqenenre Toa telah ditikam dengan kapak. Giginya patah, patah di bahagian rahang, dan pukulan itu menyebabkan Seqenenre Toa terhempas kuat ke lantai. Seterusnya menyebabkan trauma pada kepalanya.

Menurut laporan Maspero, jasadnya kekal di tempat beliau mati untuk beberapa waktu sebelum ditemui. Akibatnya, proses mumia terpaksa dilakukan secara tergesa-gesa.




Firaun Djeher

Firaun Djeher diperkirakan memerintahkan sekitar tahun 360SM sehingga 362SM. Pemerintahannya begitu singkat akibat rampasan kuasa oleh Nectanebo II dengan bantuan Agesilaus II daripada Sparta. Artaxerxes daripada Parsi memberi suaka politik kepadanya dan tinggal di Parsi sehingga meninggal dunia.

Melalui beberapa penelitian CT scan terhadap mumia Firaun Djeher, terdapat tanda-tanda Firaun Djeher menghidap penyakit jantung yang serius. Dilaporkan bahawa besar kemungkinan kematiannya adalah disebabkan oleh serangan jantung.





Putera Pentewere

Mumia Putera Pentewere sememangnya misteri. Sejak ditemui pada 1881 oleh Gaston Maspero, ia menjadi persoalan kepada banyak ahli sejarah. Keadaan mumia yang menakutkan dengan mulut yang ternganga seakan-akan mengalami kesakitan yang dashyat.

Ketika ditemui mumia ini diletakkan bersebelahan dengan tiga Firaun terkenal, Rameses the Great, Seti I and Tuthmosis III. Namun, berbeza sekali dengan ketiga-tiga Firaun tersebut, mumia Putera Pentewere tiada dekorasi dan proses mumifikasi cacar marba.

Selepas beberapa kajian, ahli arkeologi berpendapat bahawa Putera Pentewere adalah individu yang bertanggungjawab melancarkan pemberontakan kepada bapanya, Ramses III dengan bantuan ibunya, Tiy. Besar kemungkinan, kedashyatan kematian Putera Pentewere adalah disebabkan oleh proses seksaan yang dilakukan pegawai Ramses III.






Selasa, Mei 14

12 Tip Senaman untuk Pelajar di Asrama

                                                   From Google

Oleh Anna Ramli.

Kehidupan sebagai pelajar di asrama buat kali pertama samada di sekolah atau di kolej pasti membuat anda 'culture shock'. Secara tiba-tiba anda kena duduk dengan orang yang anda tak pernah kenal di ruang yang terhad yang jauh berbeza dengan kehidupan yang selesa di rumah sendiri. Secara tiba-tiba juga anda rasa yang kehidupan anda seperti sudah diatur dan anda terikat untuk melakukan sesuatu contohnya nak pergi mana, pergi dengan siapa, pukul berapa kena balik, pukul berapa kena tidur, pukul berapa kena bangun dan banyak lagi.

Maklumlah, masa jadi pelajar ni lah nak belajar hidup bersama orang lain, belajar sesuaikan diri dengan situasi yang baru. Semua ini sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan anda kerana anda mempunyai pilihan yang terhad untuk makanan yang anda makan. Sebab biasanya makanan dah disediakan di dewan makan.

Anda hanya punya dua pilihan samada anda mahu makan atau tidak. Dan saya pasti jika anda tidak makan makanan yang disediakan, anda pasti akan menggantikan dengan makanan ringan untuk mengisi perut anda. Di dalam bilik di asrama pula, ruang adalah sangat terhad. Selangkah ke kiri dah jumpa katil kawan, selangkah ke kanan dah jumpa locker pulak. Selangkah ke depan dah jumpa pintu bilik. Apa yang boleh dibuat di bilik adalah mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam atau berborak-borak dengan rakan anda.
...Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi...

Pilihan makanan dan ruang yang terhad serta amalan berjaga malam merupakan antara faktor seseorang itu bertambah berat badan secara tidak sedar. Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi. Lepas makan, dah kenyang, mengantuk dan terus tidur pulak tu. Mana taknya berat badan bertambah, kan?
Crash Diet Untuk Cepat Kurus?

Memang benar di peringkat remaja ini masih lagi membesar dari segi ketinggian, struktur tulang, dan berat. Tapi tak salah kan kalau kita ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Tak lah nanti dah terhantuk baru tengadah. Bila dah overweight, baru nak diet. Diet yang sihat tak apa juga, ini kalau amalkan crash diet sebab nak kurus cepat, itu yang akan memudaratkan diri sendiri tu. Jadi, amalan makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan aktifkan diri seperti berjalan instead of naik shuttle bus mungkin dapat membantu. Apa yang paling penting, anda boleh bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, itu lebih baik. Senaman pula haruslah ada tiga komponen ini iaitu: 1. Kardio / Aerobik akan membantu membakar kalori, melatih badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga, menguatkan degupan jantung, dan juga dapat mengurangkan tekanan. Cuba target lakukan senaman ini 30-60 minit untuk 3-6 kali seminggu. 2. Latihan kekuatan akan membantu anda untuk membina otot. Jika anda tidak membuat latihan kekuatan, anda akan kehilangan otot tersebut and metabolisme badan anda akan menjadi sangat rendah. Oleh itu, cuba buat workout 2 kali seminggu. 3. Regangan atau latihan fleksibiliti boleh membantu anda meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan risiko kecederaan selepas anda melakukan aktiviti senaman. Lakukan regangan setiap kali selepas workout dan bila-bila anda mahu merehatkan badan. Tapi, bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad seperti di asrama, bagaimana anda dapat menggunakan sebaik-baiknya ruang yang anda ada untuk melakukan senaman? Di sini saya ada beberapa cadangan yang anda boleh lakukan di ruangan terhad anda itu:
Berkawad setempat.
Melakukan side steps atau melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
Jogging setempat atau berlari setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
Melompat bintang setempat.
Membuat gerakan kickboxing – front kicks, squats, side kicks, menumbuk.
ON mp3 player anda dan menari sampai berpeluh
Anda juga boleh buat jumping rope kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda, lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
Ini aktiviti yang paling saya suka. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut! Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama juga. :D
Buat pushups menggunakan hujung katil atau di atas lantai.
Buat sit up.
Kalau anda anda duit lebih, anda boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
Turun dan naik tangga atau berlari sekeliling asrama anda.

Kehidupan di asrama bukanlah sesuatu yang sukar. Anda tidak boleh meletakkan kehidupan di asrama sebagai penyebab anda kekurangan masa dan ruang untuk menjalani kehidupan yang sihat. Ini kerana bilik anda yang kecil di mana anda tidur, belajar, berborak bersama rakan itu juga boleh dijadikan sebagai gim peribadi anda. Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah salah satu cara anda akan buat pengalaman anda tinggal di asrama sebagai satu pengalaman yang terindah!

Anna Ramli  merupakan penulis untuk kevinzahri.com.

Kevin Zahri
 merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal (minor Ekonomi) dari Universiti Northeastern (Boston), Amerika Syarikat. Beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali sebagai cikgu fitness. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah meninggalkan impak dan kesan yang begitu besar dalam industri kesihatan dan kecergasan sebagai hos TV, penceramah, penulis dan web entrepreneur. Kevin Zahri menulis di dalam beberapa majalah dan juga web peribadi, kevinzahri.com.

sumber - Artikel iluvislam.com

Khamis, April 11

Ustaz Ahmad Syukri VS Ustaz Zaharuddin


ASSALAMUALAIKUM,

Kepada semua pembaca saya saya doakan semoga sihat. Saya seringkali diajukan pertanyaan berhubung dengan isu pelaburan. Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali di sebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000 saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia, secara umumnya tida ada apa2 masalah, akan tetapi apabila ramai di kalangan para ustaz menceburi dunia perniagaan saya terpanggil untuk menjawab sekaligus menyanggah pandangan serong berkenaan dengan pelaburan internet. Saya juga melihat Zaharuddin berusaha mengumpulkan berbagai koleksi di laman web sebagai salah satu unsur perniagaan dan tarikan, agar hujah beliau di sokong. Maka di sini saya kemukakan soal jawab moga-moga pembaca akan merasa tenang sekian wassalam .

SOAL JAWAB AGAMA BERHUBUNG INTERNET .

Apakah hukum pelaburan menerusi internet ?

Jawapanya : Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam dan ianya sama juga dengan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon dan sebagainya. Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis nabi yang menyatakan bahawa pada satu saat nanti akan datang satu perubahan iaitu â€Å“ sesuatu yang jauh akan menjadi dekat ". Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman . Perubahan ini sekaligus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang peniaga berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah. Mengikut hukum aqal adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas, alat tulis, mesin taip dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptanya mesin telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan alat tersebut untuk berurus niaga. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima dengan beberapa saat dan di gunakan sehingga ke hari ini. Kemudian muncul pula telefon bimbit tanpa wayar serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) dengan cepat dan pantas dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar sama ada urusan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan internet adalah sah sekaligus sebagai sangghan terhadap Dr Asri , Mufti Perlis , Wassalam

Benarkan perniagaan di internet tidak jelas.?

Jawapan : Tidak semua perniagaan di internet tidak jelas, bagi saya yang melihat sebahagian daripada lama web ia serba sedikit ada menyatakan jenis perniagaan. Kadang-kadang terdapat juga sebahagian laman web menyebut secara jelas semua bentuk perniagaan dan sebahagian tidak kerana sebab tertentu seperti soal keselamatan yang sangat sulit dan sebagainya. Penjelasan dan bentuk perniagaan tidak perlu secara tadqiq atau terperinci , cukup sekadar apakah jenis perniagaan yang di usahakan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang, pembinaan bangunan, bahan-bahan mentah dan sebagainya. Walaubagaimana pun sikap berhati dan waspada perlu ada agar perniagaan seperti judi , arak tidak wujud . Seandainya ada yang mempertikaikan persoalan ini terlalu terperinci maka bagaimana pula halnya bank-bank di Malaysia yang tidak menyatakan bentuk perniagaan. Bahkan ada yang menyimpan sehingga berpuluh-puluh tahun apabila di tanya apakah jenis perniagaan bank , sudah pasti jawapanya , tak tahu ?

Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib ?

Jawapanya : Hukum jual barang atau perniagaan yang ghaib dari majlis jual beli atau jual barang yang tidak dapat di lihat menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi adalah sah , walaupun tidak dapat di lihat dan tidak dinyatakan sifat-sifat barang itu. Dalam kes ini pembeli mempunyai hak khiyar ( hak pilihan ) apabila melihat barang jual yang di jual ( atau di laman web yang tertera ). Di sisi ulama’ mazhab Maliki kontrak jualan ini sah kerana ia merupakan gharar yang kecil , Ini berdasarkan hadis nabi ertinya â€Å“ Sesiapa membeli suatu tanpa melihatnya, maka dia mempunyai hak khiyar apabila melihatnya â€. Manakala Mazhab Syafei menurut pendapat yang lebih zahir di sisi mereka dan juga pendapat al-Ibadhiah tidak sah secara mutlak jualan barang yang ghaib atau yang tidak dapat di lihat oleh pembeli atau penjual kontrak jualan ini tidak sah . Dalam hal ini pelaburan di internet termasuk salah satu pelaburan atau jualan yang dapat di lihat melalui skrin komputer dan bukan pelaburan yang ghaib , yang tidak dapat di lihat , oleh itu pembeli atau pelabur mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau pun tidak.

Apakah pelaburan internet mempunyai aqad dan ijab qabul ?

Jawapannya : Pelaburan menerusi internet sama juga dengan yang lain, ia juga mempunyai aqad iaitu persetujuan antara kedua-dua belah pihak, akan tetapi ijab dan qabul boleh juga di pakai apabila kita menyerahkan wang pelaburan seperti katanya :â€Å“Saya Muhamad bin Ali menerima wang daripada Hassan bin Senin sebagai pelabur di dalam AL-ARABIC sebanyak RM 3,800 tunai â€Å“ Menurut pandangan seperti berikut :â€Å“ Para ulamak mengatakan persoalan aqad atau kontrak di anggap sah walaupun tanpa ijab qabul , kontrak yang tidak di lakukan dengan tiada lafaz di sebut al-aqad al-mu’atah iaitu kontrak yang tidak di lakukan dengan perkataan atau lafaz , tetapi dengan perbuatan dua pihak , iaitu dengan tukar menukar , persetujuan dan kerelaan . Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padahal tiada lafaz ijab dan qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan , apabila kita parking kereta selama 2 jam kita akan membayar RM4 di mesin tanpa lafaz ijab qabul. Para ulama menyatakan kontrak atau perjanjian dengan telefon , surat menyurat [ dan pada zaman sekarang internet ] adalah sah walaupun mereka tidak ada pada â€Å“ satu majlis â€Å“. Para ulama menyatakan yang di maksudkan â€Å“ bersatu majlis â€Å“ bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama , tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan.â€Å“

Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet , apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju , yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa , nama , tarikh lahir, dan sebagainya. Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual dan si pembeli atau pelabur . Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan 3 perkara iaitu percakapan , penulisan, persetujuan . Oleh yang demikian , pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin komputer. Oleh yang demkian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.

Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?

Jawapan : Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah . Contohnya apabila kita melabur USD1,000 ( RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 ( RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba , keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan , kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline , mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan .

Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ?

Jawapannya : Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman , Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis :

Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain. Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli. Ketiga : Riba al-Nasi’ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya :â€Å“Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah â€Å“, maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00.

Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ?

Jawapanya : Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak memberi faedah , sebagaimana nas yang di ambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya :" Menetapkan masa mudhrabah ( keuntungan ), jika di bataskan mudhrabah (keuntungan ) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis , maka kontrak mudharabah ( keuntungan ) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan .Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan Kontrak seperti ini tida ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki , sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan , sebab ada kemungkinan keuntuntungan tidak di perolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan di perolehi selepas daripada tempoh yang di tetapkan "

Ulasan : Apa yang dapat di fahami Mazhab Hanafi dan Hambali menetapkan semua jenis perniagaan termasuk nilai ( RM atau USD yang di sebut sebagai jenis, jikalau dulu emas dengan emas, perak dengan perak ).Begitu juga menetapkan kepada siapa kita hendak berurus niaga, begitu juga menetapkan tempoh perniagaan seperti 100 hari , akan tetapi dalam mazhab Syafei dan Maliki perkara tersebut tidak ada atau tidak di sebut , oleh itu Imam Syafei mengambil keputusan ia merosakkan keuntungan " bukan riba". Perkara ini sama seperti zakat , menurut mazhab Syafe'i kadar zakat hendaklah di keluarkan mengikut makanan asasi, jika mereka makan beras mahal maka zakatnya tinggi , jikalau mereka makan beras murah zakatnya rendah sebagai contoh di Kelantan dan Terggganu , zakat tidak serupa dan mengikut peringkat contohnya RM4.50 , RM4.70 dan RM 5.00 . Ini berbeza di Selangor dengan kadar zakat yang telah DI TETAPKAN iaitu RM4.70 , sedangkan jikalau di lihat dari sudut lain, ia adalah penindasan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau yang makan beras yang murah. Pernah satu ketika PM Dr Mahadir Muhammad menetapkan kadar mata wang Malaysia RM3.80 bersamaan USD 1.00 sehingga tahun 2006 .Pada hal kita semua tahu kadar mata wang jikalau untung akan meningkat , jikalau jatuh akan menurun. Sedangkan di negara-negara lain tidak serupa boleh di katakan setiap hari turun naik . Apa yang dapat di lihat daripada fenomena ini adalah darurat semata-mata untuk menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia. Hal ini samalah dengan pelabur-pelabur yang mendapat keuntungan daripada syarikat walaupun nampaknya tetap. Jadi kita tidak boleh mengatakan keuntungan tetap itu riba , tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keadaan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi , di negara-negara lain perubahan mata wang turun naik sangat ketara , tetapi di Malaysia TETAP USD1.00 bersamaan RM 3.80 sehingga 7 tahun dan sejak akhir -akhir ini ada sedikit perubahan RM 3.50. Jadi maksud TETAP itu luas, mungkin tetap sehingga 100 hari sahaja, mungkin tetap 3 bulan sahaja, mungkin tetap 6 bulan sahaja

Apakah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan ?

Jawapanya : Yang di maksudkan menetapkan keuntungan ialah keuntungan tahunan , biasanya dalam perbankan untung rugi akan di nilai dalam tahun itu, akan tetapi ia berbeza dengan pelaburan di internet kerana keuntungan adalah harian dan bertempoh. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaily :“ maka tidak sah mudharabah dengan penetapan keuntungan yang di buat di bank-bank perniagaan kepada penyimpan - penyimpan . Sebab mengikut hukum mudharabah perkongsian mesti berlaku pada keuntungan tanpa had nisbah yang tetap seperti 7% umpamanya “.

Bagaimanakah penentuan kadar keuntungan ?

Jawapanya : Menurut pendapat Jumhur keuntungan di bahagikan menurut syarat yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak , oleh yang demikian pelaburan yang tertera di skrin internet adalah merupakan salah satu syarat yang dipersetujui oleh pelabur. Apabila pelabur bersetuju dengan jumlah tersebut maka ia telah menjadi satu syarat perjanjian , tetapi Imam Syafei mengatakan keuntungan hendaklah di bahagikan mengikut kadar modal. Hal ini juga sama kepada pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar akan memperolehi keuntungan yang besar , begitulah sebaliknya. Imam Syafei menyatakan salah seorang ahli syarikat boleh mendapat kadar untung melebihi rakan kongsinya hasil daripada kebijaksanan perniagaanya, biarpun modal yang sama banyak atau tidak sama banyak dan kerugian adalah mengikut modal .Ini di persetujui oleh seluruh mazhab berdasarkan hadis ertinya ;“ Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka , manakala kerugian berdasarkan kepada kadar modal “. Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31%) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi “Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka “. Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 ) Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab ( keuntungan ) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak .

Apakah yang di maksudkan Mudharabah Mutlaq ?

Jawapanya : Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset , sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan . Dr Wahbah menyatakan ::“ Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta , selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib ( pelabur ) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang di buat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah.

Jelaslah di sini membataskan mudhrabah atau keuntungan oleh pemilik fund atau pemilik asset di haruskan ia di sebut sebagai Mudharabah Mutlaq . Hal ini di sebabkan banyak memberi faedah, selain dari pemilik harta juga berhak menentukan dan mempunyai kuasa dalam hal tersebut. Sebagai contoh pemilik asset atau fund menetapkan keuntungan mutlaq sebanyak 31% kepada pelabur. Oleh yang demikian jawapan ini sebagai sanggahan kepada mereka yang mendakwa bahawa keuntungan tetap adalah haram atau riba.

Pada pandangan Ustaz mengapa Al-Arabic Fund memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelabur sehingga 31%?

Jawapan : Sebagaimana yang di maklumi Al-Arabic merupakan satu syarikat pengeluar minyak yang terbesar di dunia dan menggunakan mata wang dinar. Hanya 4 buah negara yang menggunakan matawang Dinar iaitu Jordan, Dubai, Kuwait dan Iraq, kesemua tersebut adalah Negara Islam yang kaya, kecuali Iraq yang menghadapi krisis ekonomi akibat peperangan. Oleh yang demikian, bukan suatu yang mustahil syarikat gergasi seperti itu dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Pulangan tersebut berdasarkan pendapatan yang konsisten antara 30%-60% setiap bulan. Ada kalanya segala maklumat tidak boleh di dedahkan kerana sulit , semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kemaslahatan pelabur kerana ramai yang mendakwa memiliki asset. Seorang sahabat saya yang berkahwin dengan wanita Dubai dan tinggal di sana menyatakan bahawa pemiliki asset tersebut memang seorang yang kaya dan di ibaratkan sebagai seorang menteri .

Apakah nasihat ustaz terhadap pelabur ?

Jawapanya : Nasihat saya kepada pelabur banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah , kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat, yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan , sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih.

Apakah benar kenyataan Mufti di akhbar Metro SAHAM NERAKA ?

Jawapanya : Kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro , Ahad 18hb Mac 2007 adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan ." Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta riba lebih dahsyat dari memakan daging **** dan khinzir "? Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar Harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhkan ekonomi umat Islam . Salah satu contoh 2 kes yang pernah berlaku : Kes pertama. Isu air susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan di Selangor yang kononya berpunca daripada air susu IGG , Harian Metro terus mengeluarkan kenyataan sehingga seluruh masyarakat Malaysia merasa takut untuk minum, akibatnya perniagaan orang-orang Melayu jatuh merundum. Kes kedua : Propolis Gold yang satu ketika memuncak tiba-tiba di kejutkan adanya alkohol padahal minyak cap kapak pun ada alkohol. Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar ?. Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan , mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet.? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan ?. Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum, pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatinya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian.?. Hal ini serupa di Jabatan Agama Islam atau JAKIM yang mengeluarkan cop HALAL seperti kaedah penyembelihan, makanan dan sebagainya setelah di periksa dan di sahkan kehalalanya. Pada saya apa yang di paparkan di akhbar bukanlah satu fatwa tetapi selayaknya menjadi bungkusan nasi lemak,, fatwa hanya dapat di perolehi di dalam kita-kitab yang muktabar. Oleh yang demikian mengambil sumber hukum hanya semata-mata berdasarkan apa yang tertera di skrin internet yang terbatas, tanpa usul periksa atau ke tempat tersebut, atau bertanya kepada pemilik asset ( fund ) maka ia adalah tidak sah dan di tolak.

Sekian Ustaz Ahmad Shukri Ghazali.

sumber : Harlina

Sabtu, Mac 2

Kelebihan Minum Kopi


pictures from google


Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing.
Namun antara faedah kopi yang paling diperkatakan bukan setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih bertenaga sebaik bangun tidur tetapi ia lebih daripada itu.
Kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.

Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.

Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.

Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.

Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.

Tanpa perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran, sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur.

Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit.

Dua sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.

Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing.

Namun begitu, penampilan langsing itu tidak kekal lama sebaliknya aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.

Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu. 

Masukkan kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh dengan cara menggosok secara bulatan kerana selain membuang sel kulit mati, ia dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran mata.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan beberapa minit untuk mendapat kesan melembapkan kulit.

Kopi boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.

Penggunaan kopi sebagai bahan penjagaan kulit bukan asing malah turut diamalkan oleh wanita di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman.

Malah bagi masyarakat Melayu sendiri terutama orang lama, selain sebagai bahan kecantikan kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.

Posted by - Faizatul Farlin Farush Khan

Sumber - My Metro

Khamis, Februari 14

Minum air kencing sendiri

Apa perasaan anda bila baca entry di bawah ni...


TABIAT pelik Carrie meminum air kencingnya sendiri bermula empat tahun lalu.


CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam.
Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.
Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu.
Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat membantunya melawan hukuman maut itu.
"Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu.
"Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan. Saya juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui rasa air kencing saya itu.
"Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik," ujarnya.
Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh badannya.
"Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu. Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya.
"Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya meminum air kencing saya," jelasnya.
Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat kepada badan selain ia pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan India.
Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun 2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.
Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut dan tidak boleh dipercayai.
Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat.
"Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh merosakkan usus," beritahu beliau.
sumber : KOSMO

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox