Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 22

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.


** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Khamis, April 24

3 WAKTU DILARANG MANDI


A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
Dikatakan :- 
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- 
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... 
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. 
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. 
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. 
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. 
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

Rabu, April 23

MENGAPA MANDI AIR SUAM TIDAK DIGALAKKAN?



Secara ringkasnya mandi air suam akan menyebabkan pemecahan cakra atau tenaga dalaman dan kesan daripadanya juga akan menjadikan aura anda semakin pudar. Mandi air suam dengan berulang-ulang boleh menyebabkan sistem kederiaan anda menjadi semakin kurang cekap menyesuaikan diri dengan persekitaran anda.

Bagi mereka yang gemar mandi dengan air suam, perumpamaannya sama seperti anda terkena hujan panas yang boleh menjadi penyebab mudah sakit kepala, mudah demam dan daya tahan tubuh anda semakin menurun. Mandi air suam juga mendedahkan tubuh anda kepada kebocoran elektromagnetik dalaman tubuh.

Kepada yang selalu banyak berfikir dan mudah runsing mandi air suam juga akan menyebabkan sistem metabolisma anda menjadi kurang cekap dan ini akan menjadi penyebab kepada sistem penghadaman khususnya seperti perut serta usus anda mengeluarkan gas dan jus gastrik. Bagi mereka yang kerap diserang sakit kepala (migrine) amatlah di larang mandi air suam.

Air suam boleh mengurangkan oksigen dalam tubuh anda. Tubuh yang kerap mandi dengan air suam juga perumpamaannya anda menyiram pokok bunga yang mana akan mematikan pokok tersebut. Mandi air suam akan membuatkan seseorang mudah rasa mengantuk kerna aliran darah menjadi perlahan.

Pengamalan mandi air suam khususnya bagi anak-anak yang hendak pergi sekolah awal pagi bukan hanya penyebab mengurangkan keaktifan isyarat otak, malah akan menyebabkan anak anda mudah mengalami stress dan mudah keletihan.

Kekerapan pengamalan mandi air suam juga akan mengendurkan urat dan menyebabkan berlakunya tanda-tanda kebas dan kekejangan otot. Tubuh akan semakin layu dan lesu jika oksigen semakin berkurangan. Segala jenis tumbuh-tumbuhan akan tumbuh lebih segar selepas musim sejuk yang membekukan tanah. Sebaliknya segala jenis tumbuhan akan berguguran daunnya selepas mengalami musim panas yang telah ditetapkan secara fitrah alamiah.

by Dr Jaffry

Selasa, April 22

Maksud Pelekat Pada Setiap Buah-buahan & Sayur-sayuran



Anda perasan tak?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :


1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

Selamat membelek pelekat!!

Credit to Salbiah Ismail

Khamis, Februari 6

Sembelit usah dipandang ringan

Sembelit berpanjangan yang tidak diatasi dengan sempurna menyebabkan kanser kolon. - Foto: Sumber internet


DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Bahan bertoksik

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).

Terlalu bergantung kepada laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia menyebabkan seseorang mudah mengalami sembelit.

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).

Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.

Bagaimanapun, jika seseorang mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal dalam death.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan kematian.

Jadi, bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif oleh doktor atau membeli laksatif dari kedai farmasi kesan bahan aktifnya kepada tubuh dan dos pengambilan yang selamat. Ia adalah langkah bijak walaupun kebanyakan pengguna memiliki ilmu untuk memahami arahan yang terkandung pada label.

Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat.

Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu.

Seperti dinyatakan bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu boleh menyebabkan sembelit.

Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.


Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.

Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.

Penggunaan laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba tidak seharusnya dijadikan kebiasaan.

Penulis biasa mencadangkan pengambilan laksatif (apabila keadaan amat memerlukan) tidak lebih dari seminggu. Sesi buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk.

Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku.

Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.

Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.

Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu.

Sumber : Sinar Harian

Ahad, November 17

KHASIAT GARAM

from google


Kita disogok dgn fakta palsu."Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."
Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ...
Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...
Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?
Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi...
Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.
Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

Isnin, Mei 27

Buang payu dara elak kanser?


TIDAK dinafikan ramai yang mengagumi kecantikan tubuh badan aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Pengakuan Jolie melalui artikel bertajuk My Medical Choice yang diterbitkan oleh New York Times, telah mengejutkan dunia apabila memberitahu bahawa beliau menjalani kaedah mastektomi membuang kedua-dua payu daranya untuk mengelak diserang kanser payu dara.

Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payu dara. Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu.

Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payu daranya. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.

"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun," katanya.

"Risiko saya mendapat kanser payu dara telah menurun daripada 87 peratus kepada lima peratus sahaja," kata.

Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87 peratus untuk menghidap kanser payu dara.

Proses pembuangan payu daranya itu bermula pada 2 Februari lalu. Menurutnya, dua minggu kemudian, dia membuang tisu payu daranya. Jolie berkata, sembilan bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payu dara dan memasukkan implan.

"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.

Walaupun telah menjalani mastektomi, aktres tersohor itu bagaimanapun masih mempunyai peluang lima peratus diserang kanser payu dara . Jolie juga kini dilaporkan tidak akan teragak-agak membuang rahimnya untuk mengelak diserang kanser rahim pula.

Kanser payu dara LAZIMNYA dikaitkan dengan kaum wanita, walaupun terdapat sebilangan kecil daripada kaum Adam yang menghidapinya.

Pengalaman mereka yang pernah menghidap kanser ini, sudah pasti trauma atau umpama mimpi ngeri dan tidak ingin berulang ke atas diri sendiri lagi.

Manakan tidak, mereka yang ingin membuang barah tersebut terpaksa membuat pilihan sama ada kehilangan payu dara atau menempah maut.

Hal inilah yang seringkali membelenggu kebanyakan penghidap kanser payu dara terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Tindakan berani Angelina Jolie menunjukkan beliau tidak mahu kehilangan nyawa kerana kanser sebaliknya dia sanggup membuang payu dara walaupun belum disahkan menghidap kanser.

Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah, Jolie mengambil keputusan yang baik dengan membuang payu daranya kerana dia mengetahui dirinya berisiko tinggi menghidap kanser kerana faktor genetik. Pun begitu, tidak bermakna dengan membuang payu dara, bahagian organ badan lain tidak berisiko diserang kanser. Dalam hal ini, usaha Jolie dilihat positif kerana cuba mencegah daripada diserang kanser payu dara walaupun keputusan ini sangat sukar dilakukan terutamanya mereka yang sudah disahkan menghidap kanser.

Dr. Jonah memberitahu, ramai pesakit walaupun sudah berada di peringkat kanser serius tidak mahu membuang payu dara mereka kerana malu dan takut disisihkan keluarga dan masyarakat.

Jelasnya, lebih teruk daripada itu, terdapat juga sesetengah wanita yang langsung tidak menyedari bahawa payu daranya telah diserang barah walaupun telah berulang kali menjalani pemeriksaan di hospital atau pemeriksaan sendiri payu dara (PSP).

"Setiap wanita perlu mencegah di peringkat awal lagi. Lebih selamat ialah dengan cara menjalani proses pengimbasan kanser menggunakan pengimbas mammografi yang mampu mengesan ketumbuhan membabitkan kanser payu dara pada peringkat awal dengan tepat.

Dalam kes ini, wanita yang berusia 40-an lebih sesuai untuk kaedah mamogram," ujarnya yang ditemui di Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Ramai yang tidak tahu mereka berpeluang untuk mendapatkan payu dara baru dengan kaedah implan dan pembentukan semula payu dara .

"Sikap wanita tersebut tidak boleh disalahkan ini kerana setelah beberapa tahun hidup tanpa payu dara mereka telah pasrah dan mula menganggap hidup mereka tidak lagi bermakna ekoran seringkali berhadapan dengan tekanan yang bersifat psikologi. Dalam hal ini, sokongan keluarga terutamanya suami sangat penting," katanya.

Tambah beliau, perasaan sedemikian tidak perlu timbul lagi kerana kemajuan bidang perubatan dunia tidak pernah menyisihkan golongan ini.

Malah, kajian demi kajian dijalankan oleh pakar berkaitan semata-mata mencari penawar penyakit tersebut.

"Kini wanita boleh tampil semula lengkap dengan pakej 'wanita sejati' melalui proses pembentukan dan pengimpalan semula payu dara atau 'breast reconstruction' yang telah sinonim dengan pesakit kanser payu dara di Eropah.

"Malaysia agak lewat sedikit kerana saya difahamkan kebanyakan pesakit tidak mendapat pendedahan khusus mengenai peluang mendapatkan payu dara baru daripada pakar-pakar yang merawat mereka," katanya.

'Breast reconstruction' adalah pembedahan atau pengimpalan payu dara untuk mengembalikan semula bentuknya selepas kedua-dua atau separuh daripada payu dara pesakit kanser musnah oleh sel-sel barah hinggakan ia terpaksa dibuang sepenuhnya (mastectomy) atau separuh sahaja (lupectomy).

Dalam pada itu, Dr. Jonah menasihati wanita supaya mengenali simptom-simptom kanser payu dara termasuk ketulan dalam payu dara , perubahan dari segi saiz dan bentuk payu dara serta pengeluaran bendalir daripada puting.

"Pengesanan kanser payu dara awal boleh dilakukan menerusi pemeriksaan sendiri atau melalui mamografi dari semasa ke semasa. Kesemua kaedah ini membantu mengesan kanser lebih awal.

Rawatan kanser payu dara antaranya termasuk radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan mastektomi. Mastektomi adalah sejenis pembedahan yang selamat dengan sebilangan besar pesakit pulih tanpa sebarang komplikasi.

Seperti pembedahan, tiada satu yang boleh dilakukan tanpa risiko. Antara risikonya bagi sebarang pembedahan termasuk pendarahan, jangkitan atau kecederaan pada kawasan berdekatan dengan tisu-tisu," ujarnya.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
Sumber : Utusan Online

Jumaat, Mei 24

Kawal protein

                                                       sumber


BUAH pinggang atau ginjal berfungsi sebagai penapis darah yang menyingkirkan bahan buangan tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Ia turut berfungsi mengekalkan keseimbangan jumlah cecair dalam tubuh, mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon bagi memastikan tulang kuat dan darah sihat.

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang biasa dikeluarkan tubuh melalui air kencing akan kekal dalam darah, menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah, keletihan, lemah badan dan penurunan berat badan.

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan dan berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang.

Diabetes antara sebab utama berlakunya CKD. Lebih sejuta penduduk Malaysia mengalami diabetes, manakala 75 peratus daripadanya mengalami kegagalan buah pinggang akibat diabetes. Faktor yang menyumbang kepada CKD ialah sakit jantung, gout dan darah tinggi dan penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan.

Pakar diet Pusat Perubatan Tropicana, Wong Pei Lee berkata, amalan pemakanan yang baik penting bagi mengelakkan penyakit buah pinggang, antaranya makan makanan mengandungi kalori dan nutrien mencukupi, pengambilan protein sederhana, kurangkan pengambilan garam, kurangkan pengambilan potasium dan fosfat serta mengawal kadar gula dalam darah jika mengalami diabetes.

Mengawal pengambilan protein mungkin melambatkan proses kerosakan buah pinggang ke tahap lebih teruk mahupun keperluan melakukan dialisis. Pesakit CKD perlu mengelakkan diet tinggi protein.

Antara sumber makanan berprotein tinggi ialah daging, ayam, ikan, produk tenusu, telur dan produk soya (susu kacang soya dan tofu).

Hadkan pengambilan potasium kerana apabila kadar potasium tinggi, ia boleh menyebabkan lemah jantung, degupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas.

Elakkan pengambilan makanan mengandungi potasium tinggi seperti bijirin gandum penuh, roti dan biskut, tomato puri, daging, ekstrak sayuran dan kiub stok, kekacang, gula perang, buahan dalam tin, kopi atau teh, koko, minuman berasaskan malta dan susu.

Bagi mengurangkan kandungan potasium dalam makanan, pastikan semua sayuran mesti dimasak, rebus dan toskan airnya. Sebelum memasak sayuran, potong ia dalam saiz kecil, rendam di dalam air, toskan dan jangan masak sayuran berkuah atau gulai.

Pengambilan sodium juga perlu dikurangkan. Hadkan pengambilannya kurang daripada 2,000 miligram sehari atau kurang daripada satu sudu teh sehari. Sodium ditemui dalam garam, makanan diproses, sos dan secara semula jadi terdapat dalam tumbuhan dan produk haiwan.

Terlalu banyak mengambil sodium akan menyebabkan seseorang berasa haus dan sukar mengawal pengambilan cecair, sedangkan pesakit CKD perlu mengehadkan pengambilan minuman atau cecair.

Banyaknya kandungan cecair (air) menyebabkan tubuh membengkak dan memberi masalah kepada tekanan darah yang akhirnya menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang. Pilih herba semula jadi dan rempah, makanan tiada garam, cuka, lemon, halia atau bawang putih sebagai perasa.

Panduan mengurangkan pengambilan garam ialah ketika memasak, pilih makanan segar berbanding makanan dalam tin, disalai, mempunyai bahan pengawet atau makanan yang mengandungi kadar garam tinggi.

Gunakan garam dengan jumlah minimum, rasa makanan sebelum menambah garam atau bahan perisa, elakkan menggunakan kiub stok, belacan, tomato, sos cili dan kicap. Ketika makan di luar, elakkan menambah kicap dalam makanan yang dipesan, elakkan menghirup sup dan pesan makanan berkuah.

Tahap fosfat tinggi dalam darah menarik kalsium daripada badan, menjadikan tubuh lemah dan tulang rapuh dan sakit sendi, selain menyumbang kepada masalah penyakit tulang.

Elakkan pengambilan makanan mengandungi fosfat tinggi seperti produk tenusu (sus, keju dan yogurt), produk bijirin (oat, muesli, roti atau biskut bijirin penuh dan beras perang), produk makanan kering (ikan bilis, ikan kering, udang kering dan cendawan kering), daging dan organ dalam haiwan seperti hati dan limpa, sardin, kaki atau tulang ayam, telur kuning dan kekacang.

Selain itu, elakkan juga pengambilan coklat, minuman koko, air berkarbonat, kelapa dan produk berasaskannya seperti kaya, rumpai laut dan keropok ikan atau udang.

Mengehadkan pengambilan cecair penting bagi pesakit CKD. Sumber cecair yang ketara ialah air minuman, susu, jus, sup, bubur, kopi, teh, minuman ringan, minuman yogurt, jeli, ais krim, ais, kuah dan kastard.

Bagi mengatasi masalah pengambilan cecair berlebihan, minum air dalam gelas kecil dan makan gula-gula atau gula getah untuk merangsang pengeluaran air liur. Bilas mulut dengan air tetapi jangan telan air berkenaan.

Oleh NORAINON OTHMAN

sumber : myMetro

Selasa, Mei 14

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit



Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
Tekanan darah tinggi - 30 hari
  • Gastrik - 10 hari
  • Diabetes - 30 hari
  • Sembelit - 10 hari
  • Kanser - 180 hari
  • Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

sumber www.iluvislam.com


p/s : Baca fakta ini juga

MENGAPA NABI MELARANG MENIUP AIR PANAS..?

Bismillah..Nabi melarang sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Beliau tidak menerangkan tetapi melarang keras hal tersebut.

Ternyata dalam penelitian sains, air panas (H2O) yang bertemu dengan karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut, maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3 (asam karbonat). Dan jika asam karbonat itu masuk dalam tubuh manusia,maka dapat menyebabkan penyakit jantung.

12 Tip Senaman untuk Pelajar di Asrama

                                                   From Google

Oleh Anna Ramli.

Kehidupan sebagai pelajar di asrama buat kali pertama samada di sekolah atau di kolej pasti membuat anda 'culture shock'. Secara tiba-tiba anda kena duduk dengan orang yang anda tak pernah kenal di ruang yang terhad yang jauh berbeza dengan kehidupan yang selesa di rumah sendiri. Secara tiba-tiba juga anda rasa yang kehidupan anda seperti sudah diatur dan anda terikat untuk melakukan sesuatu contohnya nak pergi mana, pergi dengan siapa, pukul berapa kena balik, pukul berapa kena tidur, pukul berapa kena bangun dan banyak lagi.

Maklumlah, masa jadi pelajar ni lah nak belajar hidup bersama orang lain, belajar sesuaikan diri dengan situasi yang baru. Semua ini sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan anda kerana anda mempunyai pilihan yang terhad untuk makanan yang anda makan. Sebab biasanya makanan dah disediakan di dewan makan.

Anda hanya punya dua pilihan samada anda mahu makan atau tidak. Dan saya pasti jika anda tidak makan makanan yang disediakan, anda pasti akan menggantikan dengan makanan ringan untuk mengisi perut anda. Di dalam bilik di asrama pula, ruang adalah sangat terhad. Selangkah ke kiri dah jumpa katil kawan, selangkah ke kanan dah jumpa locker pulak. Selangkah ke depan dah jumpa pintu bilik. Apa yang boleh dibuat di bilik adalah mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam atau berborak-borak dengan rakan anda.
...Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi...

Pilihan makanan dan ruang yang terhad serta amalan berjaga malam merupakan antara faktor seseorang itu bertambah berat badan secara tidak sedar. Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi. Lepas makan, dah kenyang, mengantuk dan terus tidur pulak tu. Mana taknya berat badan bertambah, kan?
Crash Diet Untuk Cepat Kurus?

Memang benar di peringkat remaja ini masih lagi membesar dari segi ketinggian, struktur tulang, dan berat. Tapi tak salah kan kalau kita ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Tak lah nanti dah terhantuk baru tengadah. Bila dah overweight, baru nak diet. Diet yang sihat tak apa juga, ini kalau amalkan crash diet sebab nak kurus cepat, itu yang akan memudaratkan diri sendiri tu. Jadi, amalan makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan aktifkan diri seperti berjalan instead of naik shuttle bus mungkin dapat membantu. Apa yang paling penting, anda boleh bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, itu lebih baik. Senaman pula haruslah ada tiga komponen ini iaitu: 1. Kardio / Aerobik akan membantu membakar kalori, melatih badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga, menguatkan degupan jantung, dan juga dapat mengurangkan tekanan. Cuba target lakukan senaman ini 30-60 minit untuk 3-6 kali seminggu. 2. Latihan kekuatan akan membantu anda untuk membina otot. Jika anda tidak membuat latihan kekuatan, anda akan kehilangan otot tersebut and metabolisme badan anda akan menjadi sangat rendah. Oleh itu, cuba buat workout 2 kali seminggu. 3. Regangan atau latihan fleksibiliti boleh membantu anda meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan risiko kecederaan selepas anda melakukan aktiviti senaman. Lakukan regangan setiap kali selepas workout dan bila-bila anda mahu merehatkan badan. Tapi, bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad seperti di asrama, bagaimana anda dapat menggunakan sebaik-baiknya ruang yang anda ada untuk melakukan senaman? Di sini saya ada beberapa cadangan yang anda boleh lakukan di ruangan terhad anda itu:
Berkawad setempat.
Melakukan side steps atau melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
Jogging setempat atau berlari setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
Melompat bintang setempat.
Membuat gerakan kickboxing – front kicks, squats, side kicks, menumbuk.
ON mp3 player anda dan menari sampai berpeluh
Anda juga boleh buat jumping rope kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda, lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
Ini aktiviti yang paling saya suka. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut! Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama juga. :D
Buat pushups menggunakan hujung katil atau di atas lantai.
Buat sit up.
Kalau anda anda duit lebih, anda boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
Turun dan naik tangga atau berlari sekeliling asrama anda.

Kehidupan di asrama bukanlah sesuatu yang sukar. Anda tidak boleh meletakkan kehidupan di asrama sebagai penyebab anda kekurangan masa dan ruang untuk menjalani kehidupan yang sihat. Ini kerana bilik anda yang kecil di mana anda tidur, belajar, berborak bersama rakan itu juga boleh dijadikan sebagai gim peribadi anda. Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah salah satu cara anda akan buat pengalaman anda tinggal di asrama sebagai satu pengalaman yang terindah!

Anna Ramli  merupakan penulis untuk kevinzahri.com.

Kevin Zahri
 merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal (minor Ekonomi) dari Universiti Northeastern (Boston), Amerika Syarikat. Beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali sebagai cikgu fitness. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah meninggalkan impak dan kesan yang begitu besar dalam industri kesihatan dan kecergasan sebagai hos TV, penceramah, penulis dan web entrepreneur. Kevin Zahri menulis di dalam beberapa majalah dan juga web peribadi, kevinzahri.com.

sumber - Artikel iluvislam.com

Khamis, April 18

Kekenduran Rahim (Prolapse)

    Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
    Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar tombong', lihat tajuk Pembedahan) Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.

Gangguan kebiasan buang air kecil
    Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudunya.

Gangguan hubungan kelamin
    Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang
    Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
    Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.


Apakah punca punca kejadian prolapse?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya prolapse. Di antaranya adalah seperti berikut:

Faktor Baka
    Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisyu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.

Exercise
    Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.

Kehamilan dan Kelahiran
    Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj. Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.

Menopaus
    Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan. Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.

Tumbuhan Dalam Rahim
    Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.


Rawatan dan Pencegahan

     Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:

Jaga kesihatan dan kawal berat badan
    Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.

Amalan exercise
     Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia. Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di pasaran. Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.
Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu.

Exercise kemut atau 'grip'Exercise
    Bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.

Alat PSX
    Alat PSXTerdapat satu alat yang digelar dengan nama PSX, (lihat dalam gambar ini dibawah) yang bertujuan untuk membantu wanita melakukan exercise ini. Pada asasnya alat ini mengandungi bahagian yang berbentuk seperti zakar yang dimasukkan ke dalam faraj ketika sebelum melakukan exercise dan eloknya ia disarungkan dengan kondom ataupun jika tidak berkongsi dengan orang-orang lain tidaklah perlu menyarongkan dengan kondom tetapi perlu menggunakan pelincir seperti K.Y. Jelly untuk memasukkan ke dalam saluran faraj. Seterusnya ia juga mempunyai satu alat meter bagi mengukur kekuatan kemutannya. Setelah memasukkan alat tersebut dalam faraj, kemutan dilakukan dan ia boleh melihat kekuatan kemutan tersebut daripada meter. Kemutan dilakukan berulang-ulang dan dari ukuran tekanan pada meter alat tersebut, seseorang wanita akan dapat menilai kekuatan otot faraj. Jika amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sedia-kala dan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.


Pembedahan
    Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse. Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair lihat tajuk Pembedahan). Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk prolapse'nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.
    Tetapi bagi mereka yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, kekenduran faraj boleh diatasi dengan pembedahan hanya untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj (vaginal repair). Ini pun hanya dilakukan jika lain-lain usaha seperti exercise atau physiotherapy dan penggunaan alat PSX telah gagal mengatasi masalahnya.
    Pembedahan juga kadang-kala dilakukan ke atas wanita yang tidak dapat mengawal kencing. Biasanya ini dilakukan bersama dengan vaginal repair, tetapi kadang-kala jika ini gagal dan masalah stress incontinence atau kencing yang tidak terkawal masih berlaku, pembedahan melalui perut atau di bahagian ari-ari mungkin perlu dilakukan untuk menjahit otot di permukaan pundi kencing.
    Pembedahan adalah satu jalan terakhir jika usaha-usaha lain yang dilakukan menerusi exercise, kegunaan alat PSX atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung telah dibuktikan gagal.

Kegunaan Pessary
Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Alat ini digelar dengan nama Ring pessary. Alat ini boleh mencegah rahim daripada jatuh ke bawah. Wanita yang menggunakan pessary perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman, biasanya pemeriksaan perlu dilakukan antara tiga hingga enam bulan sekali.

sumber

Khamis, April 11

Akibat DNA Babi Masuk Ke Dalam Tubuh






Babi Diharamkan ....

” Allah mengHaramkan atas Kamu Bangkai, Darah, Daging Babi, dan Haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah ” (Al Baqarah 2 : 173)

Allah Berfirman: Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah,daging babi, Haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan diharamkan bagimu untuk berhala, Diharamkan juga mengundi nasib dengan anak panah, adalah kefasikan (Al Maidah :3)


Bahaya Daging Babi

Tidak ada yang menandingi Babi dalam hal kerakusan dalam makan apa pun, joroknya kehidupan yang mereka lalui.

Perilaku seks bebas dalam lingkungan haiwan babi adalah bentuk yang paling ekstrim dan liberal dibandingkan dunia satwa lainnya. Dan menyangkut sruktur biologisnya, tidak ada yang menandingi babi dalam hal beberadaan antibodinya, dan growth homone (hormon petumbuhannya), dan leval kolestrol dan lipid dagingnya.

Al-Fakhr Al-Razi berkata,” Ilmuwan mengatakan bahwa makanan memiliki andil dalam membentuk sifat orang yang memakannya. Sifat babi cenderung memiliki hasrat yang besar dan nafsu yang menggebu-gebu terhadap hal-hal yang diinginkan. Menjadikan babi sebagai makanan yang dilarang untuk mencegah sifat-sifatnya diadaptasi oleh manusia dalam tataran yang lebih luas.”

Mungkin ada yang bertanya, mengapa Allah menciptakan binatang ini bila kemudian Dia mengharamkannya? “ Mereka menanyakan kepadamu, ‘Apakah yang dihalalkan bagi mereka?’ Katakanlah, ‘Dihalalkan bagimu yang baik-baik…” (QS.al-Maidah: 4).

Binatang yang kotor ini menjadikan orang-orang yang mengonsumsinya terserang penyakit-penyakit paling berbahaya dan paling mematikan.

Imam al-Qurthubi menjelaskan;

”Allah menyebutkan secara khusus al-Lahmu adalah bahwa babi itu diharamkan zat atau tubuhnya termasuklah didalamnya lemak, tulang-tulang dll”.

“Babi, berkuku belah, tetapi tidak memamah biak, haram bagimu. Daging binatang itu janganlah kamu makan dan janganlah kamu terkena bangkainya,”

Babi adalah haiwan pemakan daging (karnivora) dan tumbuhan (herbivora), mengombinasikan antara sifat buas dan jinak.


Babi haiwan pemakan segala (omnivora).

Ia haiwan rakus yang mampu menghabiskan segala tumbuhan di ladang atau makanan di kandang.

Babi adalah haiwan pemakan sampah, sisa makanan dan benda najis dengan sangat rakus.


Al-Damiri berkata:

”Babi adalah haiwan berwatak buas yang memiliki daya dan nafsu seksual berlebihan. Kehidupan seksual babi sangat kacau dan ia tidak kawin dengan betina tertentu”.

Babi tergolong haiwan buas karena ia memangsa tikus dan sebangsanya, juga bangkai haiwan mati meskipun adalah bangkai koloninya sendiri.

Daging babi mengandung unsur lemak cukup tinggi yang ditandai dengan menyusupnya lemak ke dalam sel otot pada daging Babi.

Lemak dalam kadar tinggi didapati pada bahagian luar sel jaringgan penghubung Babi. Pada haiwan lain yang halal dimakan, lemak terpisah dari jaringan otot dan tidak masuk sel jaringan itu. Ia berada di luar sel dan di dalam jaringan penghubung.

Penelitian membuktikan bahawa ketika manusia mengonsumsi haiwan herbivora, lemak itu akan di emulsi dalam usus, diserap dan diubah manjadi lemak manusia. Namun ketika manusia mengkonsumsi hewan karnivora atau lemak Babi, proses emulsi itu menjadi lebih sulit. Partikel trivalen gliserin dalam lemak babi diserap tanpa diubah terlebih dahulu, lalu mengendap dalam jaringan manusia .

Hal ini dapat menyebabkan timbulnya tekanan darah, pengerasan (kehilangan kelenturan arteri), menyebabkan penyumbatan pembuluh darah pada otot jantung.

Daging babi sangat kaya dengan komponen yang mengandung sulfat dalam kadar tinggi. Semua komponen ini mempengaruhi kemampuan jaringan penghubung sebagai penyerap air seperti spons. berbentuk kantong lebar yang menyebabkan pengendapan lendir dalam kulit jari, persendian dan tulang rawan.

Kantong membuat tiga bagian tubuh membuat terserang encok, pada persendian tulang belakang, penurunan kemampuan tulang.

Daging Babi mengandung hormon pertumbuhan dengan kadar tinggi, yang betul-betul memiliki efek untuk menimbulkan kebusukan. Sebagaimana berpengaruh terhadap pertumbuhan lambung, yang dapat meningkatkan pertumbuhan jaringan berpotensi menjadi kanker.

Telah ditemukan bahawa alergi yang menyerang penikmat daging Babi sembuh setelah dihentikan konsumsi daging, saus yang dibuat dari daging Babi


Penyakit Daging Babi

Penyakit Taenia Solium

Penyakit cacing daging babi (cacing pita), jenis cacing yang paling mematikan, tidak punya mulut dan saluran pencernaan, tetapi mual, diare.

Orang dewasa, menyebabkan kelemahan saraf dan penyakit was-was.

Sedang pada anak-anak, penyakit ini menyebabkan kejang saraf dan juling.


Cacing Pita

Telur dari cacing ini tidak terlihat selain dengan mikroskop, menghisap saripati makanan penderitanya dengan perantaraan seluruh permukaan tubuhnya. menyebabkan kondisi yang sangat lemah dan kurus. perut dan usus yang kronis, sulitnya pencernaan, rasa sakit di perut, baik itu telur yang keluar bersama tinja ataupun telur yang keluar tanpa perantaraan.

Cacing ini menyerang kulit dan jaringan yang ada di bawahnya. Bahkan, cacing akan menyebar ke seluruh bagian tubuh, terutama mata dan otak.


Babi dapat terkena dua jenis cacing pita.

Jenis pertama adalah D.Latum, dapat terserang cacing dewasa sebagaimana manusia.

Jenis lain adalah Taenia Solium, disebut sebagai cacing bersenjata satu, yang tumbuh dewasa dalam usus manusia. Panjang cacing ini berkisar antara 20-30 cm.memiliki ukuran kepala lebih kecil dari ujung peniti.

Cacing ini juga memiliki empat organ penghisap dan dikelilingi oleh beberapa tanduk yang melingkar diujungnya.

Leher pendeknya terletak dibawah kepalanya dan berbentuk duri-duri kecil atau potongan-potongan yang terus tumbuh semakin jauh dari kepala.

Potongan-potongan ini membuat cacing itu berbentuk seperti pita. Cacing pita dapat terdiri lebih dari 1000 potongan. berisi ribuan telur yang dapat berubah menjadi kista yang berat, tumbuh embrio baru berbentuk hexagonal berduri.

Duri-duri terakhir terlepas dari tubuh cacing dan keluar melalui kotoran penderita, lalu hidup dalam tanah untuk waktu yang cukup lama, hingga semuanya dimakan babi, termasuk telur-telurnya.

Di dalam usus babi, getah lambung babi melepaskan cangkang telur-telur itu dan membuat embrio keluar dan menembus dinding usus menuju peredaran darah binatang ini.

Melalui darah, embrio itu menetap dalam otot babi dan membentuk gelembung bulat berdiameter 6-18 milimeter. memiliki kepala yang dapat berubah menjadi cacing baru yang sempurna.

Manusia juga dapat menjadi perantara penularan seperti Babi ketika seseorang memakan makanan yang terkontaminasi dengan duri-duri atau telur-telur tersebut, dan dapat berhenti ketika seseorang berhanti mengkonsumsinya. jika makanan terkontaminasi dengan kotoran orang itu sendiri atau dari faktor luar. Lalu telur-telur itu tinggal dan bergerak dalam usus.


Penyakit Trachenea sp

Penyakit yang ditimbulkan oleh daging babi yang mengandung Trachenea sp mematikan. Cara menyerang hanya dengan menyentuh embrio-embrio yang hidup dan menempel dalam daging babi.

cacing akan menyebar di usus halus si setelah adanya pembuahan oleh cacing jantan terhadap cacing betina menyebabkan demam tifoid.

Serangannya, keinginan untuk muntah, diare, naiknya suhu badan. bahwa dalam tubuh orang yang mati akibat penyakit ini ditemukan antara 30-100 juta cacing.

Ilmu kedokteran hingga hari ini belum menemukan obat untuk penyakit ini dan tidak akan menemukannya kecuali dengan berhenti mengonsumsi daging binatang ini. Penderita tidak bisa di diagnosa melainkan sesudah embrio cacing sampai ke peredaran darah.

Dan tidak ada obat yang bisa sampai ke otot untuk membunuh embrio-embrio yang bersembunyi di dalamnya. seseorang tidak mungkin menyelamatkan diri dari penyakit ini kecuali ia tidak makan daging babi.

Dalam majalah kesehatan Amerika yang terbit pada 30 Januari 1926 menyebutkan adanya banyak bakteri pembusuk pada otot-otot babi yang sehat dan masih hidup.

Dan telah ditemukan pula bahwa bakteri-bakteri ini masih tetap ada setelah binatang ini disembelih.

Daging babi mengakibatkan perpindahan kuman kuman tifus kepada para pengonsumsinya menyebabkan keracunan yang kronis menyebabkan kematian setelah beberapa jam.

Kuman-kuman ini tetap berpengaruh pada orang yang terkena, sekalipun berusaha membunuh kuman-kuman ini dengan cara memasak daging yang telah terkontaminasi membuatnya keracunan yang terkadang bisa menewaskannya.


Penyakit yang Ditularkan

Penyakit yang dapat ditularkan kepada manusia dengan berbagai faktor:

Pertama, melalui kontak langsung saat memelihara babi atau beraktifitas bersama produk Babi tidak kurang dari 32 wabah, mayoritas kasus terjadi pada pekerja di peternakan, rumah pemotongan, atau dokter hewan.

Wabak ini mengandung berbagai jenis jamur, disentri, cacing, disentri arak, demam jepang, dan stomatis (penyakit kulit terasa terbakar yang menyerang mulut.

Kedua, melalui kontaminasi makanan dan minuman dengan sampahkotoran babi. tidak kurang dari 28 penyakit yang mengandung virus disenteri, scaries, racun, cacing landak dan hati, cacing pita, cacing pancing, taenia solium.dll

Ketiga, melalui konsumsi daging babi dan produk-produk babi lainnya menyebabkan lebih dari 16 wabah penyakit diantaranya keputihan ( penyakit gelembung babi), demam Maltase, cacing hati, wile, cacing pita, kanker, dan lain-lain.


Penyakit Penularan babi adalah :

penyakit rabies, demam kuning, demam Maltase, dan TBC Meninggal dan Keracunan Darah dari infeksi yang disebabkan oleh streptococcus, virus yang ditemukan pada beberapa dekade yang lalu.

virus-virus tersebut sangat berbahaya terhadap kesehatan dan menyebabkan penyakit radang otak, menjangkiti si penderita. lalu akan mengalami ketulian permanen dan gangguan keseimbangan.


Penyakit kerut (Crape)

Dr. Hans Hietrich menyatakan bahwa virus kerut yang tularkan oleh babi yang adalah unsur yang paling berbahaya.

Paru-paru babi biasanya dimanfaatkan untuk membuat sosis. Virus-virus ini, yang biasanya ada dalam organ vital tubuh, dapat dengan mudah menyerang dalam bentuk wabah penyakit jika lingkungannya mendukung. Penyakit ini timbul di daerah beriklim dingin dan minim sinar matahari.


Penyakit Oleh Seranggga

Babi sebagai spesies yang membawa parasit yang dapat menulari manusia, termasuk nyamuk dan kutu.

parasit lainnya itu adalah :

- lalat Tse-Tse yang merupakan penyebab penyakit tidur,

- beberapa jenis lalat kulit yang larvanya dapat merusak mulut, mata, hidung, dan luka yang terbuka,

- beberapa jenis arachnid (parasit yang berbentuk laba-laba) yang mirip dengan parasit scabies (penyakit kulit menular yang disebabkan oleh ektoparasit, dengan ciri-ciri berlubang dan gatal dikulit )


Pembawa Cacing

  • Trematoda
Cacing yang menyerang darah, saat babi terinfeksi cacing bilherziar Jepang yang Telurnya ikut keluar bersama kotoran babi.

Babi juga terkena trematoda yang menyerang paru-paru dan menulari manusia. Trematoda menyerang usus dan hati, dan dalam hal itu Babi memiliki andil yang signifikan.

  • Fasciolopsis Buksi
Babi merupakan spesies untuk cacing jenis ini.

Cacing ini termasuk dari jenis cacing usus yang dapat hidup didalam hati, menyebabkan beberapa infeksi, pendarahan, dan peradangan dipermukaan usus kecil,diare kronis, anemia dan hidro abdomen yang dapat mengakibatkan kematian. Cacing-cacing ini hidup dalam kantong empedu. Jika jumlah mereka semakin bertambah dalam tubuh penderita, maka akan timbul pembesaran ginjal, diare kronis, dan beberapa penyakit seperti sakit kuning, yang dapat berujung pada kematian.


Penyakit Cacing

Cacing Kepala Duri Cacing Kepala Duri, Cacing ini umumnya terdapat dalam babi dan ditemukan dipeternakan babi dilembah volga, Rusia Selatan.

Cacing Lambung Bernanah , cacing ini aslinya menyerang babi tetapi berpindah pada manusia melalui perantaraan babi berakibat diare, dan peradangan isi perut

Cacing Paru paru,Cacing ini hidup di paru paru babi berpindah ketubuh manusia lewat perantaraan babi .


Cacing Rambut

Cacing dewasa hidup dalam usus babi dan manusia. Ukurannya pendek, 2-4 milimeter. Cacing betina yang mengandung telur, menembus kedalam bulu-bulu halus pada usus untuk menyemaikan larva didalamnya. Betina-betina itu tidak menyemaikan telur-telurnya ketika masih dikandung dalam perut mereka. Larva itu kemudian menembus dinding usus dan dan memasuki peredaran darah, mengalir bersama darah, dan berdiam di otot penderitanya.

Cacing-cacing itu tumbuh disana hingga mencapai satu milimeter, dan bergulung membentuk bulatan. Ketika manusia memakan daging babi yang terkontaminasi, bulatan-bulatan itu terlepas didalam usus, dimana embrio keluar untuk berkembang menjadi cacing dewasa.

Betinanya akan berkembang baik dalam usus manusia dan jantannya akan mati. Betina yang sedang berkembang biak itu menetap dalam dinding usus menyemai larvanya setelah satu minggu. Larva-larva ini menembus dinding usus menuju darah dan menetap diberbagai bagian tubuh manusia hingga menyebabkan penyakit Rambut Babi (Trichinosis). Trichinosis ini ditemukan melimpah dalam diafragma, tenggorokan, lidah, dan mata penderita.

Tahap pertama penyakit ini dimulai dengan ketidakmampuan memproduksi getah lambung, diare kronis, demam, dan tubuh lemas.

Tahap kedua yang muncul setelah larva menyebar dalam tubuh. pembengkakan kelopak mata, nyeri otot, dan ketidakmampuan menggerakan mata, otot pernafasan dan ketidakmampuan menelan.

Penderita mengalami demam terus menerus, diiringi dengan keringat yang mengucur deras dan mengigau. Jika larva-larva itu menetap dalam cairan spinal cerebrum, maka akan timbul gejala-gejala peradangan otak dan selaput otak.

Setelah pengapuran gumpalan-gumpalan itu, tahap ketiga dimulai dengan menyebarnya keringat diwajah, perut dan lengan. disertai dengan tubuh benar-benar lemah, kudis, pendarahan, pembesaran limpa, dan penurunan kemampuan mental.


Peradangan Pembuluh Darah

Dr. Hans Reckving menyatakan bahwa peredaran darah dapat luka yang menyakitkan pada kaki.

Dia, menyebutkan bahwa bagaimana rekan-rekannya menemukan hubungan antara penularan penyakit ini dengan kebiasaan mengkonsumsi daging babi. Mereka menemukan bahwa penduduk lokal yang beragama Islam tidak pernah menderita penyakit itu.

Meskipun segala jenis pengobatan telah diberikan , keadaan tidak membaik kecuali mereka berhenti total mengkonsumsi daging Babi.

Petunjuk kesehatan Amerika Serikat menyatakan bahwa daging babi yang dimakan tanpa dimasak, harus disimpan selama dua puluh hari penuh dalam temperatur dibawah 15 derajat.

Saat diketahui bahwa merebus daging dapat membunuh parasit, maka merebus dagingpun direkomindasi. Waktunya disesuaikan dengan jumlah daging yang ada. Meskipun segala daya upaya dan biaya mahal itu dilakukan, tetap saja data statistik menunjukan tingkat penularan penyakit yang tinggi.

Sekalipun Pemeliharaan Babi sangat steril dan bersih dari kuman & virus

Secara umum, sulitkah atau mudahkah menghindari babi ? Apakah orang-orang yang berkepentingan lupa bahwa usaha yang mereka lakukan untuk menemukan sejumlah penularan penyakit itu memakan waktu berabad-abad lamanya? Siapa yang dapat memastikan bahwa tidak ada penyakit yang tersisa jika tidak ditemukan oleh ilmu pengetahuan?

Katakanlah tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan padaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali makanan itu bangkai, darah yang mengalir, babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau hewan yang disembelih atas nama selain Allah (QS Al Anam: 6:145)

Allah telah mengharamkan daging babi karena najis, kotor dan berbahaya sesungguhnya lebih dari itu Allah mengharamkan daging babi bukan sekedar yang telah ditemukan medis dan ilmu pengetahuan

Allah Pemberi syariat ingin menyelamatkan manusia kepada fitrah dan kesucian yang hakiki.

“Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk,”(QS Al-A’raf [7]:157)

sumber : Harlina

Ahad, April 7

Mengawal Lalat Rumah





Lalat memang menjijikkan. Melihat sekumpulan lalat menghurungi bangkai yang hampir busuk cukup untuk membuatkan saya menjerit ketakutan.

Lalat rumah, atau nama saintifiknya Musca domestica, tergolong dalam keluarga Muscidae dalam kumpulan serangga jenis Diptera. Ia mempunyai sepasang mata kumpuan yang besar dan tiga mata ringkas.

Ia mempunyai bahagian mulut yang berspan; ada jenis lalat yang mempunyai jenis mulut menusuk dan menghisap. Jika anda menggunakan kanta pembesar, anda dapat lihat bahawa ia mempunyai empat belang yang terdapat pada bahagian toreks atau abdomennya.

Lalat rumah: Membahayakan Kesihatan
Lalat rumah membahayakan kesihatan keluarga anda. Lalat makan apa-apa sahaja, daripada sampah, bangkai, najis hinggalah makanan manusia. Kekotoran mudah melekat pada bulu-bulu halus yang meliputi seluruh badan dan kaki mereka, menjadikan lalat sebagai magnet yang kuat untuk menarik kekotoran. Oleh itu, lalat adalah organisma pengangkut penyakit yang terbaik.

Mereka juga mempunyai tabiat mengeluarkan najis semasa mereka berehat. Lebih-lebih lagi, lalat rumah mempunyai bahagian mulut berspan, di mana makanan dicairkan melalui proses regurgitasi. Melalui bahagian badan yang kotor, lalat rumah merupakan pengangkut penyakit patogenik yang efektif.

Pada masa ini, di mana kes-kes penyakit sering mendapat liputan akhbar, adalah amat penting untuk mengetahui apakah peranan lalat dan juga masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. Lalat rumah diketahui boleh menyebarkan jangkitan virus seperti taun, cirit-birit, salmonelosis (tifoid, enteritis, keracunan makanan), jangkitan protozoa seperti taun amebik dan pelbagai jenis jangkitan helminitik (cacing pin, cacing bulat, cacing cangkuk, cacing pita).

Kesimpulannya: lalat di rumah adalah berita buruk.

Mengawal Lalat
Pengawalan lalat di rumah melibatkan empat peringkat. Pertama, periksalah rumah anda dengan teliti. Periksa persekitarannya dan lihat jika anda boleh mengenalpasti tempat-tempat di mana lalat boleh mendapat makanan dan membiak. Seringkali, daya hidu anda dapat membantu membawa anda ke arah yang tepat.

Contohnya, najis kucing di laman menarik dan menggembirakan lalat. Jika anda membela ayam di belakang rumah, najis ayam akan menarik lalat dari berbatu-batu jauhnya. Lalat juga tertarik kepada bau makanan tertentu seperti belacan, ikan masin dan terutamanya cendawan. Berjaga-jagalah apabila anda memasak makanan ini.

Kedua, taman dan longkang hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Jangan tinggalkan sebarang sampah sarap. Anda hendaklah mengalihkan atau menghapuskan sebarang tempat pembiakan dan pemakanan lalat. Ini bererti anda hendaklah kerap mengosongkan dan membersihkan tong sampah.

Jangan buang sampah, makanan haiwan peliharaan dan makanan lain merata-rata, walaupun jika jiran anda suka memberi makan kepada haiwan terbiar. Anda hendaklah berbincang mengenai perkara ini dengan jiran anda untuk memastikan bahawa lebihan makanan tidak dibuang di jalan, longkang, berhampiran bahu jalan atau lubang di atas jalan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut. Masukkan makanan tersebut ke dalam baldi atau mangkuk. Dengan cara ini, adalah lebih mudah membersihkan dan mengeringkan bekas tersebut daripada terpaksa menyapu atau membersihkan jalan, bahu jalan, atau longkang.

Ketiga, gunakan tudung saji. Ianya murah dan efektif. Bagi kebanyakan rumah di bandar, tudung saji adalah cukup untuk mengelakkan lalat daripada ‘hinggap-dan-makan’ makanan yang ditinggalkan.

Periksa tong sampah anda. Jika penutupnya longgar, gantikan dengan penutup yang ketat. Pemukul lalat boleh mengawal kehadiran lalat semasa anda memasak makanan yang mempunyai bau tertentu. Berlatih menggunakannya sebelum anda membeli. Jangan hiraukan pandangan orang lain di kedai. Itu duit anda.

Jika anda tinggal berdekatan kawasan pembiakan lalat yang utama, seperti ladang ternakan ayam atau kawasan penjaja makanan yang tidak bersih, anda hendaklah menggunakan kaedah pengawalan yang sesuai untuk melindungi keluarga anda. Ini termasuklah memasang tingkap dan pintu kalis lalat, menutup semua lubang ke luar. Anda boleh juga gunakan lampu pemerangkap serangga dan kertas lekat – ianya agak efektif untuk mengurangkan jumlah lalat yang masuk ke rumah.

Cara terakhir ialah menggunakan bahan kimia. Pengawalan lalat menggunakan bahan kimia harus dilakukan oleh mereka yang professional dan lebih baik jika dijalankan secara kerjasama dengan anggota masyarakat yang lain.

Pada pendapat saya, haruslah ada undang-undang yang mengasingkan kawasan komersial dan pertanian dengan kawasan perumahan.

Penguatkuasaan pembuangan sampah yang efektif akan memastikan bahawa sampah daripada restoran dibuang dengan kerap dan dengan cara yang betul, manakala najis haiwan di ladang berhampiran diatasi dengan menggunakan racun serangga. Walau bagaimanapun, dalam konteks persekitaran rumah, pengawalan menggunakan bahan kimia adalah terhad kepada penggunakan umpan lalat yang dicipta khas.

Jika anda menggunakan umpan lalat, baca labelnya dengan teliti sebelum menggunakannya. Kebanyakan umpan lalat mengandungi granul yang dipenuhi dengan racun serangga dan feromon. Lapisan nipis granul-granul ini boleh membunuh lalat yang menyentuhnnya, manakala feromon mengumpan lalat untuk mendekatinya.

Walaupun cara ini wujud, ingatlah bahawa feromon di dalam granul ini tidak boleh disimpan dengan baik. Jika anda lama tidak menggunakannya atau jika umpan lalat ini telah luput tarikh, feromon akan hilang kesannya. Umpan lalat yang anda beli dari kedai-kedai mungkin tidak berupaya untuk menarik lalat. Jangan lupa periksa tarikh pengilangannya.

by C. Didager

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox