Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Isnin, Jun 17

10 makanan mampu bersihkan kulit wajah





Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga.

Avokado
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub.

Beri
Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa.

Keju kotej (Cottage cheese)
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat.

Almond (kacang)
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.

Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.

Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.

Biji flaks
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat.

Yogurt
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.

Lada
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan.

Mangga
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

By Nasibah Abdul Ghani

Selasa, Mei 14

12 Tip Senaman untuk Pelajar di Asrama

                                                   From Google

Oleh Anna Ramli.

Kehidupan sebagai pelajar di asrama buat kali pertama samada di sekolah atau di kolej pasti membuat anda 'culture shock'. Secara tiba-tiba anda kena duduk dengan orang yang anda tak pernah kenal di ruang yang terhad yang jauh berbeza dengan kehidupan yang selesa di rumah sendiri. Secara tiba-tiba juga anda rasa yang kehidupan anda seperti sudah diatur dan anda terikat untuk melakukan sesuatu contohnya nak pergi mana, pergi dengan siapa, pukul berapa kena balik, pukul berapa kena tidur, pukul berapa kena bangun dan banyak lagi.

Maklumlah, masa jadi pelajar ni lah nak belajar hidup bersama orang lain, belajar sesuaikan diri dengan situasi yang baru. Semua ini sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan anda kerana anda mempunyai pilihan yang terhad untuk makanan yang anda makan. Sebab biasanya makanan dah disediakan di dewan makan.

Anda hanya punya dua pilihan samada anda mahu makan atau tidak. Dan saya pasti jika anda tidak makan makanan yang disediakan, anda pasti akan menggantikan dengan makanan ringan untuk mengisi perut anda. Di dalam bilik di asrama pula, ruang adalah sangat terhad. Selangkah ke kiri dah jumpa katil kawan, selangkah ke kanan dah jumpa locker pulak. Selangkah ke depan dah jumpa pintu bilik. Apa yang boleh dibuat di bilik adalah mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam atau berborak-borak dengan rakan anda.
...Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi...

Pilihan makanan dan ruang yang terhad serta amalan berjaga malam merupakan antara faktor seseorang itu bertambah berat badan secara tidak sedar. Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi. Lepas makan, dah kenyang, mengantuk dan terus tidur pulak tu. Mana taknya berat badan bertambah, kan?
Crash Diet Untuk Cepat Kurus?

Memang benar di peringkat remaja ini masih lagi membesar dari segi ketinggian, struktur tulang, dan berat. Tapi tak salah kan kalau kita ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Tak lah nanti dah terhantuk baru tengadah. Bila dah overweight, baru nak diet. Diet yang sihat tak apa juga, ini kalau amalkan crash diet sebab nak kurus cepat, itu yang akan memudaratkan diri sendiri tu. Jadi, amalan makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan aktifkan diri seperti berjalan instead of naik shuttle bus mungkin dapat membantu. Apa yang paling penting, anda boleh bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, itu lebih baik. Senaman pula haruslah ada tiga komponen ini iaitu: 1. Kardio / Aerobik akan membantu membakar kalori, melatih badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga, menguatkan degupan jantung, dan juga dapat mengurangkan tekanan. Cuba target lakukan senaman ini 30-60 minit untuk 3-6 kali seminggu. 2. Latihan kekuatan akan membantu anda untuk membina otot. Jika anda tidak membuat latihan kekuatan, anda akan kehilangan otot tersebut and metabolisme badan anda akan menjadi sangat rendah. Oleh itu, cuba buat workout 2 kali seminggu. 3. Regangan atau latihan fleksibiliti boleh membantu anda meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan risiko kecederaan selepas anda melakukan aktiviti senaman. Lakukan regangan setiap kali selepas workout dan bila-bila anda mahu merehatkan badan. Tapi, bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad seperti di asrama, bagaimana anda dapat menggunakan sebaik-baiknya ruang yang anda ada untuk melakukan senaman? Di sini saya ada beberapa cadangan yang anda boleh lakukan di ruangan terhad anda itu:
Berkawad setempat.
Melakukan side steps atau melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
Jogging setempat atau berlari setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
Melompat bintang setempat.
Membuat gerakan kickboxing – front kicks, squats, side kicks, menumbuk.
ON mp3 player anda dan menari sampai berpeluh
Anda juga boleh buat jumping rope kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda, lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
Ini aktiviti yang paling saya suka. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut! Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama juga. :D
Buat pushups menggunakan hujung katil atau di atas lantai.
Buat sit up.
Kalau anda anda duit lebih, anda boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
Turun dan naik tangga atau berlari sekeliling asrama anda.

Kehidupan di asrama bukanlah sesuatu yang sukar. Anda tidak boleh meletakkan kehidupan di asrama sebagai penyebab anda kekurangan masa dan ruang untuk menjalani kehidupan yang sihat. Ini kerana bilik anda yang kecil di mana anda tidur, belajar, berborak bersama rakan itu juga boleh dijadikan sebagai gim peribadi anda. Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah salah satu cara anda akan buat pengalaman anda tinggal di asrama sebagai satu pengalaman yang terindah!

Anna Ramli  merupakan penulis untuk kevinzahri.com.

Kevin Zahri
 merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal (minor Ekonomi) dari Universiti Northeastern (Boston), Amerika Syarikat. Beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali sebagai cikgu fitness. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah meninggalkan impak dan kesan yang begitu besar dalam industri kesihatan dan kecergasan sebagai hos TV, penceramah, penulis dan web entrepreneur. Kevin Zahri menulis di dalam beberapa majalah dan juga web peribadi, kevinzahri.com.

sumber - Artikel iluvislam.com

Khamis, April 4

Doa Untuk Menangani Anak Nakal atau Lasak




1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.


InsyaAllah...



Sabtu, Mac 2

Kelebihan Minum Kopi


pictures from google


Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing.
Namun antara faedah kopi yang paling diperkatakan bukan setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih bertenaga sebaik bangun tidur tetapi ia lebih daripada itu.
Kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.

Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.

Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.

Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.

Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.

Tanpa perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran, sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur.

Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit.

Dua sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.

Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing.

Namun begitu, penampilan langsing itu tidak kekal lama sebaliknya aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.

Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu. 

Masukkan kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh dengan cara menggosok secara bulatan kerana selain membuang sel kulit mati, ia dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran mata.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan beberapa minit untuk mendapat kesan melembapkan kulit.

Kopi boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.

Penggunaan kopi sebagai bahan penjagaan kulit bukan asing malah turut diamalkan oleh wanita di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman.

Malah bagi masyarakat Melayu sendiri terutama orang lama, selain sebagai bahan kecantikan kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.

Posted by - Faizatul Farlin Farush Khan

Sumber - My Metro

Selasa, Julai 31

Jom Cuci Hati





لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati…

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya

17. Pesan pada orang, jadi baik

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat

semoga kita sama2 dpt mencuba tips2 di atas





 :88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::60::88::88::60::88::60:     

Khamis, Julai 19

Solat Malam


pencil Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

by Ustaz Zahazan Mohammmad lol





Isnin, Julai 9

Cara Pemakanan Rasululullah SAW


Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.

Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.

apa kata kit a ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan

SUSU + DAGING
Jangan makan

DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL#

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.#


TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

``````````````````````````Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.p/s :

Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).

Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)Cara Rasulullah Makan;;

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral.

Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyahRasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic

.Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.Sama2lah kita mengamalkan,insyaAllah.


Rabu, Julai 4

6 Kunci The Secret Of Success



Key & keyhole with light
                                                                                                                             


Apabila menyebut tentang kejayaan, kecemerlangan dan puncak kegemilangan – pastinya kita semua menyimpan impian dan cita-cita ke arah itu. Tanyalah kepada sesiapa pun, lelaki atau perempuan, tua atau berusia, kaya atau miskin atau sebagainya – semuanya punyai hasrat untuk berjaya!

Namun, bagaimanakah untuk menbumikan buah-buah kejayaan ini? Adakah wujud kunci untuk membuka jalan menuju kejayaan yang kita cita-citakan ini?

Baik, di sini ingin dikongsikan apa yang telah disampaikan oleh Dato’ Dr Muhammad Afifi Al-Akiti ,yang merupakan anak melayu pertama diberi penghormatan menjadi felo dan pensyarah di Universiti Oxford tentang rahsia-rahsia untuk menjadi individu yang berjaya dalam apa jua bidang, lapangan dan kerjaya yang kita ceburi dan tekuni. Rahsia ini adalah wasiat zaman berzaman yang dicetuskan oleh Imam Juwaini yang juga digelar Imam al-Haramain. Anda bersedia? Ayuh kita lihat rahsia ini satu persatu dan terus kita buat semakan terhadap diri kita .                                                                                                                                                                                                                                             
  1. Harus punyai akal yang bergeliga. Apa maknanya? Akal kita harus disinari dan disuluhi dengan ilmu-ilmu yang benar, sahih dan betul. Namun, ia tidak cukup sekadar itu – hati juga harus dicahayakan dengan amalan soleh agar akan terus menerus bersih, jernih dan putih. Akal dan hati – ia punyai hubungan “istimewa” antara keduanya.
  2. Memiliki sifat bersungguh-sungguh yang luar biasa. Buang jauh-jauh sifat malas, culas dan sambil lewa. Asas kepada bersungguh-sungguh ini ialah tekun, cekal dan gagah. Tanpa usaha segigih ini, janganlah kita mengharapkan apa-apa keajaiban dalam kehidupan kita yang singkat ini.
  3. Merasai diri kita ini serba kekurangan dan kekerdilan. Kita akui kita ini kerdil, kecil dan tiada apa-apa. Kita tahu batasan kelemahan kita dan bermula dari situ kita melonjak naik dengan perasaan sentiasa “sedar diri.” Tidak ego, bongkak dan sombong. Rendah diri adalah rahsia insan-insan yang hebat zaman berzaman.
  4. Banyak bermusafir dan mengembara di perantauan. – Maknanya, belajar jauh-jauh daripada kampong halaman. Kerana apa? Kita akan dapat dua perkara serentak iaitu ilmu dan juga semangat berdikari.
  5. Harus dipandu oleh mentor, ustaz atau mursyid. Untuk cemerlang, kita wajib  mempunyai guru yang membimbing, membetulkan dan menyantuni kita. Asas ini penting dalam usaha-usaha menuntut ilmu. Perlu ada guru dan anak murid. Jika tidak, syaitanlah yang menjadi tok guru kita. Awas dalam bab ini.
  6. Dan, akhirnya tempoh masa yang panjang. Untuk berjaya, menjadi pakar dan mahir dalam sesuatu perkara ia memakan masa yang lama. Justeru itu, memperuntukan masa untuk belajar sehingga ke peringkat tertinggi adalah modal utama untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan.

Itulah wasiat dan kunci kepada rahsia kejayaan yang telah diwasiatkan oleh Imam Juwaini untuk kita semua. Apabila mendengar satu persatu kunci ini, saya mulai melihat diri saya. Masya-Allah! – Jauh benar diri ini dengan kejayaan.
Terasa untuk bangkit dan memecahkan tembok yang menghalang antara saya dan kejayaan. Kuncinya telah dibongkar oleh seorang tokoh yang hebat iaitu Imam Juwaini dan hari ini, Dato’ Muhammad Afifi Al-Akiti menjadikan kunci ini sebagai pencetus dan pemacu kejayaannya. Lihatlah, apa yang telah beliau genggami saat ini.
Usah kita toleh ke belakang lagi, masa hadapan terletak di hujung langkahan pertama kita. Masa hadapan kita ditentukan oleh sikap, kepercayaan dan keyakinan kita pada hari ini. Justeru, apa lagi ? – Kita ambil kunci-kunci ini dan kita sama-sama buka pintu kejayaan untuk merasainya dengan penuh kepuasan dan kecekalan.


BroHamzah


                                                                                                                                                             



Selasa, Julai 3

RAHSIA POTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :
* Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
Kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Kerat kuku juga ada adabnya selain potong mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang di ajar. SeELOK-ELOKnya kite buang ke tanah kerana kita juga ada unsur TANAH. Kalau hendak buang kuku di tong sampah pun boleh tapi seelok-eloknya atau semolek-moleknya kita buang la pada tanah yang merupakan kejadian asal manusia.
RAHSIA POTONG KUKU

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan pencarian saya :

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب

Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

wallahu a'lam.
-------------------------------------------------------------------------------------
Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan dimulakan potong kuku dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu...
Di sini saya sertakan gambar untuk rujukan anda (klik untuk besar kan imej):

RAHSIA POTONG KUKU

Isnin, Julai 2

Tips – 6 Petua Untuk Sentiasa Kacak dan Cantik.


                                                                                                                                 

 Pandanglah wajah-wajah bersih dan putih kanak-kanak dan bayi.
Merekalah insan yang miliki wajah yang menarik, tenang dan jernih.

Jika ditanya kepada  orang lelaki, mahukan dia kelihatan kacak, hensem dan segak? Jawapannya, sudah tentu!.
Jika ditanya kepada orang perempuan, mahukan dia kelihatan cantik, anggun dan menawan? Jawapannya, tentulah. ( Malu-malu gitu)
Semua orang,-  anda, mereka dan saya – punyai hasrat untuk memiliki muka, penampilan dan raut wajah yang menarik, mempesonakan dan sentiasa menawan. Baik dia lelaki mahupun perempuan. Sama ada muda atau berusia.
Mungkin, orang beranggapan – untuk kacak dan cantik kita perlu memiliki wajah yang tampan dan ayu  seperti selebriti-selebriti barat yang mancung hidungnya, putih melepak kulitnya dan bibir yang mengiurkan. Dan, mungkin juga terfikir perlu melakukan pembedahan kulit, pencerahan wajah dan pengubahsuaian anggota badan fizikal untuk kelihatan menarik di mata orang lain. Perlukah begitu?
Justeru, kali ini saya ingin kongsikan beberapa petua untuk mengekalkan awet muda yang mungkin jarang-jarang orang perasan dan tentu boleh jadikan ia sebagai amalan harian kita. Petua ini mungkin pernah dan biasa kita dengar, tetapi mungkin terlepas pandang atau gagal kita jelmakan dalam kehidupan seharian.
  1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
  2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
  3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
  4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
  5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
  6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin. “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokanlah akhlakku.”

Bagaimana? Mudah bukan. Tidak perlu belanjakan beribu-ribu ringgit untuk mencantikan wajah kita. Baik lelaki atau perempuan. Sesiapa sahaja boleh lakukannya setiap masa, setiap hari dan setiap waktu yang ada.
Saya sarankan, anda mulakan dengan petua yang pertama iaitu sentiasa berwudhuk. Di mana sahaja kita berada. Jika terbatal di mana pun kita berada, kita usahakan untuk menyempurnakan wudhuk semula agar kita kekal dalam keadaan suci, bersih dan tenang dengan air-air wudhuk.
Cuba lakukan selama 40 hari tanpa putus, dan saya benar-benar yakin kalian akan merasai suatu “kelainan” dalam kehidupan. Boleh?
Kita sama-sama usaha. Bila nak mula? Kita start hari ini juga. Jom praktikal petua ini. Harapnya selepas ini semuanya – hensem-hensem dan ayu-ayu belaka. Sejuk mata memandang.

BroHamzah
Pernah berjumpa dengan seseorang yang amal petua ini. Sekali pandang wajahnya, teduh sahaja jiwa. ^^

 Posted by:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox