Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 6

Roti Manis Perisa Pandan

maafkan ummie ye... 

sumber gambar : mellmerah


Oleh : Isma Maisarah
Sumber : Buku Resepi

500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)
1 sudu besar pes pandan
Sedikit pewarna hijau
Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kunibg telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.



Water roux (Water roux fungsinya sama dgn bread softner..menggebu dan melembutkan roti @ pau)
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

Ahad, Disember 1

Roti Cheese




Oleh : Azie Surip
Sumber : Buku Resepi

Bahan A
300ml air suam
1 biji telur
2 tbsp susu manis
1 tbsp aktif yis kering
- campur semua bahan dlm bekas dan tunggu yis kembang

Bahan B
500g tepung roti/ tepung gandum
3/4 cwn gula halus
1 tsp bread improver
1 tsp bread softener
- gaul semua bahan dlm mangkuk besar / mixer bowl dan masukkan campuran Bahan A yg dah berbuih tu
- gaul rata

Bahan C
2 tbsp butter
1 tbsp shortening
- masukkan bahan C ni dlm campuran di atas
-uli lagi sampai jadi doh lembut dan tak lekat kat tangan
- masukkan doh dlm mangkuk besar yg dah disapu minyak masak (saya pakai olive oil)
- tutup doh dgn kain & rehatkan doh sampai naik sekali ganda
- bila dh naik, keluarkan dr bekas tumbuk2 utk kluarkan angin. Kalau dpt leper lg bagus sbb nnt tekstur roti akan cantik
- bulat2 kan doh dan susun dlm loyang yg disapu butter
- rehatkan lagi 45min - sejam
- sebelum bakar parutkan cheddar cheese atas dia kalau suka
- kalau tanak letak cheese just sapu egg wash je (kuning telur + sikit susu segar)
- bakar 20-25 min atau sampai masak, suhu 160'c

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox