Selasa, Julai 17

Cantiknya Aku....


Teringat cerita seekor rusa masa dia tengok muka dia dekat air. Dia kata, cantiknya tanduk aku ni. Tiada siapa yang ada tanduk macam aku. Wahai tanduk kaulah segala-galanya, tanpa kau habislah aku. Tiba- tiba rusa itu berasa sedih dan kecewa kerana melihat kaki dia. Dia kata, kaki... kaulah yang buat aku jadi tak cantik. kaulah yang menyusahkan aku. Kau buat aku rasa terhina hina, kenapalah kau ni kaki....

Suatu hari di takdirkan rusa tadi dikejar harimau. Dia berlari sekuat hati, jauh meninggalkan harimau. Tiba-tiba tanduknya tersangkut pada pokok. Puas dia berusaha untuk melepaskan diri tetapi gagal. Harimau semakin hampir.... rusa tadi menangis dan menyesal.
Dia berkata wahai tanduk selama ini aku anggap kaulah segalanya.Tetapi hari ini kaulah yang telah menyusahkan aku. kau lah malang untuk aku. Wahai kaki selama ini aku anggap kaulah kehinaan. Tapi hari ini kaulah yang paling berjasa. Tangisan pada waktu itu tidak berguna lagi.

Begitulah dalam hidup ini, kita selalu menganggap kekayaan, rumah besar, duit banyak, kuasa, kemasyhuran adalah segala-galanya.
Kita anggap ISLAM dan KEHIDUPAN NABI, Solat berjemaah/awal waktu, tutup aurat, mendahulukan saudara Islam atas diri kita, Bagi masa didik anak, menangis, baca AL-Quran perkara yang susah dan menyusahkan. Tapi suatu hari akan tiba dan waktu itu semua hati akan terbuka dan melihat apa kemuliaan yang sebenarnya. Apakah kehinaan yang sebenarnya. Menangislah sekarang sebelum hari kebenaran itu akan datang. Setiap air mata itu dinilai oleh ALLAH..Walaupun air mata yang bergenang menyukakan ALLAH. DI sana nanti,kita menangis keluar air mata darah pun ,kita tidak akan dikembalikan.

Ketika di Baitul Maqdis, seorang sahabat telah menegur Umar r.a berkenaan gaya dan pakaian beliau ketika itu yang membawa imej Islam di khalayak ramai. Maka kata Umar," Jika bukan kamu yang bercakap tadi nescaya aku pancung kepala kamu supaya jadi pengajaran hingga kiamat. Sesungguhnya Allah muliakan kita dengan Islam, kerananyalah kita mulia". Ingatlah saudaraku sekalian....
Harta dan masa ini jika tidak digunakan untuk kebaikan ia akan habis juga untuk perkara yang lain. Dan jika tidak mati dalam menegakkan Islam,kita akan mati juga ketika buat benda lain. Wahai ALLAH terimalah diriku dan setiap orang islam SUPAYA SEDAR. Sayu dan sedih kerana secara umumnya orang Islam telah meninggalkan Kehidupan Nabi SAW. Ya ALLAH ampunkan dosa kami kerana menjalani hidup ini ikut hawa nafsu kami. Berilah taufik untuk kami menjalani kehidupan ini dengan cara HIDUP NABI SAW.

~ Posted by - Ust Ebit Lew




Tiada ulasan:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox