Isnin, September 10

Penjagaan Produk Tupperware


Berikut adalah merupakan tip-tip untuk menjaga produk Tupperware:

CARA CUCIAN

1. Gunakan air suam bersabun dan kain lembut atau span.
2. Kering menggunakan kain lembut atau dibiarkan kering sendiri.
3. Jauhkan dari panas.
4. Gunakan baking soda untuk menghilangkan kotoran degil.


PENYIMPANAN


1. Keringkan dengan kain lembut sebelum disimpan.
2. Buka semua tutup Tupperware utk aliran udara.
3. Simpan Tupperware dalam keadaan PENUTUPNYA DIBUKA. Ramai yang tak tahu ni.
Contoh cara simpan yang betul

MINUMAN, MAKANAN & CECAIR PANAS


1. Biarkan makanan, minuman & cecair seperti minyak, sup, sos sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dlm Tupperware


KESAN CALAR

1. Elakkan menggunakan alat tajam, pencuci yang kuat.
2. Gunakan pencuci dan span yang lembut.
3. Untuk menghilangkan kesan minyak, gunakan air suam.


MICROWAVE


1. Produk Tupperware tidak boleh digunakan untuk memasak dan tidak sesuai untuk Microwave
2. Kecuali TupperWave Stack Cooker, Rock ‘N Serve & CrystalWave reheatable products.


BAU YANG KURANG MENYENANGKAN


1. Letakkan arang/surat khabar didalam Tupperware & tutup ketat
2. Basuh penutup & bekas Tupperware dengan Baking Soda
3. Cuci dengan Jus lemon/cuka dan bilas dengan air.
3. Buka tutup Tupperware apabila tidak digunakan






Tiada ulasan:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox