Selasa, September 4

SEJARAH TUPPERWARE

~ Produk Tupperware pertama kali diperkenalkan oleh Earl Silas Tupper pada tahun 1946 di Amerika. Produk yang dijual saat itu adalah bell tumbler dan wonderlier bowl.
~ Penjualan Tupperware pada awalnya melalui department store,tetapi kurang mendapat sambutan, kerana... keunikan dan kelebihan dari produk serta bagaimana menggunakannya tidak dapat dilihat dan kurang difahami lantaran tidak ada yang mengkomunikasikannya secara langsung melalui demo produk.Untuk itu Brownie Wise telah mencadangkan agar produk tupperware dijual melalui sistem direct selling.Semenjak adanya kerjasama antara Earl Silas Tupper dengan Brownie Wise maka bermulalah penjualan produk tupperware melalui direct selling hingga ke hari ini.
~ Material / bahan yang digunakan untuk membuat tupperware adalah selamat digunakan untuk tujuan penyimpanan makanan atau pun minuman, kerana ianya tidak beracun / non toxic serta tidak berbau.
~*~ Walaupun begitu segala yang hadir adalah dengan izin Allah SWT. Produk tupperware hanyalah asbab agar kita bijak memilh apa yang terbaik untuk keperluan kita sekeluarga..... InsyaAllah ^_^






Penjagaan Produk Tupperware



Berikut adalah merupakan tip-tip untuk menjaga produk Tupperware:

CARA CUCIAN

1. Gunakan air suam bersabun dan kain lembut atau span.
2. Kering menggunakan kain lembut atau dibiarkan kering sendiri.
3. Jauhkan dari panas.
4. Gunakan baking soda untuk menghilangkan kotoran degil.


PENYIMPANAN


1. Keringkan dengan kain lembut sebelum disimpan.
2. Buka semua tutup Tupperware utk aliran udara.
3. Simpan Tupperware dalam keadaan PENUTUPNYA DIBUKA. Ramai yang tak tahu ni.
Contoh cara simpan yang betul

MINUMAN, MAKANAN & CECAIR PANAS


1. Biarkan makanan, minuman & cecair seperti minyak, sup, sos sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dlm Tupperware


KESAN CALAR

1. Elakkan menggunakan alat tajam, pencuci yang kuat.
2. Gunakan pencuci dan span yang lembut.
3. Untuk menghilangkan kesan minyak, gunakan air suam.


MICROWAVE


1. Produk Tupperware tidak boleh digunakan untuk memasak dan tidak sesuai untuk Microwave
2. Kecuali TupperWave Stack Cooker, Rock ‘N Serve & CrystalWave reheatable products.


BAU YANG KURANG MENYENANGKAN


1. Letakkan arang/surat khabar didalam Tupperware & tutup ketat
2. Basuh penutup & bekas Tupperware dengan Baking Soda
3. Cuci dengan Jus lemon/cuka dan bilas dengan air.
3. Buka tutup Tupperware apabila tidak digunakan







Tiada ulasan:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox