Jumaat, Oktober 12

Penghayatan Israk dan Mikraj

SEJARAH ISRAK MIKRAJ
• Berlaku pada malam isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah
• Berlaku setahun sebelum hijrah Nabi Muhammad ke Madinah (721 Masihi)
• Ulama’ sirah bersepakat: mukjizat isra’ dan mi’raj berlaku selepas dakwah Nabi Muhammad di Thaif dan selepas dihalau oleh penduduknya dengan dahsyat.

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

1. Sebelum Israk dan Mikraj

• Rasulullah mengalami pembedahan dada/ perut
• Dilakukan oleh malaikat jibrail dan mika’il
• Hati baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.
• Dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada baginda.
• Dada baginda dijahit dengan “khatimin nubuwwah”.
• Selepas pembedahan, Baginda didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh baginda dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “israk”

2. Semasa Israk

• Maksud Israk: Allah s.w.t telah mengisrak’kan (memperjalankan di waktu malam hari) Nabi Muhammad dari Masjidil Haram (di makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis di palestin) serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh.
• Sepanjang perjalanan baginda ditemani oleh malaikat jibrail dan israfil.
• Baginda telah diarah oleh jibrail supaya berhenti dan bersembahyang 2 rakaat di tempat-tempat tertentu.
• Antara tempat-tempat tersebut ialah:
 Negeri Thaibah (madinah): tempat dimana Rasulullah akan melakukan hijrah.
 Kota Madyan: tempat nabi syuaib a.s dan nabi Musa a.s mengajar ajaran tauhid (islam)
 Bukit Tursina: tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah
 Baitul Laham: tempat Nabi Isa a.s dilahirkan.
 Masjidil Aqsa
• Dalam perjalanan itu, baginda dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya ialah:

 Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

 Tempat yang berbau harum
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula berulang kali.
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

 Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka.
lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
orang yang makan riba.

 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
orang yang membuat fitnah

 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah orang.

 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit, tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan
Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

 Seorang perempuan tua duduk ditengah jalan dan menyuruh rasulullah berhenti
orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

 Seorang perempuan bongkok tiga menahan rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

• Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang 2 rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pada suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj

• Maksud Mikraj: naik ke Hadhratul Qudus menemui Allah.
• Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.
• Rasulullah dan jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (Pintu Hafzhah):

 Langit Pertama: berjumpa dengan Nabi Adam. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

 Langit kedua: berjumpa dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya.

 Langit ketiga: berjumpa dengan Nabi Yusuf

 Langit keempat: berjumpa dengan Nabi Idris

 Langit kelima: berjumpa dengan Nabi Harun yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil

 Langit keenam: bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya Nabi Musa. Jibrail menyuruh nabi mengangkat kepala lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

 Langit Ketujuh: bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah Nabi Ibrahim bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda: “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu: Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

 Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

 Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

 Rasulullah dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu`lu' yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah. Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum

 Seterusnya baginda masuk ke syurga. Syurga ada lapan jenis iaitu:
• Syurga Firdaus
• Syurga ‘And
• Syurga Na’iim
• Syurga Ma’wa
• Syurga Darussalam
• Syurga Daarul Muaqaamah
• Syurga Al-Muqqamul Amin
• Syurga Khuldi

 Seterusnya baginda masuk ke neraka. Neraka ada lapan jenis iaitu:
• Neraka Jahannam
• Neraka Jahiim
• Neraka Hawiyah
• Neraka Wail
• Neraka Sa’iir
• Neraka Lazhaa
• Neraka Saqar
• Neraka Huthomah


 Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

 Tangga Kesepuluh : Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya. Allah SWT: Ya Muhammad Rasullah: Labbaika Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa–ul–hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

• Rasulullah turun ke langit dunia semula
• Seterusnya turun ke baitul maqdis lalu menunggang Buraq
• Perjalanan pulang ke mekah pada malam yang sama


8 JENIS SEKSAAN WANITA DIPERLIHATKAN SEMASA IRAQ MIKRAJ

Sepuluh jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya. Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(3) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(4) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(5) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(6) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(7) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(8) perempuan yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


AYAT-AYAT AL-QURAN BERKAITAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
• Surah al-Isra’ : ayat 1
• Surah al-Najm : ayat 13-18
• Surah al-Hijr : ayat 15

HADIS-HADIS BERKAITAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

1) Qatadah: Telah mengisahi kami Anas bin Malik, dari Malik bin Sha’sha’ah ra, ia telah berkata: Telah bersabda Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam: “Ketika aku di al-Bait (yaitu Baitullah atau Ka’bah) antara tidur dan jaga”, kemudian beliau menyebutkan tentang seorang lelaki di antara dua orang lelaki. “Lalu didatangkan kepadaku bejana dari emas yang dipenuhi dengan kebijaksanaan dan keimanan. Kemudian aku dibedah dari tenggorokan hingga perut bagian bawah. Lalu perutku dibasuh dengan Air Zam Zam, kemudian diisi dengan kebijaksanaan (hikmah) dan keimanan. Dan didatangkan kepadaku binatang putih yang lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari baghal (peranakan kuda dan keledai), yaitu Buraq. (HR al-Bukhari (3207).

2) Anas bin Malik r.a. berkata, “Abu Dzarr r.a. menceritakan bahwasanya Nabi Muhammad saw bersabda, ‘Dibukalah atap rumahku dan aku berada di Mekah. Turunlah Jibril a.s. dan mengoperasi dadaku, kemudian dicucinya dengan air zamzam. Ia lalu membawa mangkok besar dari emas, penuh dengan hikmah dan keimanan, lalu ditumpahkan ke dalam dadaku, kemudian dikatupkannya.
Ia memegang tanganku dan membawaku ke langit dunia. Ketika aku tiba di langit dunia, berkatalah Jibril kepada penjaga langit, ‘Bukalah.’ Penjaga langit itu bertanya, ‘Siapakah ini?’ Ia (jibril) menjawab, ‘Ini Jibril.’ Penjaga langit itu bertanya, ‘Apakah Anda bersama seseorang?’ Ia menjawab, ‘Ya, aku bersama Muhammad saw.’ Penjaga langit itu bertanya, ‘Apakah dia diutus?’ Ia menjawab, ‘Ya.’ Ketika penjaga langit itu membuka, kami menaiki langit dunia. Tiba tiba ada seorang laki-laki duduk di sebelah kanannya ada hitam-hitam (banyak orang) dan disebelah kirinya ada hitam-hitam (banyak orang).
Apabila ia memandang ke kanan, ia tertawa, dan apabila ia berpaling ke kiri, ia menangis, lalu ia berkata, ‘Selamat datang Nabi yang saleh dan anak laki-laki yang saleh.’ Aku bertanya kepada Jibril, ‘Siapakah orang ini?’ Ia menjawab, ‘Ini adalah Adam dan hitam-hitam yang di kanan dan kirinya adalah adalah jiwa anak cucunya. Yang di sebelah kanan dari mereka itu adalah penghuni surga dan hitam-hitam yang di sebelah kainya adalah penghuni neraka.’ Apabila ia berpaling ke sebelah kanannya, ia tertawa, dan apabila ia melihat ke sebelah kirinya, ia menangis, sampai Jibril menaikkan aku ke langit yang ke dua, lalu dia berkata kepada penjaganya, ‘Bukalah.’ Berkatalah penjaga itu kepadanya seperti apa yang dikatakan oleh penjaga pertama, lalu penjaga itu membukakannya.”
Anas berkata, “Beliau menyebutkan bahwasanya di beberapa langit itu beliau bertemu dengan Adam, Idris, Musa, Isa, dan Ibrahim shalawatullahi alaihim, namun beliau tidak menetapkan bagaimana kedudukan (posisi) mereka, hanya saja beliau tidak menyebutkan bahwasanya beliau bertemu dengan Adam di langit dunia dan Ibrahim di langit keenam.” Anas berkata, “Ketika Jibril a.s. bersama Nabi Muhammad saw melewati Idris, Idris berkata, ‘Selamat datang Nabi yang saleh dan saudara laki-laki yang saleh.’ Aku (Rasulullah) bertanya, ‘Siapakah ini?’ Jibril menjawab, ‘Ini adalah Idris.’ Aku melewati Musa lalu ia berkata, ‘Selamat datang Nabi yang saleh dan saudara yang saleh.’ Aku bertanya, ‘Siapakah ini?’ Jibril menjawab, ‘Ini adalah Musa.’ Aku lalu melewati Isa dan ia berkata, ‘Selamat datang saudara yang saleh dan Nabi yang saleh.’ Aku bertanya, ‘Siapakah ini?’ Jibril menjawab, ‘Ini adalah Isa.’ Aku lalu melewati Ibrahim, lalu ia berkata, ‘Selamat datang Nabi yang saleh dan anak yang saleh.’ Aku bertanya,’Siapakah ini?’ Jibril menjawab, ‘Ini adalah Ibrahim as..’” (HR. Bukhari no. 192)

3) Ibnu Syihab berkata, “Ibnu Hazm memberitahukan kepadaku bahwa Ibnu Abbas dan Abu Habbah al-Anshari berkata bahwa Nabi Muhammad saw bersabda, ‘Jibril lalu membawaku naik sampai jelas bagiku Mustawa. Di sana, aku mendengar goresan pena-pena.’ Ibnu Hazm dan Anas bin Malik berkata bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, ‘Allah Azza wa Jalla lalu mewajibkan atas umatku lima puluh shalat (dalam sehari semalam). Aku lalu kembali dengan membawa kewajiban itu hingga kulewati Musa, kemudian ia (Musa) berkata kepadaku, ‘Apa yang diwajibkan Allah atas umatmu?’ Aku menjawab, ‘Dia mewajibkan lima puluh kali shalat (dalam sehari semalam).’ Musa berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu karena umatmu tidak kuat atas yang demikian itu.’ Allah lalu memberi dispensasi (keringanan) kepadaku (dalam satu riwayat: Maka aku kembali dan mengajukan usulan kepada Tuhanku), lalu Tuhan membebaskan separonya. ‘Aku lalu kembali kepada Musa dan aku katakan, ‘Tuhan telah membebaskan separonya.’ Musa berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu karena sesungguhnya umatmu tidak kuat atas yang demikian itu. ‘Aku kembali kepada Tuhanku lagi, lalu Dia membebaskan separonya lagi. Aku lalu kembali kepada Musa, kemudian ia berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu karena umatmu tidak kuat atas yang demikian itu.’ Aku kembali kepada Tuhan, kemudian Dia berfirman, ‘Shalat itu lima (waktu) dan lima itu (nilainya) sama dengan lima puluh (kali), tidak ada firman yang diganti di hadapan Ku.’ Aku lalu kembali kepada Musa, lalu ia berkata, ‘Kembalilah kepada Tuhanmu.’ Aku jawab, ‘(Sungguh) aku malu kepada Tuhanku.’ Jibril lalu pergi bersamaku sampai ke Sidratul Muntaha dan Sidratul Muntaha itu tertutup oleh warna-warna yang aku tidak mengetahui apakah itu sebenarnya? Aku lalu dimasukkan ke surga. Tiba-tiba di sana ada kail dari mutiara dan debunya adalah kasturi.” (HR. Bukhari no. 193, 194)

4) Aisyah r.a. berkata, “Allah Ta’ala memfardhukan shalat ketika difardhukan-Nya dua rakaat-dua rakaat, baik di rumah maupun dalam perjalanan. Selanjutnya, dua rakaat itu ditetapkan shalat dalam perjalanan dan shalat di rumah ditambah lagi (rakaatnya).” (Dalam satu riwayat: Kemudian Nabi Muhammad saw. hijrah, lalu difardhukan shalat itu menjadi empat rakaat dan dibiarkan shalat dalam bepergian sebagaimana semula, 4/267). (HR. Bukhari no. 195)

5) Dari Anas bin Malik, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Aku didatangi mereka (malaikat), kemudian mengajakku ke Sumur Zam Zam. Lalu dadaku dibedah, kemudian dibasuh dengan Air Zam Zam. Lalu aku dikembalikan.” HR Muslim (162.2), Kitab Iman, Bab Isra

6) Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Aku didatangi Buraq. Lalu aku menunggangnya sampai ke Baitulmakdis. Aku mengikatnya pada pintu mesjid yang biasa digunakan mengikat tunggangan oleh para nabi. Kemudian aku masuk ke mesjid dan mengerjakan salat dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa bejana berisi arak dan bejana berisi susu. Aku memilih susu, Jibril berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril membawaku naik ke langit. Ketika Jibril minta dibukakan, ada yang bertanya: Siapakah engkau? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa yang bersamamu? Jibril menjawab: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawab Jibril: Ya, ia telah diutus. Lalu dibukakan bagi kami. Aku bertemu dengan Adam. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Kemudian aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapakah engkau? Jawab Jibril: Jibril. Ditanya lagi: Siapakah yang bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Pintu pun dibuka untuk kami. Aku bertemu dengan Isa bin Maryam as. dan Yahya bin Zakaria as. Mereka berdua menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit ketiga. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa engkau? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad saw. jawabnya. Ditanyakan: Dia telah diutus? Dia telah diutus, jawab Jibril. Pintu dibuka untuk kami. Aku bertemu Yusuf as. Ternyata ia telah dikaruniai sebagian keindahan. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit keempat. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa ini? Jibril menjawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad, jawab Jibril. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jibril menjawab: Dia telah diutus. Kami pun dibukakan. Ternyata di sana ada Nabi Idris as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Allah Taala berfirman Kami mengangkatnya pada tempat (martabat) yang tinggi. Aku dibawa naik ke langit kelima. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Dijawab: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Dijawab: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Di sana aku bertemu Nabi Harun as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit keenam. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa ini? Jawabnya: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad, jawab Jibril. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Di sana ada Nabi Musa as. Dia menyambut dan mendoakanku dengan kebaikan. Jibril membawaku naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan. Lalu ada yang bertanya: Siapa ini? Jawabnya: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Ditanyakan: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Ternyata di sana aku bertemu Nabi Ibrahim as. sedang menyandarkan punggungnya pada Baitulmakmur. Ternyata setiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat masuk ke Baitulmakmur dan tidak kembali lagi ke sana. Kemudian aku dibawa pergi ke Sidratulmuntaha yang dedaunannya seperti kuping-kuping gajah dan buahnya sebesar tempayan. Ketika atas perintah Allah, Sidratulmuntaha diselubungi berbagai macam keindahan, maka suasana menjadi berubah, sehingga tak seorang pun di antara makhluk Allah mampu melukiskan keindahannya. Lalu Allah memberikan wahyu kepadaku. Aku diwajibkan salat lima puluh kali dalam sehari semalam. Tatkala turun dan bertemu Nabi saw. Musa as., ia bertanya: Apa yang telah difardukan Tuhanmu kepada umatmu? Aku menjawab: Salat lima puluh kali. Dia berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, karena umatmu tidak akan kuat melaksanakannya. Aku pernah mencobanya pada Bani Israel. Aku pun kembali kepada Tuhanku dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan atas umatku. Lalu Allah mengurangi lima salat dariku. Aku kembali kepada Nabi Musa as. dan aku katakan: Allah telah mengurangi lima waktu salat dariku. Dia berkata: Umatmu masih tidak sanggup melaksanakan itu. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Tak henti-hentinya aku bolak-balik antara Tuhanku dan Nabi Musa as. sampai Allah berfirman: Hai Muhammad. Sesungguhnya kefarduannya adalah lima waktu salat sehari semalam. Setiap salat mempunyai nilai sepuluh. Dengan demikian, lima salat sama dengan lima puluh salat. Dan barang siapa yang berniat untuk kebaikan, tetapi tidak melaksanakannya, maka dicatat satu kebaikan baginya. Jika ia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya barang siapa yang berniat jahat, tetapi tidak melaksanakannya, maka tidak sesuatu pun dicatat. Kalau ia jadi mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan. Aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa as., lalu aku beritahukan padanya. Dia masih saja berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Aku menyahut: Aku telah bolak-balik kepada Tuhan, hingga aku merasa malu kepada-Nya. (Shahih Muslim No.234)

7) Hadis riwayat Malik bin Sha`sha`ah ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: Ketika aku sedang berada di dekat Baitullah antara tidur dan jaga, tiba-tiba aku mendengar ada yang berkata: Salah satu dari tiga yang berada di antara dua orang. Lalu aku didatangi dan dibawa pergi. Aku dibawakan bejana dari emas yang berisi air Zamzam. Lalu dadaku dibedah hingga ini dan ini. Qatadah berkata: Aku bertanya: Apa yang beliau maksud? Anas menjawab: Hingga ke bawah perutnya. Hatiku dikeluarkan dan dicuci dengan air Zamzam, kemudian dikembalikan ke tempatnya dan mengisinya dengan iman dan hikmah. Lalu aku didatangi binatang putih yang disebut Buraq, lebih tinggi dari khimar dan kurang dari bighal, ia meletakkan langkahnya pada pandangannya yang paling jauh. Aku ditunggangkan di atasnya. Lalu kami berangkat hingga ke langit dunia. (Sampai di sana) Jibril minta dibukakan. Dia ditanya: Siapa ini? Jibril menjawab Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad saw. jawab Jibril. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Ya, jawabnya. Malaikat penjaga itu membukakan kami dan berkata: Selamat datang padanya. Sungguh, merupakan kedatangan yang baik. Lalu kami datang kepada Nabi Adam as. (selanjutnya seperti kisah pada hadis di atas). Anas menjelaskan bahwa Rasulullah bertemu dengan Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as. di langit kedua, di langit ketiga dengan Nabi Yusuf as. di langit keempat dengan Nabi Idris as. di langit kelima dengan Nabi Harun as. Selanjutnya Rasulullah saw. bersabda: Kemudian kami berangkat lagi. Hingga tiba di langit keenam. Aku datang kepada Nabi Musa as. dan mengucap salam kepadanya. Dia berkata: Selamat datang kepada saudara dan nabi yang baik. Ketika aku meninggalkannya, ia menangis. Lalu ada yang berseru: Mengapa engkau menangis? Nabi Musa menjawab: Tuhanku, orang muda ini Engkau utus setelahku, tetapi umatnya yang masuk surga lebih banyak daripada umatku. Kami melanjutkan perjalanan hingga langit ketujuh. Aku datang kepada Nabi Ibrahim as. Dalam hadis ini dituturkan, Nabi saw. bercerita bahwa beliau melihat empat sungai. Dari hilirnya, keluar dua sungai yang jelas dan dua sungai yang samar. Aku (Rasulullah saw.) bertanya: Hai Jibril, sungai apakah ini? Jibril menjawab: Dua sungai yang samar adalah dua sungai di surga, sedangkan yang jelas adalah sungai Nil dan Furat. Selanjutnya aku diangkat ke Baitulmakmur. Aku bertanya: Hai Jibril, apa ini? Jibril menjawab: Ini adalah Baitulmakmur. Setiap hari, tujuh puluh ribu malaikat masuk ke dalamnya. Apabila mereka keluar, tidak akan masuk kembali. Itu adalah akhir mereka masuk. Kemudian aku ditawarkan dua bejana, yang satu berisi arak dan yang lain berisi susu. Keduanya disodorkan kepadaku. Aku memilih susu. lalu dikatakan: Tepat! Allah menghendaki engkau (berada pada fitrah, kebaikan dan keutamaan). Begitu pula umatmu berada pada fitrah. Kemudian diwajibkan atasku salat lima puluh kali tiap hari. Demikian kisah seterusnya sampai akhir hadis. (Shahih Muslim No.238)

8) Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. menuturkan perjalanan Isra’nya. Beliau bersabda: Nabi Musa as. berkulit sawo matang, tingginya seperti lelaki Syanu’ah (nama kabilah). Beliau bersabda pula: Nabi Isa as. itu gempal, tingginya sedang. Beliau juga menuturkan tentang Malik as. penjaga Jahanam dan Dajjal. (Shahih Muslim No.239)

9) Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: Ketika aku diisra’kan, aku bertemu dengan Nabi Musa as., ia seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak, seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa as. ia berperawakan sedang, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku: Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan: Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, niscaya sesat umatmu. (Shahih Muslim No.245)

10) Dari Ibnu Abbas, ia telah berkata: Ketika Nabi SAW diisra`kan, beliau melewati seorang nabi dan beberapa nabi, dan bersama mereka ada banyak orang. Dan seorang nabi dan beberapa nabi, dan bersama mereka beberapa orang. Dan seorang nabi dan beberapa nabi, dan bersama mereka tidak ada seorangpun sampai beliau melewati kelompok yang besar. Aku berkata: “Siapa Ini?” Dijawablah (oleh Jibril): “Musa dan kaumnya. Akan tetapi angkatlah kepalamu, kemudian lihatlah!” Kemudian ada kelompok besar yang memenuhi ufuk dari sebelah sana dan dari sebelah sana. Lalu dikatakan (oleh Jibril): “Mereka adalah umatmu dan yang lainnya adalah kelompok dari umatmu yang berjumlah tujuh puluh ribu (70.000) orang yang akan masuk surga tanpa hisab (perhitungan amal).” Kemudian beliau masuk (ke kamar beliau) dan mereka (para sahabat) tidak menanyai beliau dan beliau tidak merangkan kepada mereka. Maka mereka berkata: “Kami adalah mereka itu tadi”. Dan ada pula yang berkata: “Mereka adalah anak-anak kami yang lahir dalam fitrah dan Islam”. Kemudian Nabi SAW keluar, lalu bersabda: “Mereka adalah orang-orang yang tidak berobat dengan besi panas, tidak meruqyah, dan tidak pula bertakhayul (tathayyur). Dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka.” Lantas Ukasyah bin Mihshan berdiri lalu berkata: “Saya termasuk mereka wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Ya.” Kemudian yang lain lagi berdiri lalu berkata pula: “Saya termasuk mereka?” Beliau menjawab: “Kamu telah didahului oleh Ukasyah (dalam bertanya demikian).” HR at-Tirmidzi (2446). Beliau berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih”.

11) Anas berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.” HR Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam. Disahkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).

12) Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku: Wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.” HR Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam. Dishahihkan al-Albani dalam ash-Shahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).

13) Dari Ibnu Mas’ud, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Aku bertemu Ibrahim pada malam aku diisra’kan. Iapun bertanya: “Wahai Muhammad, suruhlah umatmu mengucapkan salam kepadaku, dan kabarkanlah kepada mereka bahwa sesungguhnya surga subur tanahnya, manis airnya, dan terhampar luas. Dan bahwasanya tanamannya adalah (ucapan dzikir) Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahu Akbar.” HR at-Tirmidzi (3462), Kitab Doa-Doa dari Rasulullah, Bab Dalil tentang Keutamaan Tasbih, Takbir, Tahlil, dan Tahmid.

14) Beliau berkata: Ini adalah hadits hasan gharib dari sisi ini dari hadits Ibnu Mas’ud. Dihasankan al-Albani dalam ash-Shahihah (I:105) dengan dua syahid (penguat) dari hadits Ibnu ‘Umar dan hadits Abu Ayyub al-Anshari.
Dari Abu Hurairah, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : “….. Dan sungguh telah diperlihatkan kepadaku jama’ah para nabi. Adapun Musa, dia sedang berdiri shalat. Dia lelaki tinggi kekar seakan-akan dia termasuk suku Sanu’ah. Dan ada pula ‘Isa bin Maryam alaihi`ssalam sedang berdiri shalat. Manusia yang paling mirip dengannya adalah ‘Urwah bin Mas’ud ats-Tsaqafi. Ada pula Ibrahim ‘alaihi`ssalam sedang berdiri shalat. Orang yang paling mirip dengannya adalah sahabat kalian ini, yakni beliau sendiri. Kemudian diserukanlah shalat. Lantas aku mengimami mereka. Seusai shalat, ada yang berkata (Jibril): “Wahai Muhammad, ini adalah Malik, penjaga neraka. Berilah salam kepadanya!” Akupun menoleh kepadanya, namun dia mendahuluiku memberi salam. HR Muslim (172).

15) Dari Anas bin Malik, bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Pada malam aku diisra’kan aku melewati Musa di gundukan tanah merah ketika dia sedang shalat di dalam kuburnya.” HR Muslim (2375), Kitab Keutamaan-Keutamaan, Bab Sebagian Keutamaan Musa.

16) Dari Abu al-’Aliyah: Telah mengisahi kami sepupu Nabi kalian, yaitu Ibnu ‘Abbas radhiya`llahu ‘anhuma, dari Nabi SAW, beliau telah bersabda: “Pada malam aku diisra’kan aku telah melihat Musa, seorang lelaki berkulit sawo matang, tinggi kekar, seakan-akan dia adalah lelaki Suku Syanu’ah. Dan aku telah melihat ‘Isa, seorang lelaki bertinggi sedang, berambut lurus. Dan aku juga telah melihat Malaikat Penjaga Neraka dan Dajjal” termasuk ayat yang telah diperlihatkan Allah kepada beliau. {maka janganlah kamu ragu tentang pertemuan dengannya (yaitu Musa) (as-Sajdah, 32: 23)}. Dari Anas dan Abu Bakrah, dari Nabi SAW: “Malaikat-malaikat kota Madinah berjaga-jaga dari Dajjal.” HR al-Bukhari (3239), Kitab Permulaaan Penciptaan, Bab Penyebutan Malaikat.

17) Abu Hurairah telah berkata: Pada malam beliau diisra`kan, disodorkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman: khamr (minuman keras) dan susu. Beliaupun melihat keduanya, lalu mengambil susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, niscaya binasalah umatmu.” HR al-Bukhari (4709), Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab Firmannya {yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram (al-Isra’, 17: 1)}.

18) Dari Abu Hurairah, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Ketika aku diisra`kan, aku bertemu Musa. Dia berkata: Kemudian beliau menyifatkannya. Dia adalah lelaki, aku mengira beliau bersabda: Kurus, agak tinggi. Rambutnya ikal, seakan-akan dari suku Syanu’ah. Beliau bersabda: Dan aku bertemu ‘Isa. Dia berkata: Kemudian beliau menyifatkannya. Beliau bersabda: Tingginya sedang, berkulit kemerahan, seperti baru keluar dari Dimas, yaitu pemandian. Dan aku telah melihat Ibrahim. Beliau bersabda: Dan aku adalah keturunannya yang paling mirip dengannya. Beliau bersabda: Dan disodorkan kepadaku dua gelas minuman. Salah satunya susu, dan yang lain khamr. Kemudian dikatakan kepadaku: Ambillah yang mana dari keduanya yang engkau kehendaki! Akupun mengambil susu, kemudian meminumnya. Lalu dikatakan kepadaku: “Engkau telah ditunjuki kepada fitrah” atau “Engkau telah menepati fitrah. Adapun sungguh seandainya engkau mengambil khamr, niscaya binasalah umatmu.” HR at-Tirmidzi (3130), Kitab Tafsir al-Qur`an dari Rasulullah, Bab Dan Dari Surah Bani Isra`il. Beliau berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.”

SEJARAH BATU TERGANTUNG
 Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah.
 Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.
 Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang dipanggil "Gua Arwah".
 Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya direka khas oleh seorang akitek Greek.
 Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra' (Dome of The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter.
 Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan masih ada di sana.
 Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an atau dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)
 Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk dan mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng Israiliyyat). Batu itu sebenarnya tidak terapung.
 Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar:
"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya tergantung".
 Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah menjadikannya seolah-olah terapung.
 Kesimpulannya, cerita batu yang tergantung itu merupakan cerita-cerita
Israiliyyat.
 Dikatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra' agar orang Islam dapat melupakan Masjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai.

PENDAPAT ULAMA MENGENAI ISRAK MIKRAJ
 Umat Islam secara ijma’ membenarkan terjadinya peristiwa israk dan mikraj Nabi Muhammad.
 Perbezaan pendapat terjadi pada sifat pelaksanaannya. Apakah ianya dilakukan sepenuhnya dengan jasad atau dengan roh sahaja.
a) Jumhur ulama: berlaku dengan jasad, dan sebahagian kecil sahaja yang berpendapat hanya dilakukan dengan roh atau mimpi
• Dalil yang menjadi sandaran ialah surah al-Israk: 1 dan surah al-Najm: 17.
b) Pendapat kedua: mengatakan berlaku dengan roh sahaja.

PENGAJARAN ISRAK MIKRAJ
• Menguji kebenaran iman orang-orang yang beriman
 Isra’ dan Mi’raj merupakan ujian bagi orang-orang islam dan bertujuan membersihkan saf mereka, kerana ketika diberitakan kepada kaum Quraisy tentang Isra’ dan Mi’raj maka sebahagian daripada orang-orang Islam teruji iman mereka malah ada di kalangan mereka yang murtad.

 Imam Ibnu Kathir meriwayatkan dari Qatadah bahawa: “Nabi SAW pergi ke Makkah dan memberitahu orang-orang Quraisy tentang perkara tersebut (Isra’ dan Mi’raj), maka ramai manusia yang mendustakan baginda SAW, dan sebahagian lagi murtad, sedangkan Abu Bakar As-Siddiq RA segera membenarkan baginda SAW, dan beliau bertanya kepada baginda SAW tentang sifat Baitul Maqdis, seraya berkata, “Sesungguhnya aku membenarkannya tentang berita langit pada waktu pagi dan petang, maka tidakkah patut aku membenarkannya tentang pengkhabaran Baitul Maqdis?” Maka sejak peristiwa tersebut beliau digelar sebagai sebagai As-Siddiq.

• Hubungan masjidil Aqsa dengan Masjidil Haram
• Kewajipan solat yang diserahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
• Menjauhi perkara mungkar dan maksiat
• Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan
• Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaanNya benar-benar bersemi di jiwa manusia
• Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua.
• Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis
• Kepentingan masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan umat Islam

HUKUM MENZIARAHI MASJIDIL AQSA
 Hukumnya sunat sama seperti menziarahi Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah
 Dari Abi Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda: “jangan menziarahi kecuali ketiga-tiga masjid: masjid saya ini (Masjid Nabawi di Madinah), Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa. (HR al-Bukhari dan Muslim)
 Dari Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah bersabda: “sembahyang di Masjidil Aqsa (pahalanya) sama dengan sembahyang lima puluh ribu kali, demikian pula sembahyang di masjidku (pahalanya) sama dengan sembahyang lima puluh ribu kali, sedang sembahyang di Masjidil Haram (pahalanya) sama dengan sembahyang seratus ribu kali. (HR Ibnu Majah).

SEJARAH RINGKAS KAUM YAHUDI
 Kaum Yahudi asal keturunan mereka daripada Nabi Ibrahim melalui Ya’kub anak kepada Ishak yang lebih dikenali sebagai Israel.
 Mereka terdiri daripada 12 puak atau suku-kaum, iaitu anak-anak Nabi Ya’kub.
 Selepas kaum Yahudi dibebaskan dan dikeluarkan dari perhambaan di Mesir oleh Musa, mereka mendirikan penempatan di dalam kawasan Tanah Yang Dijanjikan (*The Promised Land).
 Kemuncak kekuasaan mereka adalah semasa zaman Solomon/Sulaiman(as).
 Kaum Yahudi secara amnya licik dan sering menimbulkan permasalahan dan krisis membunuh para nabi, menokok-tambah undang-undang dan kitab-kita suci
 Kaum Yahudi berpendapat bahawa mereka adalah kaum atau golongan yang terpilih, di mana Tuhan hanyalah untuk bani Israel, secara eksklusif, dan bukan kepada bukan-Yahudi (Gentiles), dan boleh diperlakukan mengikut kehendak hati mereka.
 Mereka sangat bangga dengan daya intelek dan kebolehan, yang sehingga hari ini masih terserlah.
 Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 120

SEJARAH PENUBUHAN FREEMASON
 Freemason bermaksud pembina-pembina yang bebas. I
 adalah nama bagi pertubuhan rahsia yang ditaja oleh Yahudi yang bertujuan bagi menguasai bangsa lain.
 Mereka menggunakan pelbagai cara termasuk cara yang buruk dan ganas supaya dapat menguasai dunia dalam jangka panjang
 Penubuhannya penuh rahsia.
 Sesetengah berpendapat Freemason ini ditubuhkan pada zaman raja Herod Agrippa I (10 SM- 44 M) pada tahun 44 Masihi bersama beberapa orang pemerintah Yahudi bagi menentang perkembangan agama Kristian pada masa itu.
 Antara pemimpin-pemimpin Freemason adalah Hiram bin Damwab Lami.
 Pada zaman moden, pemimpin mereka dikenali Miribu yang salah seorang pemimpin Revolusi Perancis, Jan Jaga Rusu, Politiu, Jurji Zaidan dan Karl Marks yang menjadi pengasas komunis.
Dasar-Dasar Dan Ajaran
Antara fahaman dibawa oleh Freemason ini adalah:
 Mengingkari Allah, para rasul, kitab-kitab dan perkara-perkara ghaib. Mereka menganggap semua itu sebagai karut dan dongeng.
 Berusaha ke arah menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang tidak dapat dipengaruhi dengan segala cara
 Mengharuskan perkara yang haram seperti zina dan memperalatkan wanita bagi mempengaruhi pemerintah.
 Mewujudkan jurang bangsa selain Yahudi kepada beberapa kelas. Mereka menganggap bangsa selain Yahudi bertaraf rendah dan berusaha melaga-lagakan mereka dengan mencetuskan perang dan sebagainya.
 Membekalkan senjata kepada kumpulan-kumpulan pemberontak.
 Menimbulkan perbalahan-perbalahan kaum dibeberapa buah negara dunia.
 Meruntuhkan akhlak dengan pelbagai cara seperti menggunakan media massa dengan membiaya dan menganjur sesuatu program. Ia bertujuan menimbulkan kegelisahan orang ramai yang berpegang pada agama dan berakhlak baik dengan menubuhkan unsur-unsur kekufuran dan keganasan.
 Menggalakkan rasuah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan. Mereka melakukan kegiatan-kegiatan itu bagi memperalatkan golongan eksekutif.
 Menjerat dan mengumpan pemimpin-pemimpin dan orang yang berpengaruh dalam masyarakat sehingga mereka terpaksa tunduk kepada Freemason.
 Menubuhkan beberapa persatuan dan pertubuhan yang dapat menarik golongan kenamaan supaya masuk ke dalam perangkap mereka. Contohnya pertubuhan Lions, Rotary dan sebagainya.
 Mempengaruhi belia-belia melalui kegiatan tertentu seperti sukan, pelancongan dan sebagainya.
 Mempengaruhi kerajaan supaya menaungi kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan.
 Melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi yang menyesatkan.
 Mempengaruhi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dalam pelbagai bidang samada politik seperi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ekonomi dan masyarakat.

Sumber

Tiada ulasan:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox