½ CAWAN MARJERIN ½ CAWAN GULA KASTOR ½ CAWAN TEPUNG JAGUNG 1 BIJI KUNING TELUR SEDIKIT BAKING POWDER SEDIKIT ESEN PISANG SEDIKIT PEWARNA MERAH 2 SUDU BESAR AIR
MASUKKAN ESEN PISANG, PENCELUP MERAH SATU PENUTUP, DIGAUL MENGIKUT LEMBUT DAN BUBUH AIR
BULATKAN SEBESAR SYILING 50SEN DAN MASUKKAN INTI PEANUT BUTTER KEDALAMNYA DAN BENTUKKAN LAH DOH TADI MENYERUPAI CILI
CUCUKKAN DENGAN LIDI UTK MEMBUAT LUBANG DI TAMPUK NYA UNTUK DILETAKKAN TANGKAI SETELAH DIBAKAR NANTI
BAKARADUNAN SELAMA 20MIN – 170`C
SETELAH MASAK CUCUK KAN KEMBALI LUBANG TADI SUPAYA IANYA TIDAK TERTUTUP (CUCUK KETIKA BISKUT MASIH PANAS)
SEJUKKAN KIRA-KIRA 3 JAM SEBELUM MEMBUAT KULITNYA
BAHAN-BAHAN (INTINYA) ½ CAWAN GULA AISING ½ CAWAN PEANUT BUTTER (Kesemua bahan inti digaul sebati) BAHAN-BAHAN (KULITNYA) 20 GM AGAR-AGAR 150 GM GULA BATU 1½ CAWAN AIR SEDIKIT PENCELUP MERAH SEDIKIT ESEN ROSE CARA-CARA
BAHAN-BAHAN TADI HENDAKLAH DIMASAK SEPERTI KITA MEMBUAT AGAR-AGAR
SETELAH AGAR-AGAR2 BENAR2 CAIR, MASUKKAN KE DALAM MUG BESAR
CUCUKKAN BISKUT TADI DENGAN LIDI SATE, DAN DICELUPLAH KEDALAM MUG YG BERISI AGAR2 TADI…
KERINGKAN BISKUT YG SUDAH DICELUP TADI DI DALAM MUG YANG LAIN…
JIKA TIDAK BERKILAT, ULANGLAN SEHINGGA 2-3 KALI
SETELAH SIAP, AMBIL TANGKAI CILI MUDA DAN DICUCUK LIDI PENCUNGKIL GIGI SERTA DIMASUKKAN KE DALAM LUBANG YG SUDAH DIBUAT SEBELUM BISKUT DIBAKAR……
✍ Hanya dengan beriklan anda mampu pasarkan produk atau servis kepada pasaran global, malahan setiap kali anda mengajak rakan bisnes anda beriklan disini anda turut mendapat keuntungan. Web iklan jual beli ini sama seperti mudah.my yang menduduki tangga ke 10 web teramai pengunjung di Malaysia. Web ini dikenali SP Ads yang mana fungsi dan peranannya sama seperti mudah.my malahan SP Ads mencipta peluang kepada pengiklan untuk membuat keuntungan berganda.
Bagaimana???
✍ SP Ads menawarkan pakej iklan serendah RM10 untuk 1 produk / iklan bagi tempoh 3 bulan, pakej iklan RM50 untuk 3 produk / iklan bagi tempoh 6 bulan dan pakej RM100 untuk 5 produk / iklan bagi tempoh setahun. Dalam tempoh tersebut anda boleh menukarkan produk / iklan anda seberapa kerap yang anda suka.
✍ Disamping itu setiap kali anda mengajak rakan untuk beriklan disini anda turut dibayar sebagai upah mengajak atau mempromosikan web ini. Jika rakan anda membeli pakej RM10 anda dibayar RM5, jika rakan anda membeli pakej RM50 anda dibayar RM25 dan jika rakan anda membeli pakej RM100 anda dibayar RM50.
✍ Amat lumayan dan yang lebih penting, SENANG DAN TIDAK BERISIKO !!!
B adalah button untuk SIMPAN perubahan pada TEMPLATE
C adalah fitur baru yang akan banyak membantu, iaitu LOMPAT ke code WIDGET
D dan E adalah tombol TOGGLE MODE untuk melihat versi HTML dan melihat versi 'ktrampilan' browser
F adalah button untuk menghilangkan perubahan yang sudah kita lakukan dalam satu pengeditan
H adalah button untuk mengembalikan perubahan yang sebelumnya sudah kita lakukan tapi hilang karena pemformatan
G adalah button untuk mengembalikan widget ke seting default
Ada dua perkara yang perlu kita perhatikan iaitu buttonlompat ke widget dan arrow berwarna hitam ► pada baris code.
#Buttonlompat ke widget Button ini boleh bantu kita utk ke code widget di template. Kita klik button tersebut dan akan terbuka dropdown untuk melompat ke code HTML widget yang kita inginkan....
Klik pd gambar utk lebih jelas
Yang jadi masalah ialah bila tiba di code HTML widget tersebut,....kita akan jumpa code yang padat di ruangan yang bertanda ►... lihat gambar di bawah ini....
Klik pd gambar utk lebih jelas
Nampak tak arrow hitam kecil ► dalam petak merah di atas?....
#Button Arrow Hitam Kecil ►
Button ► ini adalah fitur baru yang akan membuka setiap code untuk lebih detail lagi. Sekiranya setelah kita klik masih lagi ada button ► di dalamnya, maka klik lagi button ► tu hingga semua code widget yang kita inginkan terbuka penuh.
Jika sudah terbuka penuh sekarang kita dah boleh mengedit code pada widget tersebut.
PENGGANTI EXPAND WIDGET TEMPLATE
Yang jadi masalah dan cukup mengganggu jika kita nak edit kode yang terlalu panjang dan mempunyai begitu banyak ► ketika itulah kita memang mengharapkan button expand widget...
Sebenarnya kita boleh buka semua kode dengan cara yang sangat mudah....
Klik kursor di dalam barisan code mana saja....
Tekan CTRL+A untuk mengeluarkan semua code
Tekan CTRL+C untuk mengcopy semua code
Tekan tombol DEL pada keyboard untuk menghapus semua code, dan
Terakhir tekan CTRL+V untuk pastekan semua code
Code yang dipaste ini akan terbuka penuh dan tidak ada panah hitam kecil, jadi hasilnya lebih kurang sama dengan tombol checkbox EXPAND WIDGET TEMPLATE yang ada pada EDIT HTML template blogspot yang lama....
Kita juga boleh gunakan button LOMPAT KE WIDGET bila semua code sudah terbuka, ini akan membantu kita untuk mengedit TEMPLATE.
CARA MENCARI CODE DI EDIT HTML BLOGSPOT (WAJAH BARU)
Kita dah tak boleh lagi mencari code dengan menggunakan CTRL+F pada browser, .... jadi klik dulu di antara barisan kode dan klik CTRL+F. Atau pun klik pada mana2 code html kemudian tekan CTRL+F... nanti akan muncul kotak search di sudut kanan atas jendela kode HTML.
Di situlah kita masukkan kode yang akan kita cari, kemudian tekan enter. Untuk lebih jelas lihat gambar di bawah ini....
Klik pd gambar utk lebih jelas
Jika kita belum jumpa code yang kita inginkan, tekan enter sampai jumpa...
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama :
“Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata:
”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda:
“Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata:
”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata:
“Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 1. Dipandang hebat dan berwibawa. 2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri. 3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba. 4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir. 5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar. 6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk. 7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan: a. Solat hajat. b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan. c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan. 2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣ Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”. - Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya. Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan. Wallahua’lam bish showab والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته sumber - Shafiqolbu
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
TIDAK dinafikan ramai yang mengagumi kecantikan tubuh badan aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Pengakuan Jolie melalui artikel bertajuk My Medical Choice yang diterbitkan oleh New York Times, telah mengejutkan dunia apabila memberitahu bahawa beliau menjalani kaedah mastektomi membuang kedua-dua payu daranya untuk mengelak diserang kanser payu dara.
Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payu dara. Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu.
Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payu daranya. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.
"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun," katanya.
"Risiko saya mendapat kanser payu dara telah menurun daripada 87 peratus kepada lima peratus sahaja," kata.
Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87 peratus untuk menghidap kanser payu dara.
Proses pembuangan payu daranya itu bermula pada 2 Februari lalu. Menurutnya, dua minggu kemudian, dia membuang tisu payu daranya. Jolie berkata, sembilan bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payu dara dan memasukkan implan.
"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.
Walaupun telah menjalani mastektomi, aktres tersohor itu bagaimanapun masih mempunyai peluang lima peratus diserang kanser payu dara . Jolie juga kini dilaporkan tidak akan teragak-agak membuang rahimnya untuk mengelak diserang kanser rahim pula.
Kanser payu dara LAZIMNYA dikaitkan dengan kaum wanita, walaupun terdapat sebilangan kecil daripada kaum Adam yang menghidapinya.
Pengalaman mereka yang pernah menghidap kanser ini, sudah pasti trauma atau umpama mimpi ngeri dan tidak ingin berulang ke atas diri sendiri lagi.
Manakan tidak, mereka yang ingin membuang barah tersebut terpaksa membuat pilihan sama ada kehilangan payu dara atau menempah maut.
Hal inilah yang seringkali membelenggu kebanyakan penghidap kanser payu dara terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.
Tindakan berani Angelina Jolie menunjukkan beliau tidak mahu kehilangan nyawa kerana kanser sebaliknya dia sanggup membuang payu dara walaupun belum disahkan menghidap kanser.
Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah, Jolie mengambil keputusan yang baik dengan membuang payu daranya kerana dia mengetahui dirinya berisiko tinggi menghidap kanser kerana faktor genetik. Pun begitu, tidak bermakna dengan membuang payu dara, bahagian organ badan lain tidak berisiko diserang kanser. Dalam hal ini, usaha Jolie dilihat positif kerana cuba mencegah daripada diserang kanser payu dara walaupun keputusan ini sangat sukar dilakukan terutamanya mereka yang sudah disahkan menghidap kanser.
Dr. Jonah memberitahu, ramai pesakit walaupun sudah berada di peringkat kanser serius tidak mahu membuang payu dara mereka kerana malu dan takut disisihkan keluarga dan masyarakat.
Jelasnya, lebih teruk daripada itu, terdapat juga sesetengah wanita yang langsung tidak menyedari bahawa payu daranya telah diserang barah walaupun telah berulang kali menjalani pemeriksaan di hospital atau pemeriksaan sendiri payu dara (PSP).
"Setiap wanita perlu mencegah di peringkat awal lagi. Lebih selamat ialah dengan cara menjalani proses pengimbasan kanser menggunakan pengimbas mammografi yang mampu mengesan ketumbuhan membabitkan kanser payu dara pada peringkat awal dengan tepat.
Dalam kes ini, wanita yang berusia 40-an lebih sesuai untuk kaedah mamogram," ujarnya yang ditemui di Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Ramai yang tidak tahu mereka berpeluang untuk mendapatkan payu dara baru dengan kaedah implan dan pembentukan semula payu dara .
"Sikap wanita tersebut tidak boleh disalahkan ini kerana setelah beberapa tahun hidup tanpa payu dara mereka telah pasrah dan mula menganggap hidup mereka tidak lagi bermakna ekoran seringkali berhadapan dengan tekanan yang bersifat psikologi. Dalam hal ini, sokongan keluarga terutamanya suami sangat penting," katanya.
Tambah beliau, perasaan sedemikian tidak perlu timbul lagi kerana kemajuan bidang perubatan dunia tidak pernah menyisihkan golongan ini.
Malah, kajian demi kajian dijalankan oleh pakar berkaitan semata-mata mencari penawar penyakit tersebut.
"Kini wanita boleh tampil semula lengkap dengan pakej 'wanita sejati' melalui proses pembentukan dan pengimpalan semula payu dara atau 'breast reconstruction' yang telah sinonim dengan pesakit kanser payu dara di Eropah.
"Malaysia agak lewat sedikit kerana saya difahamkan kebanyakan pesakit tidak mendapat pendedahan khusus mengenai peluang mendapatkan payu dara baru daripada pakar-pakar yang merawat mereka," katanya.
'Breast reconstruction' adalah pembedahan atau pengimpalan payu dara untuk mengembalikan semula bentuknya selepas kedua-dua atau separuh daripada payu dara pesakit kanser musnah oleh sel-sel barah hinggakan ia terpaksa dibuang sepenuhnya (mastectomy) atau separuh sahaja (lupectomy).
Dalam pada itu, Dr. Jonah menasihati wanita supaya mengenali simptom-simptom kanser payu dara termasuk ketulan dalam payu dara , perubahan dari segi saiz dan bentuk payu dara serta pengeluaran bendalir daripada puting.
"Pengesanan kanser payu dara awal boleh dilakukan menerusi pemeriksaan sendiri atau melalui mamografi dari semasa ke semasa. Kesemua kaedah ini membantu mengesan kanser lebih awal.
Rawatan kanser payu dara antaranya termasuk radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan mastektomi. Mastektomi adalah sejenis pembedahan yang selamat dengan sebilangan besar pesakit pulih tanpa sebarang komplikasi.
Seperti pembedahan, tiada satu yang boleh dilakukan tanpa risiko. Antara risikonya bagi sebarang pembedahan termasuk pendarahan, jangkitan atau kecederaan pada kawasan berdekatan dengan tisu-tisu," ujarnya.
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Sumber : Utusan Online
BUAH pinggang atau ginjal berfungsi sebagai penapis darah yang menyingkirkan bahan buangan tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Ia turut berfungsi mengekalkan keseimbangan jumlah cecair dalam tubuh, mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon bagi memastikan tulang kuat dan darah sihat.
Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang biasa dikeluarkan tubuh melalui air kencing akan kekal dalam darah, menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah, keletihan, lemah badan dan penurunan berat badan.
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan dan berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang.
Diabetes antara sebab utama berlakunya CKD. Lebih sejuta penduduk Malaysia mengalami diabetes, manakala 75 peratus daripadanya mengalami kegagalan buah pinggang akibat diabetes. Faktor yang menyumbang kepada CKD ialah sakit jantung, gout dan darah tinggi dan penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan.
Pakar diet Pusat Perubatan Tropicana, Wong Pei Lee berkata, amalan pemakanan yang baik penting bagi mengelakkan penyakit buah pinggang, antaranya makan makanan mengandungi kalori dan nutrien mencukupi, pengambilan protein sederhana, kurangkan pengambilan garam, kurangkan pengambilan potasium dan fosfat serta mengawal kadar gula dalam darah jika mengalami diabetes.
Mengawal pengambilan protein mungkin melambatkan proses kerosakan buah pinggang ke tahap lebih teruk mahupun keperluan melakukan dialisis. Pesakit CKD perlu mengelakkan diet tinggi protein.
Antara sumber makanan berprotein tinggi ialah daging, ayam, ikan, produk tenusu, telur dan produk soya (susu kacang soya dan tofu).
Hadkan pengambilan potasium kerana apabila kadar potasium tinggi, ia boleh menyebabkan lemah jantung, degupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas.
Elakkan pengambilan makanan mengandungi potasium tinggi seperti bijirin gandum penuh, roti dan biskut, tomato puri, daging, ekstrak sayuran dan kiub stok, kekacang, gula perang, buahan dalam tin, kopi atau teh, koko, minuman berasaskan malta dan susu.
Bagi mengurangkan kandungan potasium dalam makanan, pastikan semua sayuran mesti dimasak, rebus dan toskan airnya. Sebelum memasak sayuran, potong ia dalam saiz kecil, rendam di dalam air, toskan dan jangan masak sayuran berkuah atau gulai.
Pengambilan sodium juga perlu dikurangkan. Hadkan pengambilannya kurang daripada 2,000 miligram sehari atau kurang daripada satu sudu teh sehari. Sodium ditemui dalam garam, makanan diproses, sos dan secara semula jadi terdapat dalam tumbuhan dan produk haiwan.
Terlalu banyak mengambil sodium akan menyebabkan seseorang berasa haus dan sukar mengawal pengambilan cecair, sedangkan pesakit CKD perlu mengehadkan pengambilan minuman atau cecair.
Banyaknya kandungan cecair (air) menyebabkan tubuh membengkak dan memberi masalah kepada tekanan darah yang akhirnya menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang. Pilih herba semula jadi dan rempah, makanan tiada garam, cuka, lemon, halia atau bawang putih sebagai perasa.
Panduan mengurangkan pengambilan garam ialah ketika memasak, pilih makanan segar berbanding makanan dalam tin, disalai, mempunyai bahan pengawet atau makanan yang mengandungi kadar garam tinggi.
Gunakan garam dengan jumlah minimum, rasa makanan sebelum menambah garam atau bahan perisa, elakkan menggunakan kiub stok, belacan, tomato, sos cili dan kicap. Ketika makan di luar, elakkan menambah kicap dalam makanan yang dipesan, elakkan menghirup sup dan pesan makanan berkuah.
Tahap fosfat tinggi dalam darah menarik kalsium daripada badan, menjadikan tubuh lemah dan tulang rapuh dan sakit sendi, selain menyumbang kepada masalah penyakit tulang.
Elakkan pengambilan makanan mengandungi fosfat tinggi seperti produk tenusu (sus, keju dan yogurt), produk bijirin (oat, muesli, roti atau biskut bijirin penuh dan beras perang), produk makanan kering (ikan bilis, ikan kering, udang kering dan cendawan kering), daging dan organ dalam haiwan seperti hati dan limpa, sardin, kaki atau tulang ayam, telur kuning dan kekacang.
Selain itu, elakkan juga pengambilan coklat, minuman koko, air berkarbonat, kelapa dan produk berasaskannya seperti kaya, rumpai laut dan keropok ikan atau udang.
Mengehadkan pengambilan cecair penting bagi pesakit CKD. Sumber cecair yang ketara ialah air minuman, susu, jus, sup, bubur, kopi, teh, minuman ringan, minuman yogurt, jeli, ais krim, ais, kuah dan kastard.
Bagi mengatasi masalah pengambilan cecair berlebihan, minum air dalam gelas kecil dan makan gula-gula atau gula getah untuk merangsang pengeluaran air liur. Bilas mulut dengan air tetapi jangan telan air berkenaan.
Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam ( 10 malam waktu Malaysia ).
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.
"Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
"The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.
Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan.
Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.
"So, all twelve had to stay then ," balasnya.
"I understand the situation, law is a law but don't forget, these are human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before making further decision," balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam.
"Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh," ujar doktor terbabit.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh petugas di situ.
Beberapa minit kemudian tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.
"Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan, Norhamiza.
Saya perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down.
Barangkali dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.
Keputusan muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.
"The captain doesn't allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala pulang ke Malaysia.
Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga tidak berupaya menahan deraian airmata tumpah di pipi.
"Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi. Kalau hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan," kata saya spontan kepada semua penumpang sedang beratur untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa, tanpa berfikir panang, mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket serta beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.
Hebat sungguh warga Malaysia. Memori sebegitu bakal terus terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan. Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.
Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada kawasan itu.
Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang tunai.
Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.
Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya tidak segan untuk merayu ...
"Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air Asia boleh mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama seperti Tan Sri. Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang untuk pulang. Jika penumpang tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat Malaysia"
Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau diperlukan.
Saya bukan Richard Branson and I don't wear skirt.
Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau dan kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani kesengaraaan bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan and Maryam are humans.
Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan terbang.
Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat. Melihat reaksi wajahnya gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat menjangkakan kes itu terlalu asing bagi dirinya.
"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu," pinta saya.
Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.
"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis tinggi lampai itu.
"Adakah kapten mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi memaklumkan saya dan keluarga Izan, kapten tidak membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal saya.
"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan," akui Kasturi.
Kapten bertugas, Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.
Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.
"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon, Izan berkata, kakitangan Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen teksi dan berkata, I am sorry. Izan kemudian terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May Flower Hotel, tempat kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan ke Vietnam," tambah Norhamiza.
"Jadi tidak benarlah kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?," tanya saya kepada ahli perniagaan itu.
"Tidak," balasnya ringkas.
"Apakah pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.
"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam membawa penyakit, sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi untuk Maryam melakukan pemeriksaan darah di hospital di Vietnam? Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?