Jumaat, Mei 31

Biskut Cili


BAHAN-BAHAN (BADANNYA)
2 CWN TEPUNG GANDUM
½ CAWAN MARJERIN
½ CAWAN GULA KASTOR
½ CAWAN TEPUNG JAGUNG
1 BIJI KUNING TELUR
SEDIKIT BAKING POWDER
SEDIKIT ESEN PISANG
SEDIKIT PEWARNA MERAH
2 SUDU BESAR AIR


CARA-CARA

  • KACAU MARJERIN DAN GULA HINGGA KEMBANG
  • MASUKKAN KUNING TELUR DAN DIKACAU LAGI
  • MASUKKAN TEPUNG (TEPUNG GANDUM + TEPUNG JAGUNG + BP – DIAYAK)
  • MASUKKAN ESEN PISANG, PENCELUP MERAH SATU PENUTUP, DIGAUL MENGIKUT LEMBUT DAN BUBUH AIR
  • BULATKAN SEBESAR SYILING 50SEN DAN MASUKKAN INTI PEANUT BUTTER KEDALAMNYA DAN BENTUKKAN LAH DOH TADI MENYERUPAI CILI
  • CUCUKKAN DENGAN LIDI UTK MEMBUAT LUBANG DI TAMPUK NYA UNTUK DILETAKKAN TANGKAI SETELAH DIBAKAR NANTI
  • BAKAR ADUNAN SELAMA 20MIN – 170`C
  • SETELAH MASAK CUCUK KAN KEMBALI LUBANG TADI SUPAYA IANYA TIDAK TERTUTUP (CUCUK KETIKA BISKUT MASIH PANAS)
  • SEJUKKAN KIRA-KIRA 3 JAM SEBELUM MEMBUAT KULITNYA



BAHAN-BAHAN (INTINYA)
½ CAWAN GULA AISING
½ CAWAN PEANUT BUTTER
(Kesemua bahan inti digaul sebati)



BAHAN-BAHAN (KULITNYA)
20 GM AGAR-AGAR 
150 GM GULA BATU
1½ CAWAN AIR
SEDIKIT PENCELUP MERAH
SEDIKIT ESEN ROSE

CARA-CARA

  • BAHAN-BAHAN TADI HENDAKLAH DIMASAK SEPERTI KITA MEMBUAT AGAR-AGAR
  • SETELAH AGAR-AGAR2 BENAR2 CAIR, MASUKKAN KE DALAM MUG BESAR
  • CUCUKKAN BISKUT TADI DENGAN LIDI SATE, DAN DICELUPLAH KEDALAM MUG YG BERISI AGAR2 TADI…
  • KERINGKAN BISKUT YG SUDAH DICELUP TADI DI DALAM MUG YANG LAIN…
  • JIKA TIDAK BERKILAT, ULANGLAN SEHINGGA 2-3 KALI
  • SETELAH SIAP, AMBIL TANGKAI CILI MUDA DAN DICUCUK LIDI PENCUNGKIL GIGI SERTA DIMASUKKAN KE DALAM LUBANG YG SUDAH DIBUAT SEBELUM BISKUT DIBAKAR……

















credit : Resepi Bunda
















Tiada ulasan:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox