Khamis, Mac 14

Takwim Dunia Islam





Takwim Hijrah

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Kedua-dua bulan ini berkaitan dengan perang. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna bulan ke-10.

Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ystemr kerana pada dua bulan tidak ada kegiatan kehidupan bermakna bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Lain halnya dengan bulan pada Hijrah. Ia dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Syits dengan ketetapan Allah. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.



Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah

Sejak dahulu, sebelum datangnya Islam, Bangsa Arab telah menggunakan tahun Qamariah. Hanya tidak semua masyarakat jahiliah di seluruh Semenanjung Arab sepakat dalam menentukan kalendar tertentu, sehingga pentarikhan mereka berbeza-beza. Meskipun begitu, mereka mengenali kalendar Qamariah dan mereka menggunakan konsep ini untuk membuat pentarikhan bagi suku mereka masing-masing.

Kalendar Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama). Mereka menetapkan bulan Muharram sebagai awal tahun. Mereka juga menetapkan empat bulan haram (bulan suci). Mereka menghormati bulan-bulan haram ini. Mereka jadikan empat bulan haram sebagai masa dilarangnya berperang antara-suku dan golongan.


Nama Asal Bulan ~ Pada Kalendar Qamariah
Jadual berikut merupakan senarai nama-nama bulan Qamariah dari pelbagai versi:

NoKalendar Kaum Tsamud    (Dari Riwayat Al-Azdi)Kalendar Sebelum Kedatangan Islam (Dari Riwayat  Al-Bairuni)Kalendar Sebelum Kedatangan Islam  (Dari Riwayat  Al-Mas’udi)Kalendar Sejak Tahun 412 H
1MujabAl-Mu’tamirNatiqMuharram
2MujirNajirTsaqilSafar
3MuridKhawwanThaliqRabi’ul Awal
4MulzimShuwan / BushonNajirRabi’ul Ahir
5MashdarHantam / Hanin / RunnaSimahJamadil Ula
6HawbarZubaAmnahJamadil Akhir
7HubalAl-AshamAhlakRajab
8MuhaAdilKusaSya’ban
9DimarNafiq / NathilZahirRamadhan
10DabirWaghil / WaghlBurthSyawal
11HaifalHawa’/ RannahHarfZulqa’dah
12MusbilBurkNa’asZulhijjah


Panamaan bulan Qamariah yang berlaku saat ini-menurut pendapat yang kuat-telah ada sejak awal abad kelima Masehi. Ada yang mengatakan, bahawa yang menetapkan pertama kali adalah Ka’ab bin Murrah, datuk kelima Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Ada lima bulan (Rabi’ul Awal, Jamadil Akhir, Jumadil Awal, Jamadil Akhir, dan Ramadhan) yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut:-

1. Rabi’ul Awal dan Akhir diambil dari kata “rabi yang bermaksud ‘bunga’ kerana ketika penamaan bulan Rabi’ bertepatan dengan musim semi.

2. Jumadil Ula dan Akhirah diambil dari kata “jamad” yang ertinya ‘beku’, kerana pada ketika penamaan bulan ini bertepatan dengan musim sejuk, yang saat itu air membeku.

3. Ramadhan diambil dari kata “ramdha” yang bermaksud’ sangat panas ‘, kerana penamaan bulan ini bertepatan dengan musim panas.

Tujuh bulan yang lain dinamakan dengan nama keadaan masyarakat dan kitaran sosial:-

1. Muharram dari kata “haram” yang bermaksud ‘suci yang terlarang’ kerana bulan ini termasuk salah satu di antara empat bulan suci dan dilarang berperang.

2. Safar diambil dari kata “shifr” yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Dinamakan “Safar”, kerana pada bulan ini rumah-rumah banyak yang kosong ditinggalkan penghuninya untuk berperang.

3. Rejab bermaksud ‘mengagungkan’ kerana masyarakat jahiliah sangat menghormati bulan ini, dan dijadikan sebagai masa sangat dilarang untuk berperang. Kerana itu, mereka menyebut bulan ini dengan “Rajab Al-A’sham” (Rajab yang sunyi).

4. Syaaban diambil dari kata “sya’bun” yang ertinya ‘kelompok’ atau ‘golongan’. Disebut Sya’ban, kerana pada bulan ini masyarakat jahiliah berpecah, membentuk kelompok-kelompok untuk melakukan peperangan, setelah mereka meninggalkan perang di bulan Rejab.

5. Syawal diambil dari kata “syalat” yang bermaksud ‘mengangkat’ kerana bulan ini adalah musim di saat unta betina mengangkat ekor mereka kerana tidak mahu dikawini unta jantan.

6. Zulqa’dah diambil dari kata “al-qa’du” yang bermaksud ‘duduk’. Pada bulan ini, masyarakat jahiliah mula menetap di rumah dan tidak melakukan peperangan, kerana bulan ini merupakan awal dari tiga rangkaian bulan haram.

7. Zulhijjah diambil dari perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini iaitu waktu masyarakat Arab sibuk mengerjakan ibadah haji ke Baitullah.


Cara Menukar Kalendar Masihi ke Tarikh Hijrah

Ramai yang masih tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar mereka dilahirkan dalam bulan Islam / Hijrah kerana kebanyakan dari kita hanya mengambil tahu tentang hari kelahiran menggunakan kalendar masihi sahaja dan cuma segelintir dari kalangan kita sahaja yang tahu bila sebenarnya tarikh lahir mereka mengikut kalendar Hijrah Islam.

Tidak kurang juga ada yang bersedih dalam bulan Februari ini terutama mereka yang dilahirkan pada 29 Feb… kononnya hanya dapat meraikan ulang tahun kelahiran 4 tahun sekali. Masalah ini boleh di selesaikan melalui Takwim Islam iaitu kiraan tarikh berdasarkan peredaran bulan (Qamariah).

Terdapat suatu perisian mudah dari web Islamicity bagi menukarkan sesuatu tarikh daripada Kalendar Masihi kepada Kalendar Hijrah. ‘Converter’ ini memboleh dan memudahkan kita mengetahui tarikh lahir dan juga mengesan tarikh2 yang penting di dalam bulan Islam / Hijrah.

Bagaimana untuk mengetahui bilakah tarikh2 tersebut mengikut kalendar Hijrah? Jom kita klik pada gambar berikut :




                               وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

sumber : shafiqolbu

Tiada ulasan:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox