Selasa, Mac 20

SUKA DAN BENCI

       "Kenapa mereka kaya ? Cantiknya benda tu . Sukalah kat kereta tu." Atau...."Ah! Macam ni kau kata elok untuk aku . Aku tak sukalah  kerja tu . Benda tu tak layak bagi aku."
       Mungkin perkataan begini agak biasa bagi kita . Sentiasa terjadi dalam kehidupan seharian . Sehingga mudah untuk kita meletakkan hukuman atau pilihan tanpa memikirkan dengan teliti . Sedangkan akal kita adalah terbatas.

       Pandangan kita sering tersilap,apabila yang memandang itu bukanlah dari mata hati . Kita hanya memandang dari mata kepala . Lantas sesuatu yang sememangnya baik bagi kita,dengan mudah dibakulsampahkan . Manakala yang tidak baik,mudah pula kita dampingi dan dekati.

       Firman Allah s.w.t yang bermaksud; "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu .Boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu . Ingatlah Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya." - Surah al Baqarah : 216

       Kita sering memandang sesuatu perkara dengan mata kepala sendiri sahaja. Tanpa cuba melihatnya dengan hati yang bersandarkan kepada keimanan. Maka,mungkin pertimbangan kita sering tersasar.

       Metafora pertama,katakanlah kekayaan. Mengaku sahajalah,tiada siapa sebenarnya yang tidak suka kepada kekayaan. Ramai yang ingin menjadi kaya. Namun bagaimana seandainya sejak kecil sehingga dimamah usia,mereka masih belum kaya-kaya lagi.

       Hidup hanya sekadar cuma. Hati mungkin membenci dan mempersoalkan,mengapa mereka tidak mengecapi kekayaan harta benda sedangkan pelbagai usaha telah dilakukan.

       Sebaliknya,andai mata hati yang melihat,pasti terdapat hikmah di sebaliknya. Begitulah kasih sayang Allah s.w.t kepada hambaNya. Bukannya Dia tidak mampu untuk memberikan kekayaan kepada setiap hamba,tiada apa yang mustahil bagi Yang Maha Kaya. Namun,itulah yang terbaik dari Ilahi.

      Metafora kedua adalah kereta. Hari ini andai ditanya kepada orang ramai,apakah kereta impian mereka?Lantas pelbagai jenama kereta akan disebutkan. Lazimnya  tiada siapa meletakkan model kereta paling murah sebagai impian masing-masing. Semua menyatakan jenama yang mahal-mahal belaka. Pada hakikatnya kita memang begitu. Ketika kemampuan terbatas,impian kita sebesar gunung. Tetapi kebiasaannya,yang digunakan hari ini adalah kereta sederhana sahaja. Mengapa begitu?


      Boleh jadi dengan memiliki kereta impian,kita akan mudah terleka,bahkan lalai dari melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ia juga boleh menyebabkan kita  berasa bongkak dan angkuh. Lebih hebat akan menjadi bebanan pada masa akan datang. Hari ini mungkin kita tidak dapat melihatnya,namun Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hambaNya. Kereta murah dan kecil yang ditawarkan kepada kita barangkali itulah yang terbaik buat kita. Walaupun begitu terdapat pelbagai hikmah yang tersembunyi di sebalik semuanya.

      Metafora yang ketiga adalah perintah Yang Maha Esa. Kita dikurniakan akal dan juga nafsu. Biarpun nafsu sering membayangkan keindahan kepada kita,tetapi ia tetap membawa kita jauh dan semakin jauh dariNya. Ketika perintah dan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita,hati serta jiwa mungkin terlaku berat untuk melaksanakannya. Jika kita tetap melakukan juga,akhirnya ia akan membawa kebaikan kepada kita kelak,walaupun pada awalnya kita membenci.

      Sebagai contoh ialah solat,ia merupakan benteng kepada kita agar dapat menghindari perbuatan keji dan mungkar. Malangnya ada di kalangan kita yang membenci solat sehingga mengabaikan perintah tersebut. Andai dilaksanakan sekalipun pasti dengan hati yang berat,sedangkan solat sangat baik untuk kita.

      Benarlah, sesuatu yang paling disukai belum tentu baik untuk kita. Manakala sesuatu yang dibenci pula,barangkali itulah yang terbaik buat kita. Kata orang,perkara yang paling dibenci akhirnya itulah yang akan menjadi perkara yang paling kita suka dan perkara yang paling disukai akhirnya menjadi perkara
yang .paling dibenci.

Isnin, Mac 19

SUKARNYA KITA MENGAKUI KESILAPAN

      "Lubang tu la . Seluas-luas tanah,dekat situ pula dia ada . Tak pasal-pasal kaki berdarah," kata seorang kanak-kanak kepada ibunya . Matanya turut mengalirkan air mata . Darah yang keluar dari luka memang banyak . Pedih pula terasa apabila diletakkan ubat.


     "Betul tu,lubang tu besar sangat kan?Kesian anak mak . Nanti kejap lagi mak akan pukul lubang tu dengan cangkul . Mak kambus terus pun boleh,"bela si ibu sambil menjeling ke arah lubang yang dimaksudkan.

  Entah siapa yang menggali lubang berkenaan,getus hati si ibu lagi.Benar,ibu mana yang sanggup melihat anaknya menangis.Apatah lagi mengalami luka sehingga berdarah.Lagi pun bukan salah anaknya.Tidak sengaja kaki terjerumus ke lubang berkenaan.Jika lubang itu adalah manusia,pasti akan dimarahinya.


     "Kamu dah tahu ada lubang dekat situ,tapi kat situ jugaklah kamu pergi.Bukan salah lubang tu.Kamu tu yang tak berhati-hati,"sampuk sang ayah sambil berlalu pergi,sementara si ibu dan anaknya hanya mendiamkan diri.


    Begitulah... .Mungkin kita sendiri kurang menyedari.Semenjak kecil kita dilatih untuk menyalahkan sesuatu yang lain.Malah,kita sering menyalahkan orang lain walaupun kesilapan berkenaan disebabkan kelemahan diri sendiri.


   Lihatlah di sekeliling.Kita mungkin mengakui hakikat berkenaan.Bagaimana seorang pemain bola menyalahkan padang ketika pasukannya kalah.Sama seperti seorang pekerja menghambur cacian kepada majikannya,sedangkan dia yang tidak berdisiplin.Begitu juga apabila seorang suami menyalahkan isterinya sebagai punca dinginnya hubungan,sedangkan dia sebenarnya  yang tidak mempunyai ilmu tentang pengurusan rumahtangga.


   Ketika keadaan terdesak,kita akan mencari 1001 alasan demi melepaskan diri daripada sebarang  kesulitan atau musibah yang bakal menimpa.Lantas kita akan merasa selesa seandainya tidak dipersalahkan,biarpun alasan yang diberikan telah menyebabkan kita terpaksa menipu.Lebih teruk lagi,kita salahkan orang lain pula.Akhirnya,orang lain terpaksa menjadi mangsa keadaan.


   Seringkali apabila berlakunya pergaduhan,pertelingkahan atau salah faham,kita mudah menyalahkan orang lain,bukan diri sendiri.Kita bijak mencari alasan untuk melepaskan diri.



   Ya.Mungkin kita akan terlepas dari hukuman.Juga kita dapat melarikan diri dari dipersalahkan.Tapi,sejauh mana?Berapa lama?Kita sedia maklum,melarikan diri  dari sebarang kesilapan samalah seperti enggan mengakui kelemahan diri.Itu menipu diri sendiri namanya dan menyebabkan hati tidak akan tenteram. Sudahlah kita bersalah kerana meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain.Lebih menambahkan dosa apabila alasan yang kita  reka dalam keadaan menipu.Kita sering membanggakan maruah dan letak duduk diri sendiri.Sehingga apabila diuji Allah s.w.t dengan sesuatu kejadian yang kelihatannya boleh menggugat maruah dan latar belakang diri,lihatlah bagaimana reaksi kita.Alasan akan dicari bagi meletakkan kesalahan kepada orang lain juga,agar maruah diri tidak tercalar atau latar belakang kita kelihatan sempurna pada pandangan orang lain.Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
 "Sesugguhnya,Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya.Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menciptakan kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat kejadian di dalam perut ibu kamu.Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih daripada dosa).Dia sahaja yang lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa."  - Surah An Najm : 32


   Ego selalu membatasi diri  dari mengakui kesalahan.Kita enggan dipersalahkan dan bimbang jika orang lain tahu kesilapan kita.Sedangkan Allah Maha Mengetahui kekhilafan para hamba-Nya.Kisah Nabi Adam dan Hawa terakam indah di dalam al-Quran.Bagaimana kesalahan yang dilakukan menuntut baginda untuk mengakui segalanya.Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
   "Mereka berdua merayu ; "Wahai Tuhan kami,kami telah menaniaya diri kami sendiri.Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,nescaya jadilah kami daripada golongan orang yang rugi." - Surah al A'raf :32


   Begitu juga Nabi Yunus,ketika berada di dalam perut ikan,baginda tidak menyalahkan sesiapa.Hanya menyalahkan dirinya sendiri.Kisah tersebut turut terkandung di dalam al-Quran menerusi surah al Anbiyaa' ayat 87 yang bekmaksud;
  "Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun,ketika itu pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan.(Setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku)maka ia pun menyeru dalam keadan yang gelap gelita dengan berkata;"Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau Yang Maha Suci.Tolonglah daku.Sesungguhnya,aku daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri."


   Memilih untuk menyalahkan diri sendiri sebenarnya lebih mulia dari menuding  jari kepada orang lain.Hal ini kerana kita akan lebih mudah mempelajari kesilapan berkenaan.Alangkah bijak dan indahnya apabila kita hanya menghitung aib diri sendiri berbanding orang lain.Dalam Musnad Anas ibn  Malik r.a,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
   "Beruntunglah orang yang sibuk melihat aib dirinya sehingga tidak sibuk dengan aib orang lain."




  

Sabtu, Mac 17

BOLEHKAH AKU KECEWA ???

                                        


Manusia bertanya : Bolehkah aku kecewa ?
Qur'an menjawab : Jangan kamu bersikap lemah , dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya).Jika kamu orang-orang yang
beriman. (Ali Imran : 139)


Manusia bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini ?
Qur'an menjawb : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan 
kesanggupannya....... (Al-Baqarah : 286)


Manusia bertanya : Kenapa aku tidak diuji dengan hal-hal yang baik ?
Qur'an menjawab : ........boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu ,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah 
mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah :216)


Manusia bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur'an menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja)
mengatakan : "Kami telah beriman" , sedang mereka tidak diuji lagi ? (Al-Ankabut : 2).Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang 
dusta . (Al-Ankabuut : 3)


Manusia bertanya : bolehkah aku berputus asa ?
Qur'an menjawab :.....dan jangan kamu berputus asadari rahmat Allah.Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 83)


Manusia bertanya : Bagaimana menghadapi ujian hidup ini ?
Qur'an menjawab : Hai orang-orang yang beriman , bersabarlah kamu dan kuatkanlah 
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri mu) dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imran:200)


Manusia bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku ?
Qur'an menjawab : Cukuplah Allah bagiku : tiada tuhan selain Dia.Hanya kepada-Nya aku
bertawakal .......(At-Taubah : 129)


Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini ?
Qur'an menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan 
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka......(At-Taubah: 111)



IMAN

               
Assalammualaikum......

Hari ini kita nak belajar IMAN,
tapi..... yang menaip ni pun lum pandai-pandai lagi takpe kita sama-sama belajar.


Apakah IMAN ?
(dari kitab Muntakhab Hadith)


Pengertian IMAN dari segi bahasa ialah percaya dengan yakin kepada perkataan seseorang yang dipercayai kewibawaannya dan di dalam istilah agama,IMAN bererti mempercayai dengan penuh keyakinan,berita ghaib yang dibawa oleh Rasul tanpa melihat,semata-mata kerana kewibawaan seorang Rasul.


IMAN amat beharga di sisi Allah SWT.Seseorang yang mempunyai IMAN walaupun sebesar zarah,dia akan dapat masuk syurga,yang besarnya sepuluh kali ganda dari dunia ini !!!!


Seorang bayi sewaktu di dalam kandungan ibunya lagi Allah SWT telah tetapkan empat perkara;
- ajal
- jodoh
- rezeki
- nasib
Semua ini,jika kita berusaha kuat sekali pun,kita tetap akan memperolehi seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuzh,tidak lebih dan tidak kurang....


Tapi kita harus berusaha atas IMAN.Kerana apabila IMAN diusahakan ia akan meningkat,jika tidak prestasinya akan menurun dan merosot.IMAN kita secara tidak sengaja melalui peroses kehidupan di dalam dunia asbab ini,pasti juga akan merosot tanpa disengajakan.....
Sebagai contoh;

1 . Seorang bayi apabila menangis kerana lapar,ibunya akan memberi susu.Bayi juga akan menangis apabila lampinnya basah,maka ibunya jugalah yang akan membersihkan.Justeru itu secara tidak sengaja bayi ini menyangka bahawa ibunya adalah ROBB/Tuhan pemelihara dia,sebab di dalam setiap urusan ibunya sentiasa ada di sisi untuk membantu....

2 . Seterusnya apabila bayi ini membesar,setiap hari apabila ayahnya pulang ke rumah,pasti ada sahaja keperluan yang dibawa untuk mereka sekeluarga.Pada tahap ini ROBB nya telah bertukar kepada si ayah....

3 . Apabila telah bersekolah,ibu dan ayah menasihatinya;
"Anakku,jika kamu rajin belajar kamu akan pandai.Kalau pandai dapat masuk universiti.... senang hidup kamu nanti....". Ketika ini,tentu si anak merasakan bahawa belajarlah yang akan menentukan susah senang hidupnya..... yang akan menjamin masa depan dirinya.Maka ROBB nya beralih pula kepada pelajaran....

4 . Apabila telah tamat belajar dari universiti,keluar sebagai graduan,dapat kerja yang bagus,gaji beribu ringgit.... Katanya kalau tak kerja siapa yang nak bagi keperluan hidup? Astaghfirullah.... ROBB nya sekarang ialah pekerjaan.

5 . Yang perempuan pulak kalau tak bekerja,kahwinlah.... Hari-hari apa katanya; "bang nak ni, bang nak tu, bang nak do, bang nak re, bang nak mi, bang..bang..bang.."  Orang bang kat masjid dia bang kat rumah,abang pun solatlah di rumah. Abang nak keluar tiga hari pun tak boleh,nanti dia bang sorang-sorang kat rumah tak ada siapa nak dengar... ROBB isteri adalah suaminya...(kalau tak diusahakan IMAN)

6 . Wah! Dah pencen pulak... anak dah besar-besar,semua dah pakai kereta.Kalau raya tak muat laman nak parking kereta... maklum anak-anak semua kerja berpangkat... Katanya,saya tak kerja pun boleh hidup,tiap-tiap bulan anak-anak hulur duit belanja...masyaAllah,dah anak-anak pula diROBBkannya...

Itulah senarionya jika kita tak usahakan IMAN,ditakuti pada masa malaikat maut menjemput,yang kita tak tahu bila datangnya...masa itu ROBB kita adalah pelajaran kita, kerja kita, mak ayah kita, suami kita....


Jadi,sama-samalah kita usahakan IMAN kita agar kita ada yakin yang mantap bahawa Allah ROBB pemelihara kita di dunia dan di akhirat.ROBB kepada Adam as,ROBB kepada Muhammad saw,ROBB kepada sahabah ra ajmain,ROBB kita juga....


InsyaAllah kita akan sambung lagi pelajaran IMAN kita.Hari-hari latih lidah cakap kebesaran Allah SWT...


Cukup setakat ini,usaha gigih insyaAllah dapat nombor satu,masuk syurga Allah SWT...


Posted 3rd November 2009
by Umma - Ali
 














NASIHAT DIRI

                                 

~Jika perlu marah,marahlah tapi usah lupa dengan perkataan sabar.
~Jika perlu menangis,menangislah tapi usah lupa dengan perkataan tenang.
~Jika perlu patuh,patuhlah tapi jangan sampai hilang kemerdekaan.
~Jika mahu miskin,miskinlah tapi jangan terlalu miskin nanti mudah kufur.
~Jika mahu kaya,kayalah tapi jangan terlalu kaya hingga lupa perkataan sedekah.
~Jika mahu menjadi warak,lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan lupa keperluan dunia.
~Jika mahu harta menimbun,bekerja keraslah asalkan jangan lupa beribadah.
~Jika mahu berhibur,berhiburlah asal tidak lalai dan melanggar syari'at.
~Jika mahu cemburu dengan kejayaan orang,cemburulah asalkan kita juga berusaha kuat sepertinya.

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox