Assalammualaikum......
Hari ini kita nak belajar ,
tapi..... yang menaip ni pun lum pandai-pandai lagi takpe kita sama-sama belajar.
Apakah ?
(dari kitab Muntakhab Hadith)
Pengertian dari segi bahasa ialah percaya dengan yakin kepada perkataan seseorang yang dipercayai kewibawaannya dan di dalam istilah agama, bererti mempercayai dengan penuh keyakinan,berita ghaib yang dibawa oleh Rasul tanpa melihat,semata-mata kerana kewibawaan seorang Rasul.
amat beharga di sisi Allah SWT.Seseorang yang mempunyai walaupun sebesar zarah,dia akan dapat masuk syurga,yang besarnya sepuluh kali ganda dari dunia ini !!!!
Seorang bayi sewaktu di dalam kandungan ibunya lagi Allah SWT telah tetapkan empat perkara;
- ajal
- jodoh
- rezeki
- nasib
Semua ini,jika kita berusaha kuat sekali pun,kita tetap akan memperolehi seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuzh,tidak lebih dan tidak kurang....
Tapi kita harus berusaha atas .Kerana apabila diusahakan ia akan meningkat,jika tidak prestasinya akan menurun dan merosot. kita secara tidak sengaja melalui peroses kehidupan di dalam dunia asbab ini,pasti juga akan merosot tanpa disengajakan.....
Sebagai contoh;
1 . Seorang bayi apabila menangis kerana lapar,ibunya akan memberi susu.Bayi juga akan menangis apabila lampinnya basah,maka ibunya jugalah yang akan membersihkan.Justeru itu secara tidak sengaja bayi ini menyangka bahawa ibunya adalah ROBB/Tuhan pemelihara dia,sebab di dalam setiap urusan ibunya sentiasa ada di sisi untuk membantu....
2 . Seterusnya apabila bayi ini membesar,setiap hari apabila ayahnya pulang ke rumah,pasti ada sahaja keperluan yang dibawa untuk mereka sekeluarga.Pada tahap ini ROBB nya telah bertukar kepada si ayah....
3 . Apabila telah bersekolah,ibu dan ayah menasihatinya;
"Anakku,jika kamu rajin belajar kamu akan pandai.Kalau pandai dapat masuk universiti.... senang hidup kamu nanti....". Ketika ini,tentu si anak merasakan bahawa belajarlah yang akan menentukan susah senang hidupnya..... yang akan menjamin masa depan dirinya.Maka ROBB nya beralih pula kepada pelajaran....
4 . Apabila telah tamat belajar dari universiti,keluar sebagai graduan,dapat kerja yang bagus,gaji beribu ringgit.... Katanya kalau tak kerja siapa yang nak bagi keperluan hidup? Astaghfirullah.... ROBB nya sekarang ialah pekerjaan.
5 . Yang perempuan pulak kalau tak bekerja,kahwinlah.... Hari-hari apa katanya; "bang nak ni, bang nak tu, bang nak do, bang nak re, bang nak mi, bang..bang..bang.." Orang bang kat masjid dia bang kat rumah,abang pun solatlah di rumah. Abang nak keluar tiga hari pun tak boleh,nanti dia bang sorang-sorang kat rumah tak ada siapa nak dengar... ROBB isteri adalah suaminya...(kalau tak diusahakan )
6 . Wah! Dah pencen pulak... anak dah besar-besar,semua dah pakai kereta.Kalau raya tak muat laman nak parking kereta... maklum anak-anak semua kerja berpangkat... Katanya,saya tak kerja pun boleh hidup,tiap-tiap bulan anak-anak hulur duit belanja...masyaAllah,dah anak-anak pula diROBBkannya...
Itulah senarionya jika kita tak usahakan ,ditakuti pada masa malaikat maut menjemput,yang kita tak tahu bila datangnya...masa itu ROBB kita adalah pelajaran kita, kerja kita, mak ayah kita, suami kita....
Jadi,sama-samalah kita usahakan kita agar kita ada yakin yang mantap bahawa Allah ROBB pemelihara kita di dunia dan di akhirat.ROBB kepada Adam as,ROBB kepada Muhammad saw,ROBB kepada sahabah ra ajmain,ROBB kita juga....
InsyaAllah kita akan sambung lagi pelajaran kita.Hari-hari latih lidah cakap kebesaran Allah SWT...
Cukup setakat ini,usaha gigih insyaAllah dapat nombor satu,masuk syurga Allah SWT...
Posted 3rd November 2009
by Umma - Ali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan