Khamis, Disember 13

Khabar Angin Mengenai Robert Kuok dan Tepungnya



1. Ada email kata "JANGAN BELI PRODUK MASSIMO SEBAB MENGGUNAKAN PRODUK BAHAYA!"

2. Email tu juga kata "ORANG MELAYU MESTI BELI GARDENIA SEBAB PRODUK ROBERT KUOK BAHAYA!"

3. Email tu jugak kata "ANAK HARAM PUNYA ORANG CINA SEBAB NAK BOIKOT ROTI GARDENIA SEBAB DAH POTONG BISNES ROBERT KUOK!"

4. Jadi, summary email tu adalah ; Orang Melayu kena beli Gardenia,Orang Cina kena beli Massimo.

5. Tapi, Melayu claim jangan beli Massimo sebab bahaya untuk kesihatan.

6. Habis, kalau orang Cina pakat ramai2 boikot Gardenia dan support Massimo, adakah penulis email tu mengatakan sebenarnya orang Cina sedang cuba diracuni oleh Robert Kuok?

7. Email tu jugak kata...tepung yang Robert Kuok keluarkan beracun dan mengandungi bahan haram.

8. Adakah anda salah seorang yang mudah dibangangkan? 

9. Nampak logo halal JAKIM Kat plastik dia? Tak percaya jugak? Cuba cek dekat website JAKIM? Blom cek lagi? Pegi cek sekarang.

10. Dah cek? Ada kan pengesahan sijil halal JAKIM kat situ? ADA...




11. Sekarang ni cuba tanya diri sendiri balik....apasal anda boleh percaya dengan email dan imej yang tah sapa-sapa keluarkan tanpa sesiapa pun claim dia yang mengeluarkan info tu.

12. Senang kan percaya benda2 camtu? Apasal orang Melayu macam tu haa? Ada mangkuk buat sendiri gambar Lego kononnya Lego keluarkan permainan Nabi Muhammad...berduyun2 yang berapi nak boikot Lego...

13. Senang gila nak kawal orang Melayu. Buat aje email berantai yang menghasut orang Melayu benci dengan orang Cina.

14. Apakah kau ingat semua orang Cina busuk hati? 

15. Jangan percaya dengan benda takde source. 

16. Kalau kau percaya dengan berita2 dan khabar angin yang tersebar dalam Facebook dan dalam email... kenapa kau tak percaya dengan JAKIM?

17. Aku salute JAKIM sebab sudah ada telur sekarang. Semua projek kroni yang menswastakan logo Halal sendiri mesti dihentikan. Menyusahkan orang. Logo halal tidak patut jadi bisnes pihak swasta. Setelah berapa tahun...akhirnya kita hanya ada satu aje logo Halal Malaysia yang tulen. 

18. Pilihanraya dah dekat. Isu2 macam ni makin lama akan makin banyak timbul. Guna akal anda fikir secara rasional. 

19. Sekarang ni, UMNO kata "PAS tunduk kepada DAP" untuk takutkan orang Melayu.

20. MCA pulak kata "kalau Pakatan menang, PAS akan kawal kerajaan" untuk takutkan orang Cina.

21. Sekarang kau gabungkan point nombor 19 dan 20 aku.

22. Okeh..lastly..cuba kau baca apa yang tertulis dalam gambar Robert Kuok kat atas tu. Ada sebut pasal Benzoyl Peroxide kan? Google kan Benzoyl Peroxide.

23. Kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia...tolong jangan letak email2 bangang macam ni lagi dekat website official anda. Kepada anda yang menyebarkan benda ni, cuba baca dulu dan kaji sebelum sebarkan.

24. Itu hanya menunjukkan anda malas nak berfikir dan tau makan suap aje khabar angin.

25. Macam mana orang Islam tak digelar terrorist?


sumber

Tiada ulasan:

Alyazaira-Mentarisenja © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox