Satu-satunya kerajaan luar yang telah menawarkan bantuan kepada masyarakat Ireland yang Katolik ini hanyalah daripada pemerintah Islam Daulah Uthmaniyyah Turki. Pemerintahnya pada ketika itu adalah Sultan Abdul Majid yang telah menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling (kira-kira USD 10,000,000 kalau dinilai dengan nilai matawang hari ini) kepada para petani di Ireland.
Queen Victoria (Britain) meminta agar Sultan menghantar hanya
£ 1000 sterling, kerana Queen sendiri telah menghantar hanya
£ 2000 sterling kepada para penduduk yang sedang merana di Ireland pada ketika itu.
Baginda Sultan yang adil dan pemurah ini memutuskan untuk menghantar £ 1000 sterling (nilai sekarang USD 1,052,000) sahaja tetapi dalam diam-diam Baginda telah menghantar 3 buah kapal yang penuh dengan bekalan makanan.
Pentadbiran British cuba berbuat jahat dengan menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu akhirnya tiba secara rahsia di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland).
Masyarakat katolik di Ireland sangat menghargai sumbangan kemanusiaan yang diberikan oleh kerajaan Daulah Uthmaniyyah Turki yang telah memberikan bantuan kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan Negara.
Di antara tanda penghormatan yang diberikan oleh masyarakat Ireland kepada Turki bagi mengenang kembali sumbangan yang diberikan tersebut ialah dengan menggunakan logo bulan sabit dan bintang (lambing bendera dan kemegahan Uthmaniyyah) sebagai logo rasmi kelab bola sepak Drogheda United yang telah ditubuhkan sejak tahun 1919 lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan